Thursday 15 January 2015

GAY vs PLU

Honestly, dulu aku tak tahu dari mana asal usul perkataan People Like Us (PLU).Yang aku tahu..gay,homo. Orang cakap "plu tu gay ler,tu pun tak tau?!"..so,aku ikutkan aje.

Baru-baru ni saudara Nu'man post topik pasal RELATIONSHIP..satu topik yang sangat menarik bagi aku sebab aku memang peminat tegar bab-bab gay relationship..aku suka baca pandangan lelaki gay pasal gay relationship. Walaupun kadang-kadang bercanggah dengan pendapat peribadi aku,tapi aku takde hak nak pertikaikan..masing-masing punya pendapat..



Lepas di tilik satu persatu komen dalam entry saudara Nu'man,aku terbaca satu komen dari adik (erk....geli tekak panggil orang adik,especially lelaki..hahaha)..Mr. Nov..ini bait komen beliau..

"Bagi aku plu dan gay ni 2 perkara berbeza. Plu adalah mereka yang openly gay bergaul bebas sesama mereka. Manakala gay peeps adalah mereka yang discreet. Masih ada ego menyembunyikan sisi gelap diri. Gay peeps will definitely not the one looking for random sex, instead looking for some guy berjalan seiringan, sekurangnya beban tak tertanggung tu dapat di kurangkan. Maaf, i don't really trust pada mereka yang bebas proudly living as gay who called themselves as Plu."

Buat aku terfikir sekejap..apa beza gay dan plu?

Aku bukan nak menidakkan apa yang Mr.Nov cuba sampaikan,itu pendapat peribadi beliau. Again, siapa aku nak nak pertikaikan pendapat orang lain..dah nama pendapat..masing-masing punya pasal ler kan?

Bagi aku personally, aku tak nampak beza antara plu dan gay..Kadang-kadang aku teragak-agak jugak nak sebut plu ke..nak sebut gay? Sejujurnya..bunyi gay sedikit kasar bagi aku..sebab tu aku lebih suka sebut plu..tapi kadang-kadang aku tak kisah pun nak sebut mana-mana..main bedal aje..

Pandangan aku..bila kau gay..kau automatik jadi plu. Bebalik pada komen Mr. Nov..


plu = open,bergaul bebas, looking for sexmate
gay = discreet, looking for soulmate

Aku gay dan aku discreet. Tapi aku tetap seorang plu walaupun aku tak bergaul bebas dan nak kenal someone sebab nak sex aje. Bagi aku..bila kau gay,automatik kau seorang plu. PLU ni sebenarnya lebih kepada istilah universal macam LGBT..Gay tu plu,bisexual tu plu,lesbian pun plu..lelaki bisexual bukan gay tapi dia tetap plu.

Gay pulak istilah untuk sexual orientation..lelaki yang bernafsu kepada lelaki..bukan sebab dia open atau in the closet atau pasal dia nak cari soulmate atau sexmate.

Konklusi..kau gay,kau plu..kau plu tapi kau boleh jadi sama ada gay,bi atau trans. Apa yang kau cari dan buat belakang orang..itu lain cerita.

Maaf Mr.Nov kalau post ni menyinggung pendapat kau,tapi aku just nak share pendapat aku. Peace..jangan marah,nanti cepat tua..kau muda lagi kan?AUMMM! ekekekeke....

37 comments:

  1. Gay tu nampak macam jantan skit kalau sebut.
    Plu nampak macam lembut skit.
    Ini konotasi dari Encik Nu'man. Hehe.Peace.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..tu pasal aku kata gay tu bunyinya kasar sikit banding plu

      Delete
    2. Klau perkataan gay bagi aku laa,, org yg guna perkataan gay ni,adalah dr glgn org berumur... Klau plu plk dr glggn yg muda muda

      Delete
  2. Actually perkataan PLU ni disalahgunakan oleh kaum gay di Malaysia sebagai sebagai kata nama khas untuk menggantikan perkataan GAY kerana perkataan GAY itu macam perkataan taboo kat negara kita dan bercanggahan dengan adat budaya di negara ini.

