Saturday, 14 February 2015

RELATIONSHIP

14 Februari..Valentine's Day.Tarikh ni tak bermakna apa-apa sebab aku takde partner..apa yang aku ingat 14 februari 2012 aku join Planetromeo.ekekeke.. Harini dah masuk 3 tahun aku jadi ahli misteri dalam PR.


Dulu ada sekali aku chatting dengan plu..dia ni jenis yang not into relationship,bermaksud dia nak touch n go aje..Faham kan? dia cuma nak meet and sex.. Aku tanya "Kenapa?"...jawapannya ringkas "aku rimas ada couple..lagipun tak kemana".

Masa tu aku terfikir..betul jugak. Gay relationship tak kemana pun..bukannya boleh pegi meminang anak teruna orang lepas tu buat majlis perkahwinan dalam taman.. Ini Malaysia..benda tu mustahil,takkan jadi..lain laa dekat barat sana..diaorang open minded(sikit),tak macam orang kita.. Aku selalu berangan kalau lah gay tu neutral,bukan taboo dan dosa..aku memang nak kahwin dengan partner aku. Nampak tak Kamen ni serius dalam percintaan?  heee..Tapi tu semua angan-angan aje..aku masih berpijak di bumi nyata..semua tu mustahil.

Apa pun aku still tak faham celah mana bercouple ni merimaskan? Maybe diaorang yang berfikiran begini selalu tumpas dalam percintaan. Trauma barangkali..Tapi serius kalau jadi dekat aku pun maybe aku akan cakap benda yang sama. Luka berdarah di tangan boleh nampak..letak ubat dua tiga hari sembuh la.. Tapi luka di hati siapa tahu?..nak ubat pun susah sembuh apatah lagi. Kadang-kadang bila dah sembuh,berdarah balik (nampak sangat selalu dengar lagu jiwang..fuuuu). Aku tak pernah bercinta dan aku tak tahu macam mana rasa melalui proses break-up...orang kata sakit sampai ada yang sanggup bunuh diri..seram!


Again...ada pasangan merimaskan? Personally,aku lagi suka hidup berpasangan dari hidup sendiri. Two is better than one. Tapi tu tak bermaksud kau boleh cari partner lain bila in-relationship. Tu curang namanya..mencari nahas! Maksud aku..ada ke manusia dalam dunia ni boleh hidup sendiri sepanjang hayat? Buat apa pun sendiri..jadi kera sumbang. Tak ke bosan hidup begitu? Harini kau rasa okay tanpa teman istimewa,esok lusa sure kau rasa kosong..rasa incomplete...lagi-lagi tengok member lain dah kahwin sedangkan kau masih lagi solo sebab bila tengok perempuan rasa macam tengah tengok batu.
At least bila ada partner benda yang tak boleh dikongsi dengan member lain,kau boleh kongsi dengan orang tersayang..alaaa..yang gitu-gitu tu?! Hehe..

Personally..bila in-relationship maybe lagi afdal anggap partner tu macam 'kawan'...kawan ter-best yang kau pernah ada...anggap si dia antara orang terpenting dalam hidup selain family, kalau si dia takde hidup rasa tak lengkap..pergh!! 


Bagi aku kalau anggap partner tu ''my sweet lollipop'' maybe sedikit membebankan. Bukan apa..bila anggap begitu automatik jadi gedik,mengada-ngada,clingy..tu yang jadi rimas tu..asyik merengek,merajuk..benda kecik pun nak dibesarkan. Cuba tengok macam mana bila dengan member....cool,relax je..cuma bezanya tak se-affectionate macam dengan partner.. Tak salah sekali sekala lovey dovey..jiwang sikit-sikit dengan partner sebab dia kan buah hati tersayang..bosan jugak kalau partner macam kayu..macam orang takde perasaan. Tapi kalau selalu sangat jiwang pun naik muak jugak..maksudnya in moderation.

Ini cuma pandangan peribadi Kamen Shinobi...

Aku sebenarnya lemau bila masuk bab cintan cintun walaupun aku percaya pada gay love and relationship. Maybe aku tak seromantik lelaki lain (atau sebab aku takde pengalaman becinta mungkin?)..kira malang siapa yang dapat aku jadi partner..rupa tak kacak,romantik jauh sekali! Tapi sebagai manusia yang ada perasaan..aku pun ingin rasa menyayangi dan disayangi. Itu fitrah semua benda yang bernyawa.

