Saturday, 12 November 2016

RECONNECT

Tut..tut..
1 New message

Anon : Hi awak
Aku : Hi..sape ni?
Anon : Ini abang laa

Erkkk...sudah lebih setahun aku meninggalkan entiti ni..lari dari masalah, lari dari kekusutan...konon nak lupakan kisah lama..tapi ntah apa mimpi dia tetiba muncul balik dalam hidup aku? Jujurnya lepas aku tinggalkan dia, aku lebih bahagia.. tapi ada masa-masa tertentu perasaan rindu tu tetap datang menyapa...terkenangkan memori silam..walaupun hubungan kitaorang hanya bercambah di alam maya. Dan saat aku menaip entry ni, aku sebenarnya tengah menahan sebak...tahan air mata, air hidung dari meleleh keluar..tapi last-last melimpah jugak..damn! Aku sendiri tak faham kenapa aku tetiba nak berdrama air mata..Kamen, jantan menangis buruk!...Lantak laa, dah memang buruk pun..huhuhu

Well...mungkin ada yang tertanya-tanya, siapa 'si dia' tu? Kalau korang belek entry belakang, aku dah pernah ceritakan kisah aku dan 'si dia' dalam entry INI..so kalau korang nak tahu lebih lanjut, sila laa baca entry tersebut..tak banyak..ada 3 part jer...hehehe.

Cakap pasal rujuk ni, aku rasa couple yang dah breakup jer selalu nak rujuk balik. Yer laa, kalau tak couple macam mana nak rujuk? hehe. Tapi tak semestinya couple yang dah clash jer boleh rujuk balik, ada jugak yang mungkin baru pasang hajat nak bercinta tapi tak kesampaian..well, contohnya takde mutual feelings..pun boleh rujuk jugak..atau dalam konteks ni term 'reconnecting' mungkin lebih sesuai digunakan...ayat skema! Yer laa..dunia PLU ni bukan besar mana pun..pi mai pi mai tang tu jugak. Pusing kanan, jumpa balik ex-boyfriend...pusing kiri, jumpa balik ex-skandal...errr..boyfriend dengan skandal ada beza ke?


Well..kisah broken couple yang rujuk balik ni agak jarang aku dengar..lagi-lagi dalam kalangan PLU, tapi tak bermakna tak wujud langsung. Dulu masa memula bercinta bukan main lagi. Mintak apa pun mesti dapat..lagi-lagi yang 'itu' tu..laju jer..ekekeke. Itu dulu laa waktu hangat bercinta, tapi bila dah sampai kat tengah-tengah hubungan tu semakin hambar, bosan barangkali..so nak tak nak terpaksa curang, cari pisang baru..maklum laa dah muak telan pisang lebam..last-last kantoi, gaduh lalu clash...cliche..ekekeke.. Tapi percaya laa...marah,merajuk,benci macam mana sekali pun..aku yakin dekat hati tu pasti masih ada rasa cinta dan sayang...eceh! Macam ada pengalaman jer Kamen ni...errr..no komen! ekekekeke

Dan bila perasaan tu semakin membuak-buak, tu yang nak rujuk balik dengan ex-boyfriend tu. Pada aku nak rujuk balik tu tak salah pun. Yer laa, kalau cinta dan sayang tu masih terlalu kuat untuk dilepaskan..dan dua-dua pun masih single and available...why not? Cuma kadang-kadang tu ada jugak yang dah ada boyfriend baru tapi still menggatal nak rujuk balik dengan ex-boyfriend lama..konon nak buat kawan. Well, setakat nak berkawan dengan ex tu takde hal pun, tapi kalau ada agenda nakal disebalik niat nak berkawan tu..aku rasa baik move on jer laa. Tak pasal-pasal title 'berkawan' bertukar jadi 'kawan mengawan'..macam mana boyfriend baru tak cemburu?

Tu pasal broken couple yang nak rujuk balik. Ada jugak kes PLU yang tak jadi nak couple tapi cuba untuk reconnect balik sebab kononnya terlalu sayangkan hubungan persahabatan yang dibina...ni kes friendzone laa ni..hehehe. Again..situasi tipikal dalam dunia PLU.

