Tuesday 7 April 2015

CATFISH:REALITY..PART 2

Sambungan entry CATFISH:REALITY

..............

Aku : emmm..John ada?
Dia : aku laa John..jom masuk..hihi..

Kurang asam jawa betul mamat ni. Kau boleh gelak lepas kencing aku? Kalau diturutkan hati memang aku nak berambus dari situ..tapi apakan daya,nasi sudah menjadi bubur..bubur pun tawar takda rasa..ekeke. Nak tak nak pelawaan John terpaksa aku terima walaupun sebenarnya berat hati untuk aku penuhi.
Indah khabar dari rupa
Suasana pada waktu tu agak awkward..perasaan thrill dan berdebar untuk bertemu jejaka khayalan aku lenyap..diganti dengan perasaan kecewa dan sedikit geram. Pada mulanya aku meletak harapan terlalu tinggi..aku berharap penantian aku selama ini untuk bertemu Prince Charming bakal berakhir..tapi mimpi tinggal mimpi..John yang aku bayangkan tak sama macam John yang ada di depan mata aku. Ibarat sebelum bertentang mata tu aku bayangkan John ni macam John Abraham tapi yang muncul Elton John..ekekeke...Pun begitu, tutur dan patah bicara John langsung tak berubah..dia masih sama seperti ketika berhubung di alam maya..cuma mungkin fizikal aje yang jauh berbeza.

Perbualan yang mulanya agak kekok bertukar rancak dan aku semakin selesa mengenali John. Aku boleh rasakan dia seorang yang genuine. Walaupun dia tak macam apa yang aku bayangkan..berdasarkan status fizikal,ketinggian dan berat dalam gay apps tempat kitaorang berkenalan, tapi aku sedikit tertarik dekat John yang ada di depan mata aku..tertarik untuk dijadikan kawan aje,tak lebih dari itu..still aku masih kecewa tak dapat bertemu John khayalan aku.

Sedang rancak berbual tiba-tiba John bangun dari kerusi..kemudian duduk rapat disebelah aku..terlalu rapat,bahu bertemu bahu. Suasana kembali bertukar kekok. Tanpa disangka dan diduga John mengambil langkah drastik dengan meletakkan tangannya di atas