    PLU ni sebetulnya digunakan dalam perbualan antara 2 orang yang berstatus gay untuk men-describe pihak ke-3 yakni dia adalah gay ataupun tidak.

    Example: "Kawan kau tu PLU ke?

    kalau kau gune perkataan PLU untuk menerangkan diri kau, contohnya "saya PLU", kesalahan tatabahasa dalam bahasa rojak agak salah di situ..

    Kalau ayat kau "dia PLU", ayat ini dikira betul even bahasa rojak...

    lagi satu, nak berkongsi sikit. sebenarnya...

    PLU: lelaki gay discreet.
    Gay: openly gay guy.

    kenapa, sebab perkataan PLU ni digunakan untuk mengidentifikasi lelaki gay yang lain secara discreet.

    sekian...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Panjang lebar Gibb explain.
      Macam wikipedia.
      Nice info btw !

      Delete
    2. Mestila... Sebab dulu aku penah bertelagah dgn someone tentang perbezaan gay dan plu. So aku buat research

      Delete
    3. Ohh. Tapi bagi saya gay ni under PLU jugak.
      Tak kisah la mana2 pun.
      Songsang jugak dua-dua tu.
      HAHAH

      Delete
    4. pergh...siap ada tatabahasa lagi tu..hebat Gibb Zernow!
      betul ler... "aku gay" lebih tepat dari "aku people like us"..pelik je bunyinya..haha
      "si A tu people like us"..."si A tu gay"..dua-dua pun betul..

      Delete
  3. Saya bersetuju dengan pendapat anda wahai Kamen Rider. Eh silap. Kamen Shinobi !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kamen Rider tu jiran belah pakcik kepada sepupu moyang Kamen Shinobi. tesedak dia kau sebut-sebut nama.

      Delete
  4. Aaa tidakkk. How could you!!! Adakah ini menghalalkan aku di bash secara berjemaah?Again and again, its just my opinion. Lagi pun aku ni muda remaja lagi. Maaf kan saya.

    Ini pendapat aku lah berkenaan isu ni. Macam yg encik Numan cakap, Gay tampak lebih keras sikit berbanding Plu yang lebih lembut sedikit bahasanya.

    Aku sejujurnya tidak suka merujuk golongan sejenis sebagai Plu. Sebabnya, bagi aku Plu ni more to community/society. People Like Us. Orang macam kita. Dengan kata lain society ini menyokong tidak tanduk LGBT secara terang-terangan. Encourage abnormal people to go out freely. Claiming their right openly.

    Oleh kerana aku ni discreet, aku rasa adalah tidak adil untuk menamakan mereka yang bersembunyi in the closet sebagai Plu. Sebagai contoh ali ni miliki nafsu sejenis dan tiada sezarah pun nafsu dia untuk wanita. Tetapi oleh kerana dia berpegang pada satu prinsip hidup tidak akan melawan norma kehidupan. Dia tekad menjalani hidup sebagai seorang yang normal, meskipun pada hakikatnya dia masih memiliki naluri sejenis. Persoalannya, Wajar dan adil kah dia di gelar Plu?

    Kamus hidup aku mendefinisi kan siapapun yang proudly living as seorang yang songsang termasuk dalam golongan Plu. Bukan mereka yang living like normal people.

    Apapun aku jugak tidak menyatakan aku lebih prefer di gelar gay. Memandangkan gay juga turut menjadi sebahagian dari society Plu. Tetapi adalah lebih baik jika mereka yang masih menjalani kehidupan normal tidak di namakan sebagai Plu. Tetapi lebih manis digelar seorang yang bernafsu gay. Gay kan membawa maksud happy. Biarkan dia gembira. Tanpa perlu melabelkan dia seorang Plu.

    Bagi aku Plu menghalalkan dan mempromosikan seks bebas. Yelah bila kita exposed dalam sesuatu society yang sekepala , lebih banyak pilihan, lebih banyak kenalan. pasti nafsu mengatasi segala. Bukan semua plu. Tapi hakikatnya ia mendedahkan kepada risiko lebih tinggi.