Pada aku nak reconnect balik lepas kena friendzoned tak pun lepas friendzone-kan seseorang boleh jadi sangat complicated dan sangat awkward. Well, aku bercakap dari pengalaman sendiri..siapa friendzoned siapa? PM aku kalau nak tahu...ekekeke..Yer laa..cinta tak berbalas, kena reject..siapa tak malu? siapa tak sentap? siapa tak sedih? Yang jadi mangsa friendzone tu mesti rasa malu nak berhadapan dengan realiti. Tu yang ada kes tetiba menjauhkan diri tu, lama kelamaan terus ghaib dari radar..mesej tak reply, call tak angkat..nampak sangat yang kena reject tu tengah berjauh hati. So bila berdepan dengan spesis sensitif sebegini, tak banyak yang boleh dilakukan, redha jer laa...dah orang tak nak kawan, nak buat macam mana lagi? Siapa suruh jual mahal? ekekekeke.. Unless yang kena reject tu spesis jiwa kental, setakat friendzone hal kecik jer pada dia. Eleh, ntah-ntah masuk bilik terus meroyan sorang-sorang..bajet kental konon..chet! Percaya laa, friendzone sucks..tapi pada aku kalau ada niat nak reconnect balik dan teruskan berkawan macam biasa, mudah jer sebenarnya...lower the expectations dan elakkan dari memberi harapan palsu...eceh! Lagipun cikgu pernah pesan..berkawan biar beribu, kalau si dia reject, ramai lagi yang menunggu kat luar sana....termasuk aku...ekekeke

Rasanya cukup laa setakat ni dulu..air hidung tak habis meleleh lagi ni..nak bersihkan jap..ekekekeke. So korang ada cerita atau pendapat peribadi berkaitan dengan topik ni? Sudi-sudikan laa share dalam ruangan komen dibawah.

Anon : Awak masih marah kat abang?
Aku : Ntah laa.....
Anon : Hmmm :(

Though no one can go back and make a brand new start,
anyone can start from now and make a brand new ending.

28 comments:

  1. Klu dia single ..reply ..aa masih marah. Marah2 sayang.

    Klu dia ada bf ..reply .. aa marah. Bf dah meninggal ke yg cr sy balik ni ..

    Klu dia suami orang .. reply hurmm pi mampos ko !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emo terlebih pulak orang tua ni..ekekekeke.

      Jangan benci sangat Nu'man, kang nanti yang dibenci tu jadi kesayangan..muahahahaha

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
    4. Wakakak... Wah Nu'man, you I like, such a witty, comical yet biting retort, a true master of the art of trolling

      P/s: sorry for the deleted comments, kene tapis... Kalau tak nnti kamen kecam *larikkkkk

      Delete
    5. Kalau x witty,laser lagi sarkastik..jangan sesekali panggil Nu'man Qatadah...ekekekke...larikkkk

      Tak payah nak tapis2 sangat laa Mohd Norhafiz...terlajak perahu boleh undur, terlajak komen..tak muncul dekat sini, muncul dalam notification..muahahahaha

      Delete
  2. terserah kepada hati dan perasaan samaada boleh terima atau pun tidak..tak salah mencuba untuk kali kedua kan..heheheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Everybody deserves a second chance bukan? Tapi yang sorang ni tak pasti deserve ke tak..bukan 2nd chance je, dah berchance-chance aku bagi pun tak insaf2 jugak...hahaha!

      Delete
    2. Shame on you if you fool me once, shame on me if you fool me twice.... bak kata omputih la, hahah. Aku xkata mcm tu..kalu x setuju g marah omputih nu.

      Delete
    3. Setuju 100%...bodoh sekali takpe, jangan jadi bodoh berkali2..ni orang jawa cakap...ekekeke

      Delete
  3. Satu ajer ayat Amir untuk orang-orang like that is....NEVER EVER...

