Saturday, 20 August 2016

I LOVE YOU

Korang yang tengah bercinta tak pun pernah bercinta mesti pernah sebut ayat keramat ni bukan? sebagai bukti yang korang betul-betul adore..sayang..cinta mati dekat pasangan korang. Tak pun masa nak confess perasaan dekat seseorang.

Well, mulanya aku tak nak share story ni sebab terlalu cheesy..dikhuatiri ada yang demam seminggu lepas baca kisah aku yang satu ni..tapi aku ubah fikiran di saat-saat akhir..lantak laa orang nak kata apa, yang penting lepas hajat...hahahahaha..eleh, banyak laa ko punya saat-saat akhir Kamen!

Ceritanya bermula begini,

Baru-baru ni member aku ajak aku keluar lepak..aku letak nama member aku Samad. Samad ni member lama aku, kitaorang kenal sejak dari sekolah menengah lagi. Dipendekkan citer, Samad ajak aku window shopping..saja cuci mata sambil berangan dekat shopping mall tempat kitaorang lepak. Aku macam biasa laa, layankan jer permintaan member lama aku ni. Tetiba Samad cakap dekat aku dia nak masuk satu kedai pakaian ni..again, aku macam lembu kena cucuk hidung..ikut jer mana Samad pegi.

Masuk jer kedai tu, kitaorang disambut oleh seorang budak penjaga kedai lelaki. Memandangkan aku takde niat nak beli baju baru, aku cuma belek-belek baju yang ada..mana laa tahu ada yang terberkenan. Samad pulak excited keluar masuk fitting room.

Sejak mula aku menjejakkan kaki dalam kedai tu, aku dah lama perasan budak penjaga kedai lelaki ni asyik pandang aku. Aku pun tak faham apa masalah budak ni..mungkin dia syak aku nak mencuri..tak pun dia taste dekat aku? erkkk..giler perasan! hahahaha.. Dan sejak dari mula aku terpandang budak lelaki ni..aku feel something wrong somewhere..well, gaydar..ekekekeke. Korang pun faham macam mana gaydar berfungsi bukan? Tapi aku buat bodoh jer, gaydar aku kadang-kadang bukan betul sangat pun..maklum laa gaydar made in China...ekekekeke

Masa tengah tunggu Samad try baju, budak penjaga kedai ni datang mendekati aku..

Budak : Hi..tak nak cuba?
Aku : Errr..takpe. Baju banyak lagi kat rumah.
Budak : Ohh..saya Ray (hulur tangan nak bersalam)
Aku : Hi Ray, saya Kamen

Masa memula nampak budak penjaga kedai ni aka Ray, aku tak rasa apa pun..maklum laa bukan taste..perasan hot jer laa ko Kamen! ekekeke.. Well, tipu! sejujurnya aku agak tertarik dengan budak Ray ni walaupun dia bukan type aku..hehehe. Korang mesti nak tahu Ray ni macam mana orangnya? Untuk buat korang berimaginasi nakal...Ray berusia dalam lingkungan awal 20-an..berketinggian lebih kurang 170cm, warna kulit sawo matang, rambut hitam, lurus dan lebat, tidak bermisai mahupun berjambang..memiliki bentuk dan features wajah melayu asli..agak manis orangnya. Susuk tubuh badan Ray tidak kurus, tidak terlalu gemuk...sedang-sedang elok dan huggable..part tu aku paling suka..aumm! hehehehe. Ray berperwatakkan sopan tapi bukan lembut dan sangat pemurah dengan senyuman.

Memandangkan Samad terlalu sibuk shopping baju, aku dah jadi serupa patung terbiar dalam kedai tu. Mujur ada Ray...so aku habiskan masa bebual dengan budak Ray ni. Walaupun Ray bukan type aku tapi Ray memiliki attitude dan personaliti yang sangat menarik..dah laa manis, easy going pulak tu..alahai perfect! tetiba pulak pankreas ni bergetar laju...nak jer rasanya melamar Ray jadi penghuni hati yang kosong ini..eceh! Berangan jer laa kau Kamen..silap-silap Ray tu straight as arrow, siap dah ada girlfriend lagi..menangis tak berlagu kau Kamen!

Ray : Boleh share nombor? Aku suka borak dengan kau
Aku : Boleh.

Dan moment indah antara Kamen dan Ray pun bermula......

Dipendekken citer, masa berlalu...aku sekali lagi singgah jumpa Ray kat tempat sama. Haihh, nampak sangat aku dah naik angau dengan budak ni...dulu konon tak taste, sekarang tetiba tersuka tanpa sengaja...eceh! Adakah Kamen Shinobi sedang di lamun cinta? mungkin..ekekeke..walaupun sebenarnya aku masih clueless dengan orientation Ray...maunya budak Ray tu dah ada girlfriend...adeh..musnah harapan! Tapi bak kata orang Jepun, just go with the flow...so aku layankan jer laa budak Ray ni..hehehehe
Tetiba...

Ray : Kamen, aku ada benda nak cakap..
Aku : Apa dia?
Ray : I love you! (bisik)
Aku : Ha? (sambil buat muka pelik)
Ray : I love you (senyum)
Aku : ???


Masa tu aku cuma mampu terdiam...unsangkarable! hahahaha..Tapi aku pun pelik jugak, apa giler budak Ray ni? Takkan laa baru kenal dah cakap "I love you".. gelojoh sungguh! Eleh...terus terang jer laa Kamen, kau sebenarnya suka bila Ray confess perasaan dia kat kau kan? Kalau boleh nak ajak Ray tu kawen lari terus...hahahahaha. Tiba-tiba...

Tutt....tutt...

