Jam ditangan menunjukkan pukul 5 petang..."Yes!!dah habis kelas!".. Jadual hari itu sangat padat..kelas dari awal pagi sampai ke lewat petang.
Sama macam hari-hari lain aku perlu berjalan kaki untuk balik ke kolej kediaman. Jarak antara fakulti dengan kolej kediaman tidak terlalu jauh tapi masa memula dulu aku memang tak nafikan..berulang-alik antara fakulti dan kolej kediaman setiap hari adalah perkara yang sangat memenatkan. Syukur..masa berlalu..badan aku mula beradaptasi dengan rutin harian aku.
Sesampainya di bilik...keadaan senyap dan sunyi,tak macam kebiasaannya bila bilik dipenuhi dengan 6 orang lelaki kacak..riuh. Yang ada cuma sorang roommate aku yang sudah pun terlena di atas katil beliau. Roommates lain hilang ntah kemana. Aku terbaring di atas katil melepaskan lelah akibat penat berjalan kaki..tapi keadaan bilik pada petang tu agak panas. Tiupan angin dari kipas siling sangat perlahan...buat aku rasa kurang selesa.
Memandangkan suasana bilik agak lengang aku berpindah dari atas katil untuk berehat di atas permaidani yang roommate aku letakkan beberapa hari lepas. Tenang dan selesa..ditambah pulak kipas siling yang betul-betul berada di atas kepala buat aku terasa bilik itu milik aku sepenuhnya...Aku berbaring di atas permaidani sambil mendengar lagu melalui earphone.
Aku hampir terlena.
BAM! bunyi hentakan pintu buat aku terjaga..Epol dah balik..
Epol : Woi..ko buat pe?
Aku : Huh?
Epol : Ko dengar apa ni? (curi earphone sebelah)
Aku : Eh..ko ni..
Epol : alaaa...saja nak menyebok...lagu apa ni??
Itu laa perangai Epol..selamba dan sedikit annoying..jauh berbeza dengan sikap aku yang lebih cool dan reserved..mungkin disebabkan itu hubungan aku dan Epol kurang rapat jika dibandingkan dengan roommates yang lain.
Aku : Sebok ah!...bagi balik earphone tu.
Epol : Nah..kedekut!....Penat weh...tido best ni..budak lain mana?
Aku : Ntah..keluar kot.
Aku : Ntah..keluar kot.
Epol berbaring disebelah aku dengan posisi yang sangat rapat..kalau dilihat secara kasar seolah-olah pasangan gay yang sedang menikmati masa bersama..Sejujurnya aku terasa sedikit kekok.
Epol : ARGHHHH! penat siot..
Aku : Kelas dari awal pagi kot...haih..letih.
Epol : Tu la pasal...emmm,Kamen..kita jarang borak kan?
Aku : Dah ko tanak kawan dengan aku..
Epol : Ishh..ke situ pulak..ko laa,susah sangat ajak borak..
Aku : hahaha..ok ok..
Perbualan terhenti seketika..
Perbualan terhenti seketika..
Epol : Wey..aku tengok Nita (coursemate kitaorang) tu macam suka kat ko jer...rapat je aku tengok..ada apa-apa eh?
Aku : Ha? merepek!..aku dengan dia kawan je laa..
Epol : Betul laa...aku perasan budak-budak perempuan tu pun macam nak push dia dekat ko. ko tak nak ker?Hahaha...
Aku : Haha..buat lawak!...alaaa...kawan je..aku malas nak couple-couple..
Perbualan terhenti lagi..15 saat kemudian Epol menyambung perbualan...
Epol : Kamen...ko suka perempuan macam mana?
Aku : (gulp....mampus aku nak jawab apa?)...Sebok je nak tau..mana boleh,rahsia!
Epol : Eleh..malu-malu pulak! sharing is caring...citer laa..
Aku : Ntah..Ahhh! aku nak dengar lagu..jangan kacau!..(palingkan muka)
Epol : Ko tak suka perempuan ke? (muka serius)
Aku : HAHAHA (gelak awkward)...Giler! suka laaa bodoh!
Epol : HAHAHA...Habis tu? citer laa..aku boring ni..nak dengar ko citer sebelum aku tido..emmm
Aku : aku suka yang................adeh,sakit perut..aku nak berak!
Epol : Eeee...pegi laa berak..busuk!
.
.
.
.
.
Itu cuma alasan semata-mata..hakikatnya aku ingin melepaskan diri dari Epol..lari dari soalan yang mungkin akan mendedahkan identiti aku yang sebenar sekiranya aku meneruskan perbualan dengan Epol.
Kejadian ni berlaku lebih kurang tujuh tahun lepas,waktu aku tengah study di universiti. Seumur hidup aku tak pernah terfikir ada yang akan bertanya tentang seksualiti aku...itu kali pertama aku ditanya sama ada aku straight atau tidak. Walaupun soalan dari Epol tu bersifat indirect tapi kejadian petang tu betul-betul buat aku terfaktab. Apa agaknya akan terjadi kalau aku mengaku dekat Epol yang aku bernafsu dekat lelaki..bukan perempuan?
Sejujurnya sampai ke saat ini aku masih agak paranoid,bimbang kejadian petang tu berulang kembali..luckily setakat ni takde lagi. Itu yang pertama,tapi mungkin bukan yang terakhir...Gulp! Yang asyik nak tahu aku lurus, bengkok, dua alam, atas, bawah, kiri, kanan kebanyakkannya plu aje..kalau takde pilihan biasanya aku cakap direct je terus sebab diaorang pun sama je macam aku..apadehal?..Tapi nak come out dan berterus terang dekat straight people siapa aku...tak mungkin.