    PS : Amir ader gak story yang lebih kurang macam En Kamen nie...nanti lah Amir story kat blog yerk...huhuhu...;-P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terlajak perahu boleh undur, terlajak sakitkan hati Amir...tiada maaf bagimu! Biasa laa tu Amir, orang tua memang kuat sentap...hahahaha....larikkkkkk

      Delete
  4. erm..kalau mamat...yg 1st couple..thn lepas die contact blk..and sampai skrg masih berkawan ( syg still ade, tp setakat itu saja)..yg no 2..NEVER!NO WAY JOSE!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan tamak sangat Mamat, ko dah ada dua kesayangan, takkan nak tambah lagi sorang? ekekekekeke

      Bunyi macam pernah kena friendzoned jer ni, cer citer sikit.

      Delete
  5. Masa mula2 berjinak jinak di alam nan satu ini, pernah berkawan seorang ni (FB@Friend with Benefits). Bila dah start gaduh2, sy terus 'shutdown' dia. Dekat setahun lebih dia msg dan call, tapi tak pernah angkat. Ringtone time tu pon dh tukar sebab kalau dengar mesti teringatingat dekat dia. Cukup 2 tahun putus, baru contact balik... out of the blue... tapi sekejap je, sebab dia layan tak layan... so pasrah je lah... dia pon ade org lain yg menangisi pernikahan dia (masa tu terasa hati jugak, tapi siapalah diri ini di mata dia)

    Sekarang, dia dah kawen, dan suka hantar msg2 yg agak 'lewd'. Ikut nafsu, on je, bila fikir balik, masih ada pemunya (yg dah lama tak dapat)... takpelah...

    P.s: Macam takde kaitan pon.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah nama pun 'Friend with benefit'..bila dia nak dia cari, bila dia tak nak dia buang macam sampah..dia nak lagi, dia kutip balik...Abaikan jer...huhu

      Delete
  6. basically macam lagu yuna - decorate. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam kes ni lagu 'yuna - lelaki tak guna' lebih sesuai rasanya...ekekekeke

      Delete
  7. kamen ni bottom ke..ehhh hahaha

    kau block jela dia..settle

    ReplyDelete
    Replies
    1. for one moment..I thot Anon tu cam Cik Anon..like literally "anon' and not anonymous...hahaha..

      Delete
    2. Kalu yang tu Enon Encik Mamat, ala macam mcm makcik Zainon pggl Mak Enon tu *grin*

      Delete
    3. Aries : Atas bawah aku tak kisah..janji kenyang...wakakakakakaka

      Mamat : Tak selera nak berskandal dengan cik2 ni...minat encik2 jer...hahahaha

      Mohd Norhafiz : Makcik zainon tu jiran sebelah rumah aku...errr, kantoi!

      Delete
  8. Replies
    1. Hai cik cotton candy, aneh dan jarang sekali kiranya ketemu cewek berjilbab di laman kaya gini ya

      Delete
    2. Speechless terus cik gulew kapas...hahaha

      Mohd Norhafiz : kadang2 dalam gambar jer bertudung, tapi kat luar jantan sejati...caner tu?ekekekekeke

      Delete
  9. Oh..wow...skandal dgn laki org...I'm in no position to judge, & I would never pass any judgement, but leading and accepting our life and sexuality, one ought to draw a line, set a limit somehow. Echoing your sentiment, bdk2 skang mmg brani mati(dem, kata xmo judge...), but personally for me, xde la aku nk flaunt my affairs for all to see (heck, I don't even have a facebook page...I value my privacy too much I guess). But bewarned encik kamen, if you wish to pursue your relationship with a married man, get ready to face all of the repercussions, and remember...in this type of relationship, luck in never in your favor, sekadar nak kawan, there is no harm in that, but as a lover? I strongly advice you not to...there are still plenty fish in the sea kamen, dig it? Come on... *wink*

    ReplyDelete
    Replies
    1. *oh my... Sorry for the typos and grammatical errors folks...menaip dalam gelap atas katil sebelom tido...haha

      Delete
    2. Setakat share story pada aku no harm pun, lain laa aku tayang muka dekat sini..so layak laa kena kecam...hehehehe

      Nak berkawan dengan married guy, aku okay..tapi kalau nak bercinta rasanya cukup laa sekali, unless dah jadi duda aku sentiasa sudi...wakakakakaka

      Apapun nak menaip pasang lampu, nanti jadi rabun siapa susah?

      Delete