    As a conclusion, apapun definisi korang. Aku terima. Sisi kehidupan kita berbeza pelbagai sudut. Adakala hujah Aku berdasarkan sudut 60 darjah, Kau 75 darjah dan Dia mungkin 180 darjah. Tidak akan pernah sama.

    P/s: saya tidak berkecil hati mahupun terguris. Thnks sudi buat entry untuk aku. Terharu lah jugak ;p. Dah maaf seribu kali maaf andai buah fikiran insan setahun jagung ini mencalar imej baik anda warga Plu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Panjang lebar komen dah rupa entri..hahaha...

      Mr. Unknown aku arahkan kau peluk Mr.Nov bagi dia relax sikit..ekekekke

      Delete
  5. Actually the terms gay itself pun dah jadi general untuk any gender yang having same-sex relationship.It is because if you guys notice dalam article even yang melibatkan girl-girl relationship pun di panggil gay

    For example: "I'm gay Shane.I'm skirt chaser"

    In my opinion,gay and Plu itu sama.Even me myself,aku tak guna perkataan itu sangat sebab bagi aku plu is gay,gay is plu sebab aku rasa dua-dua ni more pada sexually(sorry).That's why aku jarang guna both perkataan aku lagi suka guna discreet people or dunia sebaliknya.Hahaa.

    Since it is opinion,any answer is acceptable.Hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. "hi...saya discreet people"
      "hi..saya dunia sebaliknya"
      hmmm....menarik.

      Delete
    2. Kamen!!you make it sound so funny...hahaaa

      Delete
  6. (ep 1)
    knock2. dtg sini utk blogwalking.

    tau ni entry yg agak lama. tp rasa tpanggil2 utk menjatuhkan komen.

    memula dulu bila aku join "lgbt community" kat Internet, PLU adalah antara term yg aku wajib google. Gay pun aku ada google jugak untuk btul2 memastikan definisinya yg aku rasa paling unggul. apa2 term pun lah rasanya perlu diselidik, jgn ikut semberono je bg definisi sendiri ikut sixth sense masing2. sbb nnt mendatangkan kesan kepeningan dan kesalahfahaman dlm berkomunikasi, redundant vocab dan sebagainya. byk contoh benda kekonfiusan ni jadi kat luar sana. menyebabkan proses komunikasi antara komuniti malah individu, menjadi leceh dr yg sepatutnya.

    contoh : slanga (melayu) vs slang (inggilis)
    huraian : org kita biasa faham "slanga"/"slang" ni maksudnya cara sebutan orang2 tertentu(spt, slang org putih, slang india dll. tapi kalo ikut definisi dari kamus, maksudnya ialah kata2 yg bukan baku, atau perkataan bahasa perbualan tak rasmi. contoh slang/slanga : best, terer, balak, awek.
    kesimpulan: jd pemahaman ini dah salah dari yg sepatutnya, dan boleh mengundang kesalahfahaman lantas menyukarkan kelancaran proses komunikasi. perkataan "slang" yg biasa digunakan dlm komunikasi kita itu mungkin bukan perkataan yg kita ingin gunakan, mungkin kita ingin gunakan perkataan aksen atau loghat atau telor (bukan telur!) atau pelat. dah lah manusia2 ni biasanya malas sangat nak take time utk faham apa org lain kata (pandang cermin dan sdar diri kat sini), kita pulak makin serabutkan bahasa2 yg dah sdia ada. benda ni tak jd masalah kot kalau kita mmg jenis memahami. but "most" of the time it's not the case.

    ..bsmbung..

