Sunday, 31 March 2019

SUPERFICIAL

Korang yang tengah on ataupun pernah ada gay apps..tak kisah la Grindr, Blued, Hornet etc..mesti pernah terjumpa profile yang ada description macam ni : 

"No chubby..twinks only"
"Cari BF..prefer gym type"

NO itu..NO ini.. Hidang terung free..YES jugak akhirnya!...ekekekeke..Well..masing-masing ada personal preferences bukan? Normal la tu, masing-masing tahu apa yang dia suka, apa yang boleh buat dia turn on turn off. Pepatah Melayu ada mengatakan..'dari mata turun ke hati'. Sudah jadi lumrah manusia sukakan benda yang cantik dimata. Senang kata, first impression tu antara benda yang terpenting lagi-lagi dalam mencari pasangan...tak kira lah untuk tujuan apa sekalipun.

Tapi apa yang menyedihkan dalam dunia LGBT ni especially lelaki PLU kebanyakkannya terlalu mendahulukan fizikal berbanding perkara-perkara lain. Well..siapa tak berselera dengan lelaki yang dia suka? Aku sendiri ada type yang aku suka..physical features yang boleh buat aku cair.. Bukan semua lelaki yang lalu depan mata aku berselera..tu desperate namanya! Tapi dalam pemerhatian aku, majoriti PLU lagi-lagi dalam gay apps sangat cerewat pasal paras rupa dan fizikal seseorang. Nak berkawan tapi pilih yang ensem je. Kalau muka macam tayar lori tu..kirim salam je la..baru DM terus kena block..huhu..

Ada pulak yang kononnya mencari boyfriend tapi letak macam-macam syarat berbaur diskriminasi fizikal. Kalau setakat satu dua turn off's sampai tak boleh dimaafkan langsung.. tak pun atas tujuan one night stand..aku tak hairan pun nak cari yang perfect. Ye la, masing-masing ada kehendak yang perlu dipenuhi. Tapi kalau perkara remeh yang agak susah atau mustahil untuk diubah..kulit hitam, pendek, contohnya..jadi punca kena reject...aku pun tak tahu nak cakap apa..



Sejak aku main gay apps ni, aku tak nafikan..dunia PLU ni dipenuhi manusia yang superficial. Ramai yang letak high standard sampai jadi shallow minded, judgemental, and unrealistic. Terlalu mencari kesempurnaan fizikal sampai timbul sikap diskriminasi. Terlalu pentingkan standard sampai jadi buta hati. Nak berkawan..nak bercinta tapi gaya macam nak cari model spender...cerewet nak mati! Lepas tu komplen takde orang nak kat dia....up status FB.."Bosan la, kan best ada bf..."..ek eleh!

Friendship..relationship bukan dinilai dari pasar rupa, bentuk badan, tinggi, berat tu semua. Kawan ensem tapi tak boleh diharap pun tak guna jugak. Bila kau senang, dia la orang pertama mengaku BFF..tapi bila kau susah bayang pun tak nampak. Tak guna ada partner hot sado main gym 2 jam non stop 3 kali sehari 7 kali seminggu..tapi relationship tu banyak cacat cela. Depan kau bukan main sweet..belakang kau dia curang romen dengan jantan lain...huhu

Yang indah tak selamanya indah. Yang muda akan tua. Yang pejal akan lembik. Yang tegang akan kendur.  Dan yang buruk tak selamanya buruk. Yang gemuk boleh fit. Yang hitam boleh putih. Masa tu baru kau tahu nak menyesal reject dia dulu. Tak perlu la kut too judgemental. Kenal dulu baru nilai, kenal peribadi..kenal hati budi..bukan kenal berapa saiz terung.. haihhh...Kan cikgu bahasa melayu dah ajar.."tak kenal maka tak cinta"..eceh! hehe..

Well..entry ni hanya sekadar luahan peribadi. Bukan nak meroyan sebab kena reject ye! Mustahil Kamen Shinobi kena reject...hot stuff kut! Baru letak DP ibu jari kaki, berpusu-pusu orang DM masuk ajak couple. Tu belum tunjuk muka...terus kena banned..

Your outer beauty will capture the eyes, 
your inner beauty will capture the heart.

7 comments:

  1. Yes, bila dah kenal kamen shinobi, terus rasa melekat je macam kena gam gajah sebab tertawan dengan keindahan budi. Eceh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak kata aku tak hensem la tu..cuma mampu bermodalkan budi pekerti sahaja..huhuhu

      Delete
  2. Hi. Terjumpa blog ni from entry pasal catfish. Too bad, aku terkejut sebab it was a plu-version catfish. While mine is a true (boy-girl) catfish. I'm a girl. But thing is, aku faham apa kau rasa. Sakit hati betul haha sampai sekarang aku tak boleh nak maafkan orang tu. Btw, ko memang tak minat perempuan ke apa haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang kata tak baik benci sangat...kang yang dibenci tu rupanya jodoh..hehehe..

      Perempuan asli mahupun buatan Thailand tak minat la awak..dah nama pun gay..kenapa? nak saya jadi suami awak ke? erkkkk...

      Delete
  3. Kamen shinobi, bole bg emel tak?

    ReplyDelete
  4. bagusnya kamen masih istiqomah berblog. hiks

    ReplyDelete
  5. Hati hati bila guna site grindr atau hornet.. Ada gak orang letak gambar palsu... Bila dah tukar tukar no tel. Kita cakap kotor kotor ada lak orang call dan cakap kita kacau anak dia dan ugut tau tempat tinggal kita.. So hati hati

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.