Sunday, 1 February 2015

DARING

Memula aku nak minta maaf kalau post ni menyinggung perasaan sesiapa. Readers sekalian...aku tak berniat nak bash atau jadi judgemental...tapi perlakuan korang buat aku sangat curious..Aku menulis menaip berdasarkan apa yang aku nampak dan fikir.

Begini..sejak beberapa hari ni aku selalu buat kerja nakal..bukan baru pun,dah lama aku buat..kekeke. Aku suka dan selalu stalk Instagram dan FB plu!..hahaha,takde keje stalk profile orang!! Macam mana aku tahu diaorang plu?...malas laa nak cite,aku rasa kau pun tahu 'ciri-ciri' seorang gay tegar.

Pernah dengar "hanya jauhari mengenal manikam"?


Satu persatu account aku stalk..baca komen, tengok list likers. Kalau terjumpa user yang lagi menarik,stalk lagi..aku menghayati satu persatu gambar yang di upload.

Hmm..
Cam pernah nampak..
Fuyoo..
Perghhh..
Sedapnya..
Ni dapat ni..ish!..
Grrr...geramnya tengok dia ni..
Sado! Muscle dia..perghhh!

Itu antara reaksi aku masa tengah stalking plu dalam Instagram..Aku tak nafikan ada few users yang boleh buat adik nafsu aku memberontak. Kebanyakkan yang aku stalk taste aku..orang tempatan pulak tu!..lagi laa aku geram..aku manusia ada nafsu. Lain ler aku tengok dinding pun bernafsu..tu dah layak masuk hospital mental..

Tapi dalam aku bernafsu tu aku sempat jugak berfikir..kenapa ada few users ni suka upload gambar yang terlalu menunjukkan diaorang gay? Aku bagi contoh paling common, selfie atas katil tanpa baju sambil buat memek muka sangap dengan caption "siapa nak teman I tido?"..tak lama lepas tu ada laa mamat plu lain tinggalkan komen..maka bermula laa babak berbalas komen.."emmm..seksinyerrrrrr","saya..saya..",jom tido sesama..ahakzzz".."nak peluk".."aummm"..

Banyak lagi contoh lain..korang pun pernah dan biasa nampak rasanya..


Aku bukan nak bangkang keputusan diaorang nak upload gambar apa pun..lantak laa,tapi aku kadang-kala tak faham macam mana diaorang boleh dapat keberanian sebegitu? Cuba fikir..tak takut ke kalau saudara tak pun adik beradik ternampak gambar lucah tu? Tak risau ke member-member yang tak tahu kau plu terbaca komen followers kau? Bro..macam mana kau boleh jadi begitu berani?

Aku rasa straight peeps zaman sekarang pun bukannya bodoh..diaorang dah bijak macam mana nak kenal plu (walaupun kadang-kadang tekaan diaorang langsung tak tepat). Ada ke lelaki straight dalam Malaysia ni post gambar selfie tayang bontot sambil gigit baju? Serius aku tak tipu..aku pernah terjumpa plu sado upload gambar bontot dalam Instagram..bajet seksi habis ler tu..but,seriously bro?..Tak takut ke kantoi? Tak takut ke member-member bahankan kau? Sebelum kau upload tu..tak fikir ke apa bakal jadi? Tak risau ke apa orang lain fikir?

Kalau laa aku tak discreet boleh aje aku ikut post benda sama,tak pun lagi kebabom dari tu. I am gay,so what? Aku peduli apa..telefon aku, akaun aku..lantak la orang nak kata apa..tak suka?geli? unfollow..senang cite..ramai lagi gay follower boleh like,komen gambar aku..

Kamen kau dah kenapa? gila? desperate?


Ntah laa...walaupun aku berkemampuan..ada rupa dan gaya yang mampu menggoda janda anak 2  :muntah:..tapi aku takde keberanian macam plu lain..Aku tak berani nak upload gambar separuh bogel..letak caption gersang...Tak pun lepas workout upload gambar badan dibasahi peluh..khas untuk tatapan follower plu tersayang..biar sampai berdarah hidung.

Semua tu takkan terjadi..

Sebab aku tahu siapa disekeliling aku..Aku tahu once aku buat hal..confirm kena bahan. Dulu..aku post selfie biasa-biasa aje pun member komen "eeee..macam gay!"...mulut macam sial! Memang aku gay pun! haha.. Haihh..kadang-kadang terasa macam ikan dalam balang kaca..apa aku buat semua orang nampak..Sebab tu kalau nak buat apa pun, aku selalu jadi extra careful supaya orang lain tak boleh hidu ketidaklurusan aku ni.