    ReplyDelete
  7. (ep 2)
    ----------ok berbalik ke asal (sori adik kamen, aku bikin serabut sket ruang komen blog ko lol)--------

    PLU - People Like Us - Orang Macam Kita / Orang Macam Kami

    sbelum ni aku dah tempatkan dua ruang berbeza dalam kepala hotak aku utk dua definisi berbeza perkataan ni, walaupun bg aku x perlu sampai dua, cukuplah hanya satu. psl x berapa efisyen la kalau guna byk sgt ruang kepala hotak utk tempatkan benda2 camni. begini maksud aku:

    PLU maksudnya "orang mcm kita/kami" kan? aku percaya benda ni cuma abbreviation umum dan relative. bukannya term khusus untuk satu komuniti khas mcm PBSM ke KRS ke. so maksudnya term ni boleh diguna oleh sapa2 saja untuk merujuk sapa2 saja dan ianya tergantung situasi (relative). contoh, bila dua orang malaun yg kejenya jual dadah beborak :

    malaun 1: "bai, spupu lu tu boleh percaya? wa xmau terjerat bai! not again!"
    malaun 2: "alahamak lu ni, rilek broh! spupu wa tuh ORANG MACAM KITA (PLU)"

    nmpak? pggunaan term PLU dlm pemborakan dorang tu maksudnya bgantung kpd situasi/konteks diorang (relative). ianya bukan term yg khusus. psl bila diorang yg guna term tu, ianya bermaksud "orang yg jual dadah mcm diorang". bila yg guna term tu ialah mat rempit, maka "mat rempit"lah maksud term tersebut.

    pendek kata byk jenis orang yg pakai term tu tanpa diorang sedari bahwa PLU (ORANG yang gay MACAM KITA /PEOPLE who are gay LIKE US) ni telah memasukkan term tersebut ke dalam senarai term2 khas seperti PBSM, UNESCO, UN, KRS dll. dan sgt ramai antara kita yang memahami term PLU tu sebagai orang2 gay. malah bukan kita je yg berfahaman gitu, member2 kita yg tak gay tp duk berkawan dgn gay 24/7 pun dah faham mcm kita, asal sebut PLU je, "ohh gay". cuba bayangkan seorang lelaki str8 berborak dgn member dia yg gay tentang seorang lelaki lain:

    si str8 : "OI! mamat tu lain mcm beb aku tgk. dia PLU (People Like US) ke?"
    si gay : "ah kau. don't judge a book by its cover. rasanya PLU ler tuh."

    mari tukar PLU tu kepada Orang Macam Kita :

    si str8 : "OI! mamat tu lain mcm beb aku tgk. dia Orang Macam Kita ke?"(mksud ko gay macam ko? kan ko ni str8???!)
    si gay : "ah kau. don't judge a book by its cover. rasanya Orang Macam Kita ler tuh. Oops sori nyeh. uols kan str8 sangat. maksud merk, rasanya Orang Macam iols. choiii"

    nmpak sumbang kan pemborakan tu bila camtu. harap contoh tu dpt memberi kefahaman. huhu

    so last2 dua ruang kepala hotak aku telah menempatkan term yg sama untuk dua maksud berbeza. yg satu relative, yang satu absolute. dan ini agak membazirkan ruang memori kita. lol

    ..bsmbung..

    ReplyDelete
  8. (ep 3)
    -----ok cukup utk part PLU. part gay pulak!------

    apesal? apesal! apesal~~~

    ok, mcm kata kamen lah, masing2 ada pendapat dan onion masing2. tp aku rasa dlm kes bahasa yg sudah sedia ada ni, rasanya elok kita kurang2kan pendapat2 kita dan onion kita dlm memberi maksud dah rencah definisi utk istilah2 sedia ada ni. ini boleh mendatangkan percanggahan pendapat dan perbalahan. tu dr segi negatifnya lah. dr segi positipnya, ianya boleh membuatkan kita lebih cuba memahami antara satu sama lain dan menyedari bahawa kita manusia ni ada kepala otak sdiri, selain itu kita jugak boleh menjadi insan yg lebih bersabar (sabar je lah aku!).

    kan maksud gay tu mudah kan? yaitu orang yg bernaluri seks ke arah org berjantina sama. ni aku rujuk kamus kemberej online ya. so itulah dia maksudnya, dan apalah salahnya kalo kita just gunapakai istilah tu dengan maksudnya yg dah ditulis kat kamus. so tak payahlah nanti org2 yg kerja kamus tu nak susah payah tukar2 maksud dia tu. so mudah kerja masing2, diorang tak perlu susah2 tukar maksud, kita pun tak payah susah2 melalui isu percanggahan maksud sesuatu perkataan bila kita berkomunikasi.

