Sunday, 6 August 2017

LEAP OF FAITH

Take a leap of faith with me
If you believe honestly
That I am yours and you are mine
I know you’re scared, and so am I

Sungguh..aku tidak pernah menyangka ianya terjadi secepat ini. Bimbang?..jujur, aku teramat bimbang. Kamen, ini kerja gila! mungkin. Namun disebaliknya terselit secebis keyakinan yang tidak pernah kurasakan sebelum ini.

‘Cause I know that love can be so strong
And yet so frail
And there ain’t no guarantee
That you and me won’t fail

Siapakah dia? Kenapa Tuhan hadirkan si dia didalam hidupku? Adakah Tuhan ingin menguji..atau sememangnya Tuhan mengizinkan aku untuk merasakan nikmat indah ini..sama seperti insan-insan lain. Sungguh aku keliru..namun aku teramat bersyukur dengan apa yang kurasakan diketika ini.

But I’m dying to try, I’m dying to try
I’ll keep you safe in my arms
Build a bridge to your heart every day

Seringkali aku menatap dicermin...ntah apa yang dilihatnya pada diriku? Si gagak tua yang tidak punya apa-apa..hanya seketul hati yang mampu dikongsi. Mana mungkin si merak kayangan ingin menyunting hati si gagak hitam. Ahh..semua tu hanya helah...semua ni hanya mimpi. Namun..seringkali itu juga ditepisnya segala keraguan...kerana hatinya sudah memilih......

I’ll give you it all, but I’m not gonna lie
‘Cause no one can promise
That love will ever learn how to fly
Will ever learn how to fly, oh…

***

Acah-acah ayat puitis..tapi hampeh! Kamen, kau memang takde bakat jadi penulis! Dah la copy paste lirik lagu mamat suara kepit...nasib baik hensem! ekekeke..

Maaf la kalau entry ni agak cheesy dan memualkan. Aku takde niat pun nak mengembar-gemburkan hal peribadi apatah lagi bermegah-megah dengan apa yang aku lalui saat ini..sekadar ingin meluahkan rasa hati..sebagai tanda untuk di kenang dikemudian hari...itu je..hehe


Dia : Awak..nak jumpa!
Aku : Dah kenapa hari-hari nak jumpa?
Dia : Rindu dengan gagak tua
Aku : Chet!



Faith is taking the first step
even when you can't see the whole staircase


13 comments:

  1. Wow. Tahniah BangKamen! Kem salam si merak kayangan ye. Hehehe🙊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal boleh, salam rindu dendam di kejauhan tak boleh yer Penji! ekekekeke

      Delete
  2. Wahhhh ... dah berchinta ekkk .. ku tujukan lagu jampi untukmu Kamen. kehkeh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa plak bercinta...dah kawen pun! ekekekee

      Delete
  3. kalau kat semenanjung, kenduri kahwin ada nasi minyak.
    kalau kat sabah ada nasi apa ye? hanya secebis pertanyaan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat sabah kenduri kawen makan nasi kosong je..save bajet barang semua dah naik harga...ekekekeke

      Delete
  4. So aku tergugat la sekarang. *kecewa ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak la dia punya kecewa..pujaan hati ko nak campak mana? hehe

      Delete
    2. Kita dah breakoff dah. Sbb nak tackle kamen �� Hahaa

      Delete
  5. I'm so late !

    So are you officially taken or what ? OMG !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ntah la Dom, kalau dah ada plan nak kawen tu nak panggil apa? ekekeke

      Delete
  6. Replies
    1. Lama tak nampak Shin...busy pegi holiday ke? hehe

      Delete