Monday 14 May 2018

EUROVISION

Kalau kat Malaysia rasanya rata-rata peminat muzik dan hiburan kenal Anugerah Juara Lagu (AJL). Tapi mungkin ada yang tak tahu, kat eropah ada satu program hiburan yang sangat famous dan merupakan festival muzik terbesar di dunia iaitu Eurovision. 

Aku yakin kat sini tak ramai tahu apa tu Eurovision. Senang citer, Eurovision ni macam anugerah juara lagu kat eropah yang diadakan setiap tahun. Cuma bezanya semua lagu yang bertanding dalam AJL lagu-lagu made in Malaysia, tapi dalam Eurovision setiap negara dalam benua eropah akan hantar satu lagu untuk dipertandingkan..so lebih kurang macam sukan olimpik campur juara lagu la..hahaha. Tapi start tahun 2015, Australia dah hantar wakil bertanding walaupun Australia bukan la salah satu negara dalam benua eropah. Pemenang ditentukan berdasarkan undian juri di setiap negara dan undian dari penonton. Dan pemenang untuk tahun ini bakal jadi host atau tuan rumah untuk tahun hadapan dan begitu la seterusnya. Misalnya tahun lalu Portugal menang, so tahun 2018 ni Portugal jadi tuan rumah.

Eurovision sebenarnya dah lama wujud sejak tahun 50an lagi. Nak dijadikan citer, aku ter-discover Eurovision ni secara tak sengaja masa tengah cari lagu dalam youtube 4 tahun lepas rasanya. Untuk pengetahuan, aku sebenarnya suka dengar lagu-lagu negara luar dan yang kurang mainstream..kononnya nak celebrate diversity macam slogan eurovision tahun lepas..hehe. Masa tengah mencari tu aku ternampak thumbnail seseorang berdiri di tengah kepulan awan dilatari langit berwarna biru dan ungu. Curious punya pasal aku klik dan tengok persembahan tu dari mula sampai habis. Serious, aku terpukau..bukan je sebab mamat tu hensem tapi sebab visual, stage, lighting, teknologi yang digunapakai dalam persembahan tu yang pada aku sangat amazing! First class! Kalau nak dibandingkan AJL macam langit dan bumi! Well..ini dia video yang aku maksudkan..



Start dari situ la aku mula cari gali pasal Eurovision ni, last-last jadi peminat tegar. Tiap tahun tak pernah miss. Kebetulan pulak ada live streaming dalam youtube so boleh la layan sampai subuh. Esoknya muka macam zombi sebab tak cukup tido...ekekeke. Bila dah jadi fans ni mesti la ada angan-angan nak datang konsert eurovision tu nak tengok live depan mata..cuma bila tu aku tak pasti...huhu. Kalau nak diceritakan satu persatu fakta pasal eurovision ni banyak sangat, korang google la sendiri..tak pun tengok sendiri performance artis-artis eropah dalam youtube. Sure korang mesti terhibur.

Eurovision ni antara event besar yang LGBT friendly dan sangat sinonim dengan LGBT. Tanya la mana-mana LGBT, mesti tahu apa tu Eurovision. Kebanyakkan fans dan peserta Eurovision pun ramai dalam kelompok LGBT. Bapuk Israel, Dana International pernah join dan menang. Tahun 2014, Austria hantar wakil drag..si Conchita Wurst..pun menang. Tahun ni pulak, Ireland buat persembahan bertemakan gay love..tapi kalah..ekekeke.  Semalam grand final untuk tahun 2018, lagu dari Israel jadi juara. Aku tak berkenan langsung dengan lagu tu..annoying pun ada...hahaha. Personal favorite aku tahun ni lagu dari Czech Republic, Belarus, Austria dan Sweden. Bab live perfomance Moldova yang paling interesting dan kreatif, tapi Cyprus memang pukul habis contestant lain...menangis Beyonce tengok minah tu buat hair flip..hahaha..

Dah cukup pasal Eurovision, terlebih hormon excited mungkin...walaupun lagu favorite kalah..ekekeke. Demam eurovision tak habis lagi ni, asyik duk repeat dalam youtube..huhu. Apa pun, kalau Malaysia join Eurovision, rasanya siapa yang layak jadi wakil? Apa? Siti Nordiana? Lame...ekekeke

When you're happy you enjoy the music. 
But when you're sad you understand the lyrics

4 comments:

  1. Semenjak Francesco kalah, tak minat dah tgk... Peminat tegar sejak 2004

    ReplyDelete
  2. Eurovision ada versi asia .. cuba google Eurovision Asia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah berapa tahun rumors pasal eurovision asia sampai sekarang takde..huhu

      Delete