    bila pergi kat google, mcm org2 bg pendapat diorang tentang maksud gay. huhu. takkanlah kita nak peruntukkan 1 juta ruang ingatan kat palohotak kita utk 1 juta maksud gay yg bebeza2 ni pulak kan. tak efisyen camtu. ada yg berpendapat gay ni org laki yg nmpak mcm laki normal, tp dlm diam dia mencintai aku (aku laki, so maksudnya dlm diam dia mencintai lelaki lah). bila merujuk kat sini pulak ada yang kata gay tu ialah openly gay guy. sori bukan nak ckp aku betul korang salah atau aku salah korang betul, just nak ajak sama2 berfikir dgn lebih dalam sambil cuba memahami antara satu sama lain.

    kita cuba apply math kat "gay = openly gay guy", kita guna kaedah penggantian:

    jika gay = openly gay guy
    maka gay = openly (openly gay guy) guy
    teruskan apply penggantian
    gay = openly (openly (openly gay guy) guy) guy
    dan seterusnya...
    so ini merupakan satu loop yg tak berkesudahan.

    ok, aku paham, Gibb Zernow tak bermaksud seKOMPLIKETET ini.
    mgkin maksud dia : "gay" (berinverted comma) = openly gay(tak berinverted comma) guy
    tp kan, benda seperti ini boleh menyukarkan SEDIKIT proses komunikasi yg simpel dan lancar. ini jugak boleh memberi ekskiyus utk kita twist2 ayat kita ikut keinginan kita. mana taknya, satu perkataan dah ada byk maksud, so tak mustahil kalau hari ni kita nak pakai maksud lain, esok2 kita tukar ke maksud lain. last2 org jd malas nak sentuh benda tu psl kompliketet dan custom-tailored.
    dan kalau kita nak ckp bahawa seseorang gay tu tidak lg di dalam closet, rasanya tak susah kalo kita just ckp "dia openly gay". orang pun senang paham tanpa perlu teka2 maksud gay kat situ (harapnya begitu).

    ..bsmbung..

    ReplyDelete
  9. (ep 4)
    dan ekceli bila sbut psl perkataan gay, kita secara tanpa sedar MUNGKIN ada menyelitkan definisi yg bersifat stereotaip bersama2 perkataan itu. contohnya, ramai yg biasa ckp "kawan ko nampak gay syial! aku discreet kot! malas aku nak join korang."

    "nampak gay". dari segi apa ya? percakapan, perbuatan atau penampilan? kalau yang nampak gay tu mmg jelas2 duk usya orang sejantina dgnnya, mgkin sesuai penggunaan perkataan gay tu. tp kalo cuma merujuk kepada cara penampilannya. itu dah stereotaip. hmm. gay tu berkaitan dengan tarikan seksual kot, bukan cara berpakaian, percakapan dan sebagainya.

    --------------
    ok cukup sudah episod novel kali ini. aku just share pengetahuan/pendapat. takde niat nak bangkang sesiapa. to each his own. tp kalo boleh, benda mudah biarlah mudah (seMUDAH komen aku nih lol). kurang2kan sangkaan atau terkaan atau ubahsuaian terhadap sesuatu mahupun terhadap seseorang jika ianya tidak lain hanya akan lebih menyukarkan perjalanan hidup kita berbanding memberi kesenangan kepada kita.

    :D
    peace yowh!

    ..bsmbung.. OK TAK! aku tipu! dah tak bsambung dah. pis yoh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berpeluh ketiak baca komen saudara Fariq Hakim..komen lagi panjang dari entry?acaner tu?ekekeke..

      Ada betulnya pendapat saudara..kadang2 kita suka merumitkan perkara yang simple,satu perkataan tapi macam-macam interpretasi. Tapi aku lebih suka bersikap terbuka untuk menerima pendapat orang lain,lagipun aku sendiri memang suka dengar pendapat orang lain.

