Thursday 21 September 2017

THREE

Haihhh..apa la nak jadi dengan blog ni. Sejak-sejak dah 'berpunya' ni makin liat nak update...apatah lagi nak jenguk blog orang lain..huhu. Maaf la kalau ada yang merindu...hahaha..giler perasan! Takde niat pun nak mendiamkan diri..cuma terlalu sibuk dengan kehidupan peribadi. Eleh...alasan je tu! Siang malam berkepit dengan orang tersayang mana nak ada masa! ekekeke..Kalau dulu masa zaman bujang lain citer la, ada masa terluang je sure buka blog. Tapi sekarang bila dah ada 'komitmen' lain, memang susah nak cari masa nak update. Ni pun sempat curi masa sementara tunggu bae datang pick-up nak keluar dating...ekekeke

Dulu masa zaman bujang, satu benda yang aku perasan bila blogger ni tengah kemaruk bercinta..memang payah nak update blog. Kadang-kadang tu aku pelik jugak, takkan la duk berkepit 24 jam dengan orang tersayang sampai takde masa langsung nak update blog...last-last bila takde bahan nak dibaca, aku cari 'bahan' lain...erkkkk..Tapi bila dah kena batang hidung sendiri, baru la aku faham punca blogger ni liat nak update entry baru..huhu

Pejam celik harini dah masuk 3 tahun blog ni bernyawa...walaupun ibarat hidup segan mati tak mau. Tak kisah la hidup ke mati, asalkan dapat rebah didakapan bae pun dah cukup...wakakaka. Sure ada yang muntah darah! Tak habis-habis bragging pasal dia punya bae...macam la dia sorang je yang bercinta dalam dunia ni! huhuhu

Abaikan soal bae...well, sejak dua menjak ni aku perasan ramai rakan blogger dah mula menghilangkan diri. Ada yang dijemput Ilahi, ada yang pencen awal, ada yang tenggelam timbul, ada yang tetiba jadi straight..ekekeke. Tapi boleh dikatakan tahun ni blog PLU agak hambar dan tak semeriah macam tahun-tahun sebelumnya.

Apa perkembangan terbaru setelah 3 tahun bergelar pemilik blog LelakiDalamAlmari ni? Well..takde benda baru pun yang aku nak kongsikan. Selain semakin meningkat usia dan berat badan yang kian bertambah, sekarang ni aku tengah rapat dengan seseorang...or should I say, I'm taken..hehe. Rasanya tak perlu la aku citerkan siapa 'si dia' dan perkembangan kisah aku dan 'si dia'..sebab masih terlalu hijau untuk dihebohkan..cukup la sekadar korang tahu setakat ni kitaorang baik-baik saja..dan sangat bahagia..hehe..

Apa pun, terima kasih banyak-banyak dekat followers dan readers yang masih setia membaca dan menunggu entry baru dalam blog usang ni..anda tahu siapa anda..hehe. Kalau nak diikutkan banyak aku nak kongsi, tapi lately ni kehidupan aku agak chaotic, mana nak fokus dengan personal life...mana nak jenguk blog ni lagi...huhu. Maafkan diri ini seandainya sepanjang tahun ni, dan sepanjang aku hadir di alam maya ini..ada yang terasa hati, terguris perasaan dengan entry aku yang sebelum ni. Kalau nak hantar rombongan meminang...maafla, hati ini dah pun selamat disunting jejaka idaman...giler poyo! hahaha!


As we grow up we realize 
it become less important to have more friends
and more important to have real ones

4 comments:

  1. Hai abang kamen, miss you..amboi ayat 'kitaorang'. Tahniah!. Selamat bermadu asmara tapi jangan lupa keselamatan ok. Hahaha..

    Tulah tahun ni blog agak hambar umpama tak ada masa nak update, tak semeriah seperti tahun-tahun dahulu..

    Take care abang dan semua blogger yang lain.. Muaahhh.xoxo.

    ReplyDelete
  2. kemaen memasing semua dah berpunya.. shin je masih solo #nanges

    ReplyDelete
  3. #akudiabaikan sejak munculnya bae ��

    ReplyDelete
  4. Wuuuuuuuuuuu hatimu sudah dimiliki ! All the best Kamen !

    ReplyDelete