Sebelum ni aku ada blogwalking baca impian blogger lain bila dah ada partner sendiri..Aku yang baca pun rasa..alahai,suuwitt betul!....tak sangka tinggi jugak imaginasi budak-budak ni. Kalau buat filem terus dapat box-office. 

Macam orang lain aku pun ada impian sendiri andai ada yang berjaya mengetuk pintu hati Kamen Shinobi yang keras macam marmar ni..Anyone?hahaha..desprado betul kau Kamen!

Ntah laa..aku nak share impian aku pun rasa macam 'cheesy' je...tak pasal-pasal ada yang muntah pelangi.

19 comments:

  1. "aku memang nak kahwin dengan partner aku" Sweet giler Abang Kamen ni. Haha.

    Orang yang suka "touch-and-go" ni lah bahaya. Tak boleh dipercayai langsung. Untuk apa kita bagi segalanya yang hanya bertahan selama 2 jam. Esok lusa cari lain. Murah terlalu murah.

    Aku prefer cari yang into a relationship, yelah at least kita tahu si dia tu bukan jenis yang murah. Tak perlu clingy sangat, aku pun bosan. Jenis yang boleh buat lepak main game pastu sweet2 kan best?

    anyway tak payah nak risau sangat lah pasal partner, adelah tu bahagian kau. Haha. Chill je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku memang sweet macam lolipop Mr.Nov...aku kahwin nanti datang yer jadi saksi.hahaha

      yang murah tu belambak...yang mahal tu susah dicari.kalau dapat kena jaga betul-betul. tak desperate pun..aku cool aje.

      main congkak,siapa kalah gigit perut..hahaha

      Delete
  2. Gedik laa awak nie.
    Can I be your sweet lollipop ..kehkeh.
    I wanna the rainbow color peliss. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nah 20 sen pegi beli lolipop sendirik..ekekekek

      Delete
  3. eh, kita sama la... semuanya hanya ilusi... aku dah bertahun single.. tak pernah ade bf...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu kelam kabut cari couple..cool je Gibb Zernow...macam Mr Nov cakap ada ler nanti bahagian kau.

      Delete
    2. Bahagian? what is that really mean???
      btw, live ur new layout! sgt memikat hati nak browsing through ur page....

      much love for me...

      Delete
    3. tanya Mr.Nov apa maksud "bahagian kau"..hehehe..

      Terima kasih...dulu rumah kayu,sekarang rumah moden sikit..hahaha

      Delete
  4. Nak kahwin jugakkkk !
    HAHAHA.
    Haishhhh bila nak dapat kesayangan sorang ni.
    Bosan la sorang-sorang. Hmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom pegi kursus kawen..hahaha

      takpe..ko muda lagi..relax je.

      Delete
  5. kenapa mesti lollipop ek? huhu

    ala poyo ar mamat tu ckp partner merimaskan.. esok esok kalo dia bebetul suka kat org yak dia rasa nk hidup bersama sampai ke liang lahad.. pastu org tu xmo.. siap ckp dia merimaskan.. haaa baru dia tau langit tu tinggi ke rendah.. baru dia tau azab nyer tersekat lollipop kat tekak sampai susah nak bernapas..

    so jgn la terpengaruh ngan ajaran ajaran sesat org yak suka ONS je ek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lollipop merujuk kepada sesuatu yang panjang..ada macam-macam bentuk,saiz dan warna..sedap...

      Delete
  6. semoga dapat jumpe sapa si dia tu Kamen
    Im to afraid to said that word again..
    baru beberapa minggu lepas terjadi kat kawan aku.. dia bagai nak rak mempertahankan him love but the end..

    so to me bila akan tiba masa nya nanti terbuka lah hati ini dan lari ke luar negara..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa sampai lari ke luar negara Mike?

      Delete
    2. for better life perhaps Kamen :)

      Delete
  7. Lollipop bestnya. Hehehe. Semuanya bergantunh pada diri individu tersebut. Ada yang bahagia bila couple ada yang tak. Tertahluk pada diri anda sendiri.

    ReplyDelete
  8. Kamen where is Fifty Shades of Kamen punya entry ?
    Aku tak sempat baca lagi kau dah delete.
    -_-

    ReplyDelete