Aku salute dekat korang yang berani..walaupun kadang-kadang nampak terlalu desperate..tapi still aummm!aku hanya mampu LIKE dalam hati..

Siapa ada Instagram?tinggalkan id anda dalam ruang komen...ada brani?hehehe...

19 comments:

  1. Ermm..betul2.. Aku pun menyampah tengok..haha.. Ntah laa.. trtanya2 juga mcmna dorang boleh brani bwt mcm tu..mungkin org skeliling dorg pun gitu kli..mungkin laa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan laa sampai menyampah.hahaha. hot tuuu..

      Try tengok siapa yang like..dua kali lima..sama saja..

      Delete
  2. Bro dorang tu berani sebab dorang dah mengaku openly gay. Based on followers and caption gambar dah boleh detect.

    Thats why kalau kau nak couple or berkawan, cari yang discreet macam Chuck. Hehe.

    My advice, don't mess with orang macam tu. Sebab dorang berpotensi untuk dedah kan identiti kau. Kalau discreet sama discreet, effect dia takde pape sangat. Paling teruk pun bertumbuk. Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok follower,caption memang boleh tahu someone tu gay..tapi masalahnya ada jugak yang selit gambar member,family time raya etc..bukan selfie bogel tayang bontot semata-mata

      maksudnya selain gay follower...member2,family dia tahu ke dia gay?

      Delete
    2. Ada kemungkinan jugak Family dorang tahu tapi buat2 tak tahu sebab melibatkan ahli keluarga sendiri.

      Entahlah, janji aku tak buat macam dorang dah cukup baik. Hahaha. Kantoi habis lah. Bujang sampai ke tua.

      Delete
  3. Haha, sai tuh aku xdak Facebook, xblog, slap aku 1 jee, tertinggal email address dlm 2 blog, so slalu dpt dosa kring followers korang email sgala bagai. Plu yg suka upload gmbr orang tuh wat aku gli hati lerr

    ReplyDelete
  4. kekeke..sapa suruh tinggal email?

    aikk..orang email pun dapat dosa ke?hahaha..

    ada facebook,blog takpe,asal tahu jaga batas..pandai makan pandai ler simpan

    ReplyDelete
  5. Tak kisah la bro .. kalau dah ada rupa dan body, konsep nya harus lah dibentang ke seluruh alam. Hahaha. Ini yang tak berapa nak ada pon gigih nak posing maut ... hehehehe. Tinggi sangat konpiden level tu. Mesti belajar dengan abang Jaafar On. Tak pon hakak Roslan Shah. Hahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak berapa nak ada yer...hahaha..lawak.

      bukan main kau ngutuk orang yer Nu'man...bukan ke kau Jaafar On?konfius..diaorang belajar dari kau ler tu...ekekke

      Delete
  6. masing-masing punya pendapat dan kehendak. Berani buat berani tanggung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer...suka hati laa nak buat apa..tapi aku yang tengok ni pun jadi curious sebab apa diaorang jadi begitu?

      kau buat tak?hehehe.

      Delete
  7. Indeed.I do find that was very annoying.Honestly aku macam tak kisah or malas nak fikir sangat but xpayah lah nak obvious sangat letak gambar-gambar yang terlampau.Aku paling menyirap tengok gambar yang baring-baring atas katil tak pakai baju lps tu caption "Tak ada siapa nak jadi teman tidur malam ni..".."Ada sesiapa nak teman?kalau boleh yg top lah.." aku macam what the???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terikut-ikut rasanya..dia tengok followers buat,dia pun nak join sekaki..cari market..hehe

      aku tak annoyed..just geram dan curious aje.

      Delete
  8. HAHAHAHA seronok jugak cuci mata dalam instagram.
    So far Ig aku masih suci. Gambar elok-elok je aku post.
    Tak ada kerja nak upload gambar half naked bagai. Kalau 6packs takper la jugak. HAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi id..aku nak follow..hahaha

      Delete
    2. Ig aku hambar jer la Kamen. Lain la kau. mesti Instapemes ni

      Delete
  9. aku suka tengok gambar-gambar mamat melayu seksi macam tu, sebab baru la aku tahu ramai rupanya lelaki yang hot stuff and seksi. Jeles kot.

    tapi untuk sampai menyampah atau terlalu suka tak lah jugak. iye, memang kadang-kadang diorang ni terlalu berani, terlalu open. tapi bagi aku tu pilihan diorang. kebal kutukan, kebal pandangan sinis orang. they are living a life that is making them happy, apa salahnya kan? bak kata wak doyok, aku yang pakai, kau yang panas. haa gitulah ceritanya bagi aku. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku tak sekebal diaorang Muhd Zacky..lagipun aku tak hot dan seksi.

      Delete