Tuesday, 2 December 2014

TERKURUNG DALAM ALMARI

 Closeted and in the closet are adjectives for lesbian, gay, bisexual, transgender etc. (LGBT) people who have not disclosed their sexual orientation or gender identity and aspects thereof, including sexual identity and sexual behavior. - Wikipedia

Aku mula kenal istilah in the closet 2 tahun lepas. Aku tak pernah tahu pun yang aku ni 'in the closet'. Sebelum tu aku cuma anggap yang "aku gay tapi aku tak nak orang lain tahu".

Rasanya kebanyakkan plu di Malaysia ni jenis yang in the closet. Aku tak pernah jumpa lagi mana-mana lelaki yang openly gay..."Kenalkan nama saya Ultraman,saya gay"..takde! 

Kalau kau stay dekat tempat yang at least gay friendly..takde masalah orang tahu ke tak kau gay. Masalahnya penerimaan masyarakat kita. Tak ramai yang open minded dan boleh terima plu dengan hati terbuka. Aku tak rasa situasi ni wujud.

Me : Bro,aku sebenarnya gay...
Them : Jadi apa masalahnya ko gay..kau tetap kawan aku


Tapi sebaliknya..

Me : Bro,aku sebenarnya takde nafsu kat perempuan...aku gay
Them : WTF!.....KAU GILERRR......SORRY,AKU BUKAN KAWAN KAU LAGI!


Nampak tak? Golongan majoriti terutamanya yang homophobia tak mampu nak menerima golongan minoriti macam aku. Apa yang diaorang nampak bila kau jadi gay,automatically kau jadi alien,aneh,unorthodox,sewel dan menjijikkan.

Lelaki gay macam aku terpaksa stay in the closet dan pendam perasaan supaya boleh diterima orang sekeliling. It sucks!!! Aku gay tapi aku tak boleh tunjuk apa yang aku suka. Aku tahu orang yang tak faham situasi orang macam aku akan mula judge dan pandang serong once diaorang tahu aku gay..tak macam apa yang diaorang fikir. Orang kata..kerana nila setitik,rosak susu sebelanga..Kau baik macam mana pun,once orang tahu kau gay..automatik diaorang akan prejudis dekat kau.  

Pun begitu..aku masih selesa dengan kehidupan aku sekarang. Orang lain anggap aku macam lelaki normal lain..tanpa prejudis dan diskriminasi. Aku rasa itu yang terbaik buat masa ni.

Aku sendiri tak tahu sampai bila aku perlu sembuyikan seksualiti aku?

Mungkin aku perlu stay in the closet selagi aku bergelar seorang gay.



6 comments:

  1. Luckily my best friend guna ayat yang first tu. Kinda lega jugak. But yeahh I think discreet is much better. Jangan terlalu reveal sangat. Duduk senyap-senyap dalam almari. People will judge kita weyh like they really know our story. Macam aku ni just member-member PLU je la yang tahu pun. Normal people ada la 2-3 orang yang tahu. Itu pun atas dasar kepercayaan aku kat diorang. Ok dah meraban banyak sangat dalam comment box ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...takpe,taip je apa yang ko nak taip.share cerita.

      Delete
  2. Well, sometimes memang susah nak terus terang dekat org yg memang dah sah2 xkan faham situasi kita.. Kira beruntung gilee lah kalau kau jumpa org yg dpt terima kau seadanya.. Haha

    ReplyDelete
  3. Pendapat aku, better be in the closet...sbb masyarakat kita tidak terbuka. Untuk tidak mengalami masalah dan mungkin stress terlampau akibat dari kita open out

    ReplyDelete
    Replies
    1. Well..itu aje pilihan yang ada untuk PLU dekat sini, stay in then closet. Tp kalau nak mengelak stress menyimpan dark secret ni sorang2, baik cari someone yang boleh faham situasi orang macam kita.

      Delete
  4. My id wechat:metlie02

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.