      Bab istilah gay vs plu ni memang agak complicated..sebab tu aku kata,aku kadang2 agak confused nak gunakan perkataan gay atau plu sebab masing2 ada interpretasi masing2 dengan kedua2 perkataan ni.tapi aku tak boleh nak puaskan hati setiap readers aku..so aku gunakan kedua2 perkataan ni secara random,since personally aku rasa kedua2 perkataan ni maksudnya sama aje. gay tu plu,plu tu gay..cuma aku melihat perkataan plu tu sebagai satu perkataan universal untuk menggambarkan golongan LGBT. Contoh.."Fariq Hakim seorang plu"..dekat situ aku confused,sama ada dia gay atau bi?tapi kalau "Fariq Hakim seorang gay"..ok,aku faham...dia suka pisang..ekekek..

      Delete
    2. yeah. Fariq Hakim is a guy like you. mcm aku komen pjg berjela tu la. bila ko ckp yg "he is PLU", tu secara logik akalnya sama mcm ko ckp "he is like me (because "me" is part of us)", then you define what are you, if you're gay then you're simply implying that "he is gay". if you're bi, you're implying "he is bi", just like you. if you just wanna avoid the vagueness, just pakai l/g/b/t/q.

      ni baru bab sexual orientation. belum lg bab romantic orientation. kalo x bukan takat peluh yg kluar dr ketiak, darah2 pun turut mengalir gamaknya.

      bila komen lg pjg dr entry ni rasa mcm terkena pulak dengan peribahasa lebih sudu daripada kuah. ahaks. sori lah jari aku tak kene bedong dulu time bebi2. tu yg cam gini.
      jari lambat puas. alang2 menaip biar smpai orgazem.

      ^_^

      Delete
    3. Adeh..bab romantic aku lemah sikit..maklum laa takda pengalaman..hehehe

      Alaa..aku tak kisah pun komen panjang berjela,at least ada bahan nak dibaca..bertambah ilmu gay didada..hahaha

      aku cadangkan Fariq Hakim buat blog sendiri..hari2 orgasm..ekekeke

      Delete
    4. plu menjekelkan.... perkataan paling menakutkan... perkataan paling bahaya dan sangat hina berpinak pina...... Aku benci perkataan plu...

      Delete
    5. Chill..PLU hanya istilah lain utk gay/bi/homo

      Apa pun, tak kisah nak panggil PLU, gay,bi, homo..we are beautiful. eceh!

      Delete
  10. Plu or gay, it is doesn't matter for me. Aku perempuan dan aku tertarik dengan cerita-cerita berunsurkan relationship lelaki&lelaki. Even dulu aku pernah ada boyfriend yang bisex, kawan baik aku sekarang lesbo, still aku tak kisah and tak judge pilihan masing-masing. Itu pilihan masing-masing nak jadi apa, nak minat apa. For you bro, plu or gay, kau je yang tentukan. Nice information btw 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku gay..aku juga plu..hehe

      :kibar bendera pelangi laju-laju:

      Delete
  11. Plu or gay, it is doesn't matter for me. Aku perempuan dan aku tertarik dengan cerita-cerita berunsurkan relationship lelaki&lelaki. Even dulu aku pernah ada boyfriend yang bisex, kawan baik aku sekarang lesbo, still aku tak kisah and tak judge pilihan masing-masing. Itu pilihan masing-masing nak jadi apa, nak minat apa. For you bro, plu or gay, kau je yang tentukan. Nice information btw 😊

    ReplyDelete
  12. pergh ilmu pasal gay penuh di dada korang ni..mcm setan..ilmu pasal malaikat maut ke..alam barzakh ke korg tau tak..ce share sikit bab kematian..
    apa2 pun klau aku jumpa geng2 gay ni, konpom aku lyn mcm sampah je..xde rasa malu langsung korg ni.sama mcm sampah.
    lumrah dijadikan lelaki ntk prempuan
    prempuan ntk llaki..yg korg nk jadi xnormal ni apehal ha setan..xtakut masuk kubur ke..geram btul aku nengok korg ni, nk kena bagi flying kick free baru jd normal balik korg ni

    ReplyDelete
  13. masya-Allah, dunia da semakin akhir zaman dh lani.. bleh dok bangga plak aku plu la aku gay la.. hantu betoi la hgpa.. mtk2 la Allah taala bg hidayah kt hgpa utk bertaubat sbelum hgpa menemui ajal.. ya-Allah, jauhkan lah keluarga aku serta saudara mara ku dari perkara yg dilaknat ini.. aminnn..

