Wednesday 20 February 2019

ABANG

Ketika aku sedang syiok mengorek hidung sambil menanti lampu isyarat bertukar hijau, tiba-tiba handphoneku berdering..petanda seseorang menghantar mesej melalui aplikasi Blued..

jejaka_itu_ini : Hi. Abang apa khabar..boleh berkenalan?

Masa seakan terhenti. Aku rasakan ketiak, perut dan bahagian sensitif aku mula digeletek tanpa belas kasihan. Hatiku tercuit...disulam dengan sedikit perasaan jijik. Lantas bibirku berkata..

"Chet!..umur dah 30 ada hati panggil aku abang!"

###

Aku mungkin diantara lelaki dalam Malaysia ni yang agak alergik dengan gelaran 'abang'..especially dari kaum lelaki. Aku sendiri tak pasti apa punca dan kenapa aku menghidap penyakit pelik ni...faktor pemanasan global barangkali? ekekeke.. Sedar la wahai Kamen Shinobi..awak tu dah berumur..memang layak pun dipanggil 'abang'...takkan nak panggil awak 'darling' pulak...erkkkk

Well..aku tak kisah pun kalau budak-budak belasan tahun..ataupun adik-adik seusia lepasan IPT panggil aku 'abang'. Sudah jadi lumrah budaya timur mendidik setiap dari kita untuk menghormati orang yang lagi berusia..salah satu cara dengan gelaran abang, pakcik, encik, tuan etc. Ini Malaysia bukan Amerika...selamba tegur pakcik sebelah rumah "Oiii samad...siram bunga ke tu?". Jangan hairan kalau pakcik samad tenung korang semacam.

Tapi bila yang gelarkan aku 'abang' ni datang dari lingkungan umur sebaya aku..apatah lagi yang sudah jelas lagi tua dari aku...automatik aku rasa nak menggelupur macam cacing disimbah air panas..aku teramat lah geli! Kadang-kadang tu terdetik dihati..."Tua sangat ke aku ni?" No way! Hari-hari tepek losyen safi rania buy 1 free 1 kat muka mustahil muka tua...aku baby face kut...huhu

Sejujurnya sejak azali lagi aku agak janggal dengan gelaran 'abang' ni. Aku nak bahasakan diri sendiri 'abang' dekat budak-budak pun rasa awkward..apatah lagi nak panggil lelaki lain 'abang'...errr...rasa macam adik-adik submissive disitu..ekekeke. Seboleh-bolehnya aku akan elak bahasakan diri aku atau orang lain 'abang'. Sesama jantan ber-'abang-abang' ni buat geli ketiak aku je..tak boleh blah! Lain la tengah bercinta..bukan setakat boleh panggil 'abang'...panggil 'hubby' sedap jugak...aummm

Pada aku gelaran 'abang' ni lebih sesuai diberi untuk abang kandung je. Yang takde pertalian darah langsung tu cari la alternative lain..bro, bossku..ekekeke.. Sesama jantan ber-'abang-adik'...ishh..getik bebenor teman...bak kata orang perak. Kalau jarak umur tu tak lebih 5 tahun..."kau-aku" dah cukup. Kalau rasa "kau-aku" tu bunyi kasar sangat...ganti "saya-awak"..tak ke lebih mesra telinga..hehe

Well...ini pendapat peribadi aku je..lain orang lain cara..ini cara aku. Jangan pulak nanti ada yang tuduh aku ajar BBNU ni biadab dekat orang tua...ekekekeke. So pesan Abam Kamen kepada adik-adik...hormati orang tua. Nampak tua sikit..panggil la 'abang'...kalau nampak tua banyak panggil 'pakcik'..jangan cakap Abam Kamen tak ajar ye...

Respect is for those who deserve it,
not for those who demand it

6 comments: