Friday 31 March 2017

SELIPAR

Tengah hari tadi, macam biasa laa..hari Jumaat, so kena laa pegi solat Jumaat. Cuma, time nak balik tu..tetiba kena panic attack. Mau tak panik...selipar aku tetiba ghaib! Tapi aku takde laa menggelabah...cool je..padahal dalam hati, hanya Tuhan yang tahu..huhu. Yer laa, mana laa tahu ada jemaah pakai selipar aku nak ambil wuduk, lepas tu terletak kat tempat lain, so aku cool..relax..husnozon je! eceh!

So aku pun cari laa keliling masjid...ke hulu ke hilir dah serupa kucing hilang anak..hahaha! Tapi semua tempat aku cari, tak jumpa. Mampos! Masa tu aku redha, selipar aku dah hilang! Mangkuk tingkat mana laa pulak rembat selipar buruk aku ni! Haihhh! Takde cara lain, nak tak kena kena balik berkaki ayam. Takkan nak rembat selipar orang lain pulak. Dah laa parking kereta jauh, dengan panas terik membahang...mau cair tapak kaki aku yang halus lagi mulus ni. Alahai, apa laa malang nasib aku harini..huhu..


Tapi, belum sempat aku menapak keluar dari masjid tu, aku terserempak satu kelibat selipar yang agak familiar, agak jauh dari tempat asal. Apa lagi, terus tersengih macam kerang busuk. Mau tak happy, ingatkan tadi dah dapat tuan baru...hehe..

Tapi, sangkaan aku meleset...walaupun sama, tapi sebenarnya tak serupa. Selipar tu dah terlalu lusuh..dan bila pakai, feel pun lain macam. Well, biasanya barang peribadi ni kalau dah pakai lama, chemistry tu makin kuat..tengok je pun dah boleh cam..inikan pula bila tengah pakai..rasa connected je. Tapi kali ni aku rasa lain macam sikit...something off. Sah selipar ni bukan aku punya. Aku syak ada orang terambil selipar aku! Damn! Ahh...lantak laa...dia curi selipar aku, aku curi selipar dia balik...muahahahaha! At least takde laa aku balik berkaki ayam atas jalan tar yang panas membara...hehe.

Seumur hidup, ini kali pertama aku terkena. Citer selipar hilang dekat surau..dekat masjid ni biasanya aku baca atau dengar dari mulut orang je, alih-alih harini turn aku terkena..damn! Walaupun dalam kes aku tadi cuma tertukar selipar..tapi dapat laa jugak merasa perasaan cuak tu..huhu. Well, rasanya lepas ni aku nak pinjam high heels mak aku pegi masjid..confirm takde sape nak curi!...ekekeke

Eleh...selipar pun nak kecoh! Tu laa korang..selipar aku tu walaupun dah buruk, tapak pun dah lusuh..tapi selipar tu banyak berjasa pada aku. Aku pegi pasar pakai selipar tu, masuk jamban pakai selipar tu, pegi dating pun pakai selipar tu...mau tak sayang separuh nyawa.

Tapi betul laa, pakai barang orang ni tak sama dengan pakai barang sendiri...walaupun bentuk, rupa, saiz semua sama. Sama jugak bila barang tu hilang atau rosak..tak semua benda boleh diganti. Well, macam tu jugak laa dengan manusia. Mungkin sebab tu ramai yang susah nak move on bila putus cinta..memanjang meroyan...ekekeke. Ada tu, bila nak cari partner baru..beriya nak cari yang sama sebijik..kalau tak sebijik pun..at least ada ciri-ciri ex dulu. Well..macam aku kata tadi..chemistry, sesuatu yang amat susah nak dapat. Walaupun depan mata dah ada yang baru, yang lama tetap dikenang-kenang.

There is something beautiful 
about unforced bonds : the energy is real

(Aku harap tuan baru selipar tu hensem..rindu selipar buruk 😢)

16 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Hahahahaha.. Nasib baik pakai selipar bila balik, kalau tak mahu melecur kaki kan. Sabar je lah abang kamen, mungkin orang tu tak perasan kot..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada yang tolong dukung masuk kereta, hari2 hilang pun takpe...ekekeke

      Delete
  3. haha..selipar ak dh putus2..xde org nk ambik... :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Putus ke baru, takde sape berani nak rembat selipar abang sado WK...hehehe

      Delete
  4. Wow! Deep! On surface nampak macam cerita selipar hilang, tapi dasarnya sungguh menusuk kalbu. Macam terkena sikit kat btg hidung *facepalm*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hidung mancung ke hidung kemek ke hidung kembang? hahaha

      Delete
    2. Hidung terletak tegak berdiri bak orang putih. Chewah

      Delete
    3. Jaga-jaga rebah ditiup angin monsun tropika...ekekeke

      Delete
  5. haha setuju bila kita sarung selipar yg seakan sama macam kita punya, tapi bila sarung feel dia lain, macam x sedap sgt and x ada chemistry, rupanya pelandok dua serupa hiks

    setakat ni tak pernah lagi hilang selipar, orang pakai n letak tempat lain mmg selalu. panas betul hati ni :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa...kedekut laa Talhah ni!..pinjam kejap je pun. Kalau hilang mesti terus meroyan di tempat kejadian...ekekekek

      Delete
    2. kan, dah la kuat meroyan kah kah!

      Delete
  6. Replies
    1. Tak nak, nak selipar buruk jugak! dengan tuan baru dia sekali...ekekeke

      Delete
  7. Tuler kalo tak nak selipar ilang En kamen...next time pi masjid solat jumaat tu pakai high heels yer...*eh?...*larikkkk.... ;-P

    PS : Aku nie berkurun baru nak komen...sorry yer bro...busy...blog pun dah bersawang...hahaha...;-P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bersawang takpe lagi, senang vacuum je...yang payah bila dah penuh taik kelawar...ekekeke

      Delete