Thursday, 7 April 2016

GUY NEXT DOOR

Dulu masa zaman sekolah, kalau ada cikgu yang bertanya "Siapa pelajar paling baik dalam kelas ni?"..semua pakat tuding jari kat aku. Damn! Saja jer kan nak kenakan aku! Kalau nak kata aku baik, aku rasa ada jer classmate aku yang jauh lagi berakhlak mulia dari aku. Well, aku bukan nak angkat bakul, tapi kalau dah itu apa yang diaorang nampak kat aku, aku nak kata apa? terima aje laa..ekeke. Maklum laa, dulu jangan kata nak ponteng sekolah, nak tengok aku buat perangai pun susah..apatah lagi nak bergaduh sampai bertumbuk..impossible! Mungkin sebab tu laa ramai yang cop aku ‘boy next door’ masa tu..eceh! perasan jer laa kau Kamen! ekekeke.

Tapi sekarang yang peliknya takde pulak orang puji cakap aku baik..hahaha! Mungkin bila dah tua ni aku semakin berani tunjuk taring. Yer laa, lately ni aku perasan aku agak cepat naik angin, dah pandai sound orang, dah pandai maki orang..errr..maki dalam hati jer..ekekeke. Padahal dulu rasanya aku laa manusia paling penyabar atas muka bumi ni. Orang buat apa kat aku pun, aku diam jer. Nak maki balik, memang tak laa..apatah lagi nak sebut perkataan lucah, rasa berdosa sangat. Sekarang apa dah jadi? Kenapa teruk sangat perangai kau ni Kamen? Tapi aku takde laa nak marah-marah tak tentu pasal, maki orang sampai sebut segala organ seks manusia..tu gila namanya. Cuma kadang-kadang hal kecil pun boleh buat aku senang naik angin..lagi-lagi masa mood tengah tak stabil. Haih..nampak sangat aku dah nak andropause...errrr...



Well…bercakap pasal ‘baik’, aku rasa semua orang pun suka orang yang baik bukan? Pandai jaga pertuturan, sopan santun, beradab, hormat orang, bla..bla..bla. Dan aku percaya mostly kalau nak cari pasangan, mesti nak cari pasangan yang baik..macam aku..errr..tak boleh blah puji diri sendiri! Dasar jantan tak laku!

Nak dijadikan citer, dulu masa aku tengah berskandal dengan Mike, Mike selalu jugak bagitahu aku yang dia segan dekat aku sebab aku ni kononnya innocent dan terlalu baik..erkk. Yer laa, kalau korang nak tahu, Mike ni boleh tahan jugak nakal dia..dasar suami curang! Berbeza dengan aku yang masa tu masih agak pemalu. Jangan kata nak flirt..nak bernakal-nakal macam Mike pun aku tak reti..rasa awkward habis. Maklum laa..virgin lagi..ekeke..takde kaitan langsung! Dan sepanjang berhubung tu, kerap kali jugak laa Mike ajak aku buat benda-benda terkutuk...alaa...C2C. Pergh! Gila kot Mike ni..memang tak laa aku nak buat..murahan sangat nak buat free show..hahaha! Akhirnya permintaan Mike aku reject mentah-mentah. Eleh..kalau Mike ada depan mata sure kau terus terkam..kan Kamen? Aumm! Hahahaha! Well..aku takde laa baik mana...boys will always be boys..kalau ada peluang, aku nak jer sebenarnya...eceh! jujur tak aku? Muahahahaha..larikkkk

Well..kadang-kadang jadi ‘baik’ ni pun ada disadvantage jugak. Misalnya, aku pernah keluar blind date dengan seorang mamat ni. Dipendekkan citer, lepas lepak tu kitaorang chatting dalam satu chat app. Tengah chatting tu, tetiba mamat ni confess dekat aku yang dia suka dekat aku. Mau tak berbunga-bunga hati ni? Padahal aku takde feeling pun dekat mamat ni..hahaha! Tang mana yang buat dia tersuka dekat aku, aku pun tak tahu..rabun kot. Tapi tak salah mencuba bukan? Mana laa tahu ada jodoh walaupun tak taste...ekeke. Kusangakan panas sampai ke petang...tak lama kemudian mamat ni tetiba cakap dekat aku yang dia takut nak couple dengan aku..again, sebab aku ni kononnya ‘terlalu baik’ untuk dia. WTF? Kiranya aku kena reject laa..chet! potong stim..baru nak berangan ada pakwe. Nasib baik tak taste...kalau taste mau meroyan aku malam tu..hahaha! Ahh..lantak kau laa, tak nak sudah!

