Tuesday, 23 December 2014

KITA SAMA SAJA BRO!

Sebelum baca entry ni,aku sarankan baca dulu entry KAN DAH KANTOI LAGI . Baru nampak flow cerita sebenar.

Banyak hari jugak aku fikirkan benda ni sampai tak cukup tido aku dibuatnya. Aku fikir pro dan cons kalau aku nekad dengan keputusan aku..apa kesan kalau Wan tahu. Aku fikir jugak kalau aku pecahkan rahsia Wan,rahsia aku automatik akan terbongkar jugak. Mula-mula aku teragak nak buat, tapi aku semakin nekad nak terus terang dekat Wan.

Pagi tu aku terbangun awal sikit..check handphone, someone hantar mesej dalam Grindr. Wan mesej lagi..(degil betul budak ni) tapi aku biarkan aje,tak balas pun. Ahhh!...aku dah tak tahan!! Aku terus mesej Wan ajak jumpa. Baru mesej nak jumpa,belum lagi cakap depan muka..tu pun jantung aku dah macam nak meletup. 

Malamnya aku ajak Wan dinner sekali. Saja nak bagi mesra sebab aku dah lama tak jumpa Wan, sedikit kekok walaupun dah lama kenal. Banyak yang kitorang borakkan..tapi kadang-kadang aku tak boleh nak concentrate sebab aku asyik fikir macam mana nak start nanti. 

Lepas masing-masing dah kenyang aku bawa Wan jalan-jalan..aku rasa ini masa yang sesuai..

Aku : Wan..aku ada benda serius nak bagitahu kau ni.
Wan : Apa dia?
Aku : Pasal kau dan aku...
Wan : HA? APA DIA? KAU BUAT AKU NERVOUS! (dia dah cuak!)
Aku : Aku dah tahu rahsia besar kau. Aku as kawan,aku boleh terima...
Wan : RAHSIA APA BEB? KAU JANGANNN!
Aku : Kau tak kisah ke kalau aku bagitahu? Kalau kau tak nak,aku simpan aje...haha
Wan : Erk......ok,bagitahu aku SEKARANG!

Kebetulan aku lalu di kawasan taman rekreasi,aku singgah..Aku ajak Wan duduk atas satu bangku dekat taman tu. Ramai couple lepak dekat situ,lokasi tak terang tak gelap,tak bising tak sunyi sangat..sedang-sedang elok..jadi aku rasa sesuai kot duduk berdua dengan Wan,tak la nanti nampak macam 'gay couple'..haha

Wan : Cepat la...bagitahu aku.
Aku : Tunggu sekejap..ha!ini dia (menggigil!...aku tunjuk conversation dalam Growlr)
Wan : HAHAHAHAHHAHAHA..kau ke tu?damn!
Aku : HAHA..yer..nakal kau yer..boleh tahan!
Wan : Seriously?Damn! Oh...jadi kau plu jugak?
Aku : Yer..kita sama je bro. Habis tu kau tak tahu langsung kau tengah borak dengan aku?haha.. 
Wan : Hahaha. Serius beb,aku tak tahu!Damn!Tak sangka pulak tu kau!..tapi recently aku macam boleh agak kau something dari perubahan kau...kau faham kan?gaydar....hehe
Aku : (siot je) Errr..ye ke?HAHA..hebat gaydar kau!Dah jom..kita jalan lagi..
Wan : Jom!

Sebenarnya aku tak faham apa yang Wan nampak dekat aku sampai dia syak aku ni plu. Mungkin dah ramai member kitorang yang dah kahwin..dah ada anak..tinggal aku dengan Wan aje yang masih single. Awek pun tarak walaupun hensem (cis!angkat bakul). Haha.. Betul la orang kata,hanya jauhari mengenal manikan...hanya plu boleh mengenal plu..

Aku lega lepas confess dekat Wan..takde apa lagi yang aku patut sorok. Dia dah tahu aku plu..sama macam dia jugak. Wan pun boleh jadi diri sendiri depan aku. Kurang sikit beban aku jadi plu, at least ada orang yang boleh faham situasi aku. Lagi satu, bertambah sikit topik perbualan, kalau tak asyik sembang pasal keje...tak pun pasal perkembangan member sekolah. Lepas ni lepak cafe selamba cakap "bro meja sebelah hensem"....adeh!!



Lepas kejadian tu, buat pertama kali kitorang berbual topik plu. Dalam diam tak sangka Wan lagi advance dari aku. Aku dah nampak 'warna' sebenar Wan. Kalau sebelum ni aku boleh rasa Wan tak jadi diri sendiri. Aku ada jugak bagitahu Wan yang dia sebenarnya dah banyak kali kantoi cuma dia tak perasan. Dia gelak aje. Kalau aku jadi Wan confirm malu habis. 

Balik rumah aku imbas balik kejadian tadi. Senyum sorang-sorang dah macam kerang busuk..tapi bila difikirkan balik.."betul ke keputusan aku tadi?" Bukan apa..aku fikir kesan dekat Wan, confirm dia malu dekat aku..maybe depan aku aje dia ok tapi lepas ni dia dah taknak jumpa aku dah. Risau jugak aku.

Lagi satu aku percaya Wan boleh simpan rahsia aku tapi dia ni lurus bendul sikit...aku risau aje kalau dia terbongkarkan rahsia aku dekat orang yang tak sepatutnya.Waktu berborak dalam kereta tadi pun dia sempat pecahkan lubang mutual friend kitorang. Tak mustahil Wan boleh buat benda sama dekat aku.

Menyesal pulak bagitahu..Aku harap Wan tak kecewakan aku.

8 comments:

  1. haha.. lucu story ko ni.. btw mo tnya sabah area mana? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sudi baca
      aku sabah area....hehe..ada la bah,rahsia.mau tau pm aku.hehehe

      Delete
  2. HAHHAHAHA.
    reveal jugak akhirnya.
    Untunglaaa encik Kamen ni hensem. Eekekeke. mesti ramai peminat.
    Lepas ni bolehlah korang dua lepak sama-sama cuci mata tengok eye candy.
    HAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Telinga aje hensem..ramai minat dekat telinga aku..hahahhaa

      cuci mata tu wajib tiap kali lepak..ekekeke




      Delete
  3. Hahaha serius lawak. Aku ada pengalaman lebih kurang sama macam bro. Tapi bukan dengan kawan baik la. Still, at last aku mengaku. Serius rasa beban berahsia ni ringan sangat. And dia sebagai Plu akan faham jugak yang sesetengah orang suka jadi discreet, so bagiitahu jela dia supaya jangan bocorkan kat orang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku dah bagitahu member aku supaya tutup mulut,tapi mulut orang aku tak boleh nak kawal. Aku tak kisah sangat kalau dia cakap dekat plu lain pasal aku,tapi aku tetap rasa tak selesa.

      Delete
  4. nice story. pernah dikantoikan dgn colleague. die pon sama je

    ReplyDelete
  5. takde masalah terkantoi dengan kawan plu
    kalau terkantoi dengan kawan straight..itu masalah besar.hahaha

    ReplyDelete