    ReplyDelete
  14. Bkn soal untung atau tak.....kembali kpd fitrah. Klu lah anda Islam...brp lama kita hidup di bumi Allah ciptakan ini? 30 tahun? 50 tahun? 80 tahun? Sekejap je, dh tua..atau pun xsempat tua...tgh bercinta songsang izrail cabut nyawa time tu jugak? Nak mintak tangguh ke utk taubat? Dh kalis api neraka ke? Cuba letak tgn kt api dapur dlu klu nk rasa...ahli neraka boleh tidur tau dgn api dunia ni nk gambarkan panas nye neraka.

    Semoga Allah lindungi zuriat lelaki dan perempuan kita semua dr jauh terpesong. Klu boleh hindar tolonglahhh!!! Elak drp terjerumus dr melakukan apa yg Allah murka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul bro aku pun dulu gay. Sebb jdi mangsa rogol lelaki pade umur 6tahun. Bila aku jangkau umur 19 tahun aku start fikir matang sikit. Aku stop aku fikir knapa la aku main belakang. Lubang taik kot,najis yallah jijik bhai. Mse tu slow2 cari awek. Last2 allah kurniakan aku seorang wanita yg soleh. Yg terima keburukan aku. Dialah ajar aku solat semua. Dia ajar aku puasa. Dia jugala bayarkan yuran paksa aku ngaji kt masjid dgn tok imam. Aku terharu. Tpi rse tk biase mcm geli. Yela biase gay kn dgn lelaki. Mse ni aku berjaya buang sifat gay selama 3tahun. Last2 tunang la, bila dah kawin malam pertama tu mmg tk menyesal. Bgi aku beza main belakang dgn perempuan punya. Perempuan lgi best. Bila aku fikir balik menyesal jdi gay dulu. Tpi apepun aku terimakasih kt allah tu. Tunjukkan aku hidayah. Kurniakan aku wanita soleh. Yg aku terharu tu. Dia pon perempuan yg masih suci. Aku ni pun dah byk kli main sana sini tukar pasangan. Bukanya ade teruna. Tpi alhamdullilah isteri aku tk kisah walau mula dgr dia nangis sikit. Tpi dia ckp dgn aku dia tk kisah. Yg penting allah allah aku jalan benar. Dia tk kisah pun aku dulu cm mana. Yg pentingal aku yg sekarang bukan gay. Bro kena ubah kalau kau sendiri tk nk ubah mmg smpai bila2 tkkan berubah. Nk berubah kena dari hati niat. Bukan org ubahkan kau. Tpi kau sendiri kena usaha. Tujela kisah aku sekian

      Delete
  15. jadi gay ni kalau ikutkan memang perit sebab hanya bernafsu dgn lelaki bukan perempuan sakit hanya tuhan jer yg tau hmmmm

    ReplyDelete
  16. Nak tanya kalau lelaki mesej sesama lelaki dia bagi sticker yg x senonoh adakah dia gay atau hemoksesual?

    ReplyDelete
  17. Tulah..... Kaum Sadom sedarlah sikit.... Taubat... Hukuman bunuh untuk golongan yg melakukn seks songsang ni.... Dah lah ramai yg kahwin utk tutup aib pastu zalimi isteri .... Confirm korang semua akan diadili satu hari nti sama ada di dunia atau diakhirat... Kami nak buat sorok2, tp Allah nampak, malaikat catatkn perbuatan terkuruk kamu smua ni

    ReplyDelete