Haih..jadi baik orang tak mau, jadi jalang lagi laa orang tak pandang. Alaa..aku bukannya baik mana pun, bukan innocent apatah lagi maksum dari dosa..ada jer perangai huduh aku yang orang lain tak tahu. Tapi bila kerap sangat orang cakap aku ‘terlalu baik’...kadang-kadang tu terasa diri ni tak layak pun jadi seorang gay..macam cacat pun ada jugak. Yer laa..seolah-olah aku tak cukup jantan..tak reti nak notty, tak tahu nak ber'ehem-ehem'. Se-noob aku pun, aku tetap lelaki, sekali trigger...sure naik punya! Hahahaha! Tapi yer laa, takkan baru jumpa sekali dah nak raba sana sini..lepas tu tarik masuk bilik buat project? Errkkk..desperate sangat dah tu! Personally, hal-hal dalam kelambu ni aku reserved untuk steady partner aku aje...konon nak exclusive. Lepas dah angkat sumpah jadi steady partner aku..nak buat apa pun..lantak laa..I’m ready bebeh! Aumm! ekekeke..

Apa pun, maaf kalau ada yang rasa post kali ini macam masuk bakul angkat sendiri. Well..ini bukan masuk bakul angkat sendiri, ini dinamakan mempromosi diri sendiri. So kepada sesiapa yang nak berkenalan, sila laa PM laju-laju. PM kat mana? Cari laa sendirik..ekekeke

Don’t get my personality and my attitude twisted,
Because my personality is me, and my attitude depends on you.


25 comments:

  1. Eh eh sama la kita pon baik macam abam kamen..tak sangka..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi sebaik-baik aku pun, takde orang nak. Tak macam ko...sekali dua yang datang merayu cinta Aries Kid..

      ekekeke

      Delete
    2. Aipp..tu sume duniawi..haha

      Delete
    3. Eleh...duniawi pun, sampai tak tido malam ko dibuatnya..btol tak? ekekekeke

      Delete
  2. Hahaha x apa kamen jd baik pun ok sebenarnya hehe..suka yg perenggan last yg tu kelakar hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perenggan last jer? perenggan lain? penat taip...huhu

      Delete
  3. Kamen...Amir pun baik gak...hahaha...can I be budak sebelah pintu tu....kikiki...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amir memang baik..tapi masalahnya Amir still 'budak' lagi ker? ekekeke

      :gurau:

      Delete
  4. eh aku pun budak baik kat sekolah...hahaha...xde lah acah je...lol...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kat sekolah baik...kat luar sekolah mesti nakal kan? ekekeke

      Delete
    2. haha nakal gila masa sekolah...walaupun nampak baik...lol...

      Delete
  5. Tajuk dah macam episod dalam men.com sangat. ehh.
    HAHAHHAA

    #KamenInnocent
    #KamenGoodBoy

    untunglaa baikkk. kesayangan guru dan rakan-rakan. So bilanya nak ada episod notty-notty ni ? *angkat2 kening*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak episod notty2, cari dalam men.com. Berlambak dalam tu...HAHAHA!

      Delete
  6. Maybe lepas nie ko kena lebih kan projection perangai2 nakal ko ..
    Aku rasa la, naughty guys is more interesting and hilarious. Lagi2 yang jenis dalam hati ada taman. Tapi hipokrit kat luar konon2 budak nakal. Cute .. kehkeh.

    Tapi baik luar dalam lagi better la. Sebab Allah sayang. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naughty guy dah berlambak, tak rare dan typical. Aku lagi suka real gentleman..seksi...hanya naughty bila perlu..aumm! ekekeke

      Delete
  7. Replies
    1. Nak mintak dingorat ler tu...ekekeke.

      Delete
  8. kita pun budak baik juga abg kameen..hahaha..nakal abang kameen, nak pm kat mana tu, hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Carl Dani tak payah PM, jumpa terus pun boleh..hahaha

      Delete
  9. sama gak.. smpi skrg kwn2 panggil aku otak suci. masih virgin. budak baik.. lol sgt. tp lantak la.. asal aku x kacau org. x kacau family org lain. mungkin sbb time skolah dulu aku jarang rapat dgn budak2 nakal kot. mcm budak2 laki lain. so.. belum reti nak noty2 bila dah besar ni. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Air tenang jangan disangka takde buaya..se-innocent Reeza Shah pun, sure terselit nakal tu kan? ekekekeke.

      Delete
    2. Haaa..setuju tu, selalunya org yg diam/inesen/nmpk noob/baek(konon)/suci murni sesuci embun pagi ni la bila "terlepas" lagi "nakal" dr yg kononnya nakal tu (omg, mcm berckp dr experience plak)

      Delete