Monday 25 November 2019

COVERLINE

Last weekend aku sempat stay sehari dua dekat rumah 'kesayangan'. Entry ni sengaja di publish untuk memberitahu satu dunia bahawa Kamen Shinobi sudah berpunya. Riak sungguh kau Kamen! wakakaka.. Well, aku bukan nak citer pasal kejadian yang berlaku di sana..ikut imaginasi masing-masing la nak fikir apa pun..ekekeke..

Sepanjang aku berada di sana, honestly aku rasa sedikit 'janggal'...bukan kerana baru bertemu keluarga mentua...ekekeke. Agak susah aku nak describe perasaan 'janggal' tu. Sebenarnya situasi ni tidak lah baru....kerap kali jugak berlaku terutamanya bila kat luar. Yela, biasanya kalau duduk berdua takde rasa segan silu pun nak tunjuk kasih sayang tu..eceh! Tapi bila berdepan dengan family kesayangan..atau pun bila kat tempat yang kurang privacy, nak tak nak kitaorang kena hadkan sikit kemesraan tu. Jangan harap la nak bermanja nak mengada-ngada. Setiap  gerak, tingkah laku, tutur kata...kena berhati-hati. Nak tegur pun panggil nama..bahasakan diri kau-aku. Rasa derhaka pulak ber-kau-aku dengan kesayangan...hahaha. Semuanya sebab nak mengelak hubungan ni dari dihidu orang sekeliling..

Rasanya almost gay couple ada perasaan insecure nak bermesra kat public. Yela, nak mengaku diri tu gay pun seolah nak memilih antara hidup atau mati..apatah lagi nak pegang tangan partner depan khalayak ramai. Takut dengan persepsi negatif orang sekeliling..takut kena judge...takut orang pandang sinis..takut jadi buah mulut orang etc. Biasa la, orang kita ni asal nampak benda yang out of norm, mudah sangat triggered. Dia tak tahu, dekat India sana orang jantan selamba jalan pegang tangan..kalah orang bercinta. Pak arab asal jumpa laga pipi laga hidung...takde hal pun. Geng perempuan kongsi makanan dikatanya comel, tapi kalau lelaki suap makan dikatanya jijik. Diskriminasi sungguh!



Kalau nak cakap pasal coverline ni, bukannya bila tengah in love je kena coverline, korang yang single tu pun selalu coverline kan? Usha jantan dalam lrt.. mampu jeling je. Takde pulak datang dekat tanya nama mintak nombor telefon etc. Adik beradik membawang pasal pakcik sebelah rumah selalu bawa jantan sado masuk rumah..kau terpaksa jadi hipokrit ikut membawang sekali. Member lepak mamak sembang pasal awek,  kau join sekali...sedangkan nicky minaj bogel pun kau geli.  Parents menyibuk tanya kenapa tak kahwin lagi..kau bagi jawapan cliche..jodoh belum sampai. Walhal kau sibuk mencari jodoh dalam grindr. Yang tengah couple tu pulak mampu berkasih sayang bila tengah berdua je. Tapi bila dah kena menghadap public terpaksa la pakai topeng str8..acah-acah macho..mengaku kawan satu office tapi sebenarnya jumpa pun dalam gay apps. Kesian orang sekeliling kena tipu hidup-hidup...ekekekeke

Well..bukan senang hidup sebagai closeted gay dalam lautan manusia normal. Banyak yang perlu dikorbankan demi menjaga sensitiviti orang sekeliling. Orang lain bebas berekspresi..sedangkan orang-orang macam kita ni terpaksa memendam rasa..bimbang dihina dan dicaci. Yang single mahupun tengah couple..sama je..semua pun kena sorok. Rasa bahagia tu hanya mampu dikongsi bersama orang yang memahami. Kadang-kadang tu rasa iri hati dengan pasangan lain, mampu tunjuk rasa bahagia tanpa ada prejudis dari orang sekeliling..rasa bebas jadi diri sendiri bila dengan pasangan..huhu

Do they love you..or the mask you put on everyday?


6 comments:

  1. Lumrah kehidupan gay di Malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai william, how are you, i hope your fine. Kamu tahu tak tentang blog ini sudah lama tidak update post ?.that story blog of blogger is intersting.

      Delete
  2. Nak update baru pasal relationship kamen.

    ReplyDelete
  3. Lama dh tempat ni x berapdet... Selalu dtg jenguk berharap ada cerita baru... Hummm semoga enchek kamen sehat2 salu

    ReplyDelete
  4. Boleh ja...nk bagi masyrakat luar terima PLU

    - NAIK MOTO ngan mmber atau laki .... pakai BAJU WARNA SAMA and HELMET warna sama.

    - KELUAR JALAN JALAN ngan mmber atau laki ....pakai baju WARNA SAMA

    -MANJA2 TIME MAKAN DKT KEDAI
    ....tunjuk lah sweat2 dkt orng tngk duk makan.

    PASANGAN PLU kena buat perlahan2 .........dan pasangan- pasangan plu kena menonjol kan diri dgn cara diatas kepada masyarakat

    buat perlahan2 lama2 masyarakat akan terima

    SAMPAI BILA KITA NAK sembunyikan kan PLU dkat luar masyratkt sana.

    ReplyDelete