Incoming message - Samad

Damn! kacau betul laa Samad ni..aku baru nak ber-Dilwale dengan Ray, dia sibuk ajak aku lepak. Memandangkan Kamen Shinobi tidak suka mengecewakan orang lain..permintaan Samad aku penuhi. Tapi apa jadi dengan budak Ray? Well...kejap lagi aku sambung. Aku bergegas menuju ke tempat yang dijanjikan Samad.

Aku : Dah lama sampai?
Samad : Baru jer...ko duduk aku beli makanan
Aku : Takpe...biar aku pegi beli
Samad : Ok..

Tempat kitaorang lepak tu bersebelahan dengan pasar malam. So, aku dengan penuh bersemangat berlari-lari anak keliling pasar malam tu..maklum laa, nak cari makanan yang paling best, lagi pun kawasan tu agak luas..kalau catwalk serupa model spender Calvin Klein, mau mati kebuluran Samad tunggu aku...hahahaha. Beberapa minit kemudian, aku patah balik ke tempat kitaorang lepak tadi...namun, yang tinggal hanya sekeping nota bertulis...

"Kamen, aku balik dulu..sejam aku tunggu ko tak datang - Samad"

Erkkk...sejam? Tapi rasanya baru beberapa minit aku tinggalkan Samad..mustahil. Tidak lama kemudian, terdengar sayup-sayup bunyi yang agak biasa aku dengar. Namun semakin lama, bunyi tu semakin kuat dan agak menganggu. Lalu, perlahan aku membuka mata dan.....

Akhirnya aku terjaga dari lena..aku dapati alarm handphone berbunyi tanpa henti memecah suasana hening pagi..Chet! aku mimpi rupanya!...Ray? dia cuma watak mainan setan dalam mimpi aku....damn!

Sekian..kisah mimpi aku beberapa hari lepas..ekekekekekekekeke. Well, ini cerita real..bukan rekaan ataupun khayalan semata-mata. Dan sampai sekarang masih terngiang-ngiang di telinga saat Ray membisikkan "I love you" dekat aku..it was so real and vivid.

Haihh..sedih betul hidup kau Kamen..tak dapat bercinta di alam nyata, dalam mimpi pun jadi laa. Seumur hidup, ini first time aku dapat mimpi sebegini..kalau mimpi basah tu dah biasa sangat...errrr...hahahahaha! Tapi adakah mimpi tu satu petanda Kamen Shinobi bakal bertemu dengan seseorang yang mampu menggetarkan pundi kencing dan juga organ-organ pembiakan yang lain atau hanya sekadar rintihan jiwa yang terlalu dahagakan cinta manusia...eceh!

Dreams are more real than reality itself,
they're closer to the self


29 comments:

  1. ray tu aku. kan dah banyak kali aku cakap "i love you" kat ko, tapi asyik kena reject...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam mimpi tu budak tu nama Ray, bukan Effendi...Lagipun dia setia, bukan player cam ko...jantan keliling pinggang..hahahahahaha...larikkkkkk

      Gurau kasar...jangan marah, nanti aku rampas pujaan hati ko, padan muka...ekekekekeke

      Delete
    2. cakap kat abg rimau bru tau kene talak hahahaha

      Delete
    3. Tak baik runtuhkan rumah tangga orang lain...ngadu kat abg v! ekekekekek

      Delete
    4. see, sapa lg player? abg rimau, abg v, pojaan, ray...omg! taubatlah kamen...

      *balas dendam kamen jatuhkan saham aku*

      Delete
    5. Tak payah jatuh saham sangat laa Effendi..ko tukar jer nama lain kalau nak tambah koleksi keliling pinggang...hahahahaha :larikkkk:

      Delete
    6. siapa effendi sebenarnya? jeng3...adakah effendi merupakan ray? *kenyit mata*

      Delete
  2. Tudiaa kamen..jodoh sedang menunggu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak tak mana dia menyorok? letih mencari..hehehe

      Delete
  3. Love U too,
    Moga ada crita cinta paih ni,
    Goodluck Ray, ehhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ray cakap terima kasih doakan kebahagiaan dia dengan Kamen...ekekekeke

      Delete
  4. Aku enjoy ar baca blog ko, jom exchange nombor *wink*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi singgah dan baca...nombor apa nak? nombor rumah? nombor kete? ker nombor ekor? hahahaha

      Delete
  5. Aku nak nombor kombinasi kunci hatimu...chia3~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hatiku tidak pernah terkunci, kalau terkunci siapa nak masuk?

      :nak main chia3 jugak:..ekekekeke

      Delete
  6. Aku ingat citer betul .. baru nak selebrate ..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Ray betul-betul wujud, biar aku jer celebrate dengan dia...Nu'man jangan sibuk!...ekekekeke

      Delete
  7. Pergh! dah macam baca novel...hehehehe...ingatkan betul-betul punyalah layan perasaan bila baca rupannya mimpi...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik adegan 21 tahun ke atas dah di-censored, kalau tak silap2 Carl Dani layan benda lain...hahahaha

      Delete
  8. Replies
    1. Relax laa...why so serious..hehehe

      Kalau citer betul, confirm ramai yang cemburu..hahahaha

      Delete
  9. S.O.S dari encik kantan. PM aku

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni perlu cpr atau pernafasan mulut ke mulut ke ni? ekekekeke

      Delete
  10. Replies
    1. Alaa..izinkan laa Kamen bermimpi indah sekali sekala..hehehehe

      Delete
  11. En Kamen...ang habaq betui2...ada sambungan kan mimpi tu...ala...yang mimpi wet dream dengan ray tu kan....kekeke...*larikkkk....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sempat mimpi basah dah terjaga...potong stim! ekekekekeke

      Delete