Aku bab menipu orang ni fail sikit sebab aku dididik untuk bercakap jujur..itu yang buat aku lagi paranoid kalau-kalau ada yang start bertanya kenapa aku takde awek..kenapa tak kawen lagi? Adeh...buntu aku nak jawab apa? Mungkin aku kena berlakon sakit perut macam haritu? Taktik cliche..bosan! any idea?..hahaha
(Aku bajet nak buat ayat macam penulis novel,tapi akhirnya..ayat macam gampang..damn! Kamen..ko takde bakat jadi penulis novel!)
Sejujurnya sampai ke saat ini aku masih agak paranoid,bimbang kejadian petang tu berulang kembali..luckily setakat ni takde lagi. Itu yang pertama,tapi mungkin bukan yang terakhir...Gulp! Yang asyik nak tahu aku lurus, bengkok, dua alam, atas, bawah, kiri, kanan kebanyakkannya plu aje..kalau takde pilihan biasanya aku cakap direct je terus sebab diaorang pun sama je macam aku..apadehal?..Tapi nak come out dan berterus terang dekat straight people siapa aku...tak mungkin.
Aku bab menipu orang ni fail sikit sebab aku dididik untuk bercakap jujur..itu yang buat aku lagi paranoid kalau-kalau ada yang start bertanya kenapa aku takde awek..kenapa tak kawen lagi? Adeh...buntu aku nak jawab apa? Mungkin aku kena berlakon sakit perut macam haritu? Taktik cliche..bosan! any idea?..hahaha
(Aku bajet nak buat ayat macam penulis novel,tapi akhirnya..ayat macam gampang..damn! Kamen..ko takde bakat jadi penulis novel!)
kalau kau segan nak jawab yang kau ni suke perempuan mcm mana, kau just jawab "perempuan yang aku rasa selesa bersama, itu lah perempuan yang aku suka."
ReplyDeletesekian..
bukan kah itu dikira sebagai menipu?..bukan aje tipu orang lain,tapi diri sendiri..mulut cakap suka perempuan,tapi dalam hati memberontak bernafsu dengan lelaki sahaja.
Deletecomplicated...
kalau berdiam, orang akan bertanya. apa salahnya menipu untuk selamatkan keadaan...
Deletetipu sunat..tanya lagi aku terus sunat dia...ekekeke
Deletekalo ada org tanya camtu lagik.. cpt cpt larik masok dlm almari.. pastu kalo dorang tanya pesal masok almari.. ckp la "aku lelaki dlm almari" #ngee
ReplyDeleteMisteri sangat.. Hahahaha. XD
Deletemacam mana kalau tempat tu takde almari?lari masuk jamban...terus jadi "Lelaki Dalam Jamban"..erkkk...
Deletenakal Shin..meh sini cubit pusat satu kali.
Kau cakap jelah "Jodoh itu takdir tuhan, Aku terima sesiapa pun yang hadir dengan bismillah". **sambil tersipu malu** Kuikui
ReplyDeleteAfgan pernah bagitahu aku dulu "jodoh pasti bertemu" Sabar jelah kamen. Ada lah bahagian kau nanti. :)
afgan bgitahu kau sorg je ke?? haha
DeleteDia siap berbisik dengan penuh ghairah lagi. Haha. #janganjeles
DeleteNov Collins, ko banyak sangat dengar lagu merapu..ekekeke..
Deletehahaha.. chill bro.. kdg2 tulisan gampang mcm ni ada gak org baca.. tak semestiny kna penulis novel.. kau kna blaja twist soalan org.. mcm situasi kat atas tu, kau tanya balik kat epol tu, "Sibuk pasal aku pehal? apa taste prmpuan kau suka? entah2 kau suka jantan.."
ReplyDeletehahaha..
jadi betul laa tulisan aku macam gampang?...terima kasih sebab ko jujur dengan aku..huhu
DeleteAlaaa... apa susah.. lain kali cakap laa "macam yoobi" hakhakhak!
ReplyDeleteErmm.. kalau aku la.. aku cakap la.. "biarlah rahsiaa.." hihihiiii.. kadang2, kita terpaksa menipu utk kebaikan diri kita.. so rasanya nda salah kalau kalau ko cipta 'perempuan idaman' ko tuh.. nda pun just bgitau secara umum.. contoh: ada lesung pipit mcm si nov tu..kikikii
wah...Yoobi mesti comel. boleh dipertimbangkan jadi "wanita fantasi idaman" ekekeke
DeleteHahaaa...boleh bha..tp aku risau ko mimpi ngeri nnt..hahahaa
DeleteUntung la kalau ada orang tanya macam tue ... itu bukti nya orang masih melihat Kamen sebagai lelaki tulen ..bukan pondan sejati walau pada hakikat nya .... hari2 tengok cermin, tak sah kalau x main flip2 hair ..gitu ..kehkeh ..
ReplyDeletebulu ketiak aku lagi panjang dari rambut aku...nak libas macam mana?
Deleteekekek...
senyum dan tak perlu kata apa kamen..hoho
ReplyDeletekalau ada orang tanya lagi ko usha je org tu.. gerenti esok dia tak tanya =)
kalau aku usha dia satu hal pulak dia ter-crush dekat aku...haha.
Delete:perasan:
Kau gay erkkkkk ?
ReplyDeleteHAHAHHAHAHAHHA
ko nak penumbuk?
Deletehahaha..
well said. kalau aku.. dia tanya soklan camtu.. just senyum dan purak-purak tido :P
ReplyDeletemasing-masing ada cara nak handle soalan begini...
Deletebtw ...'purak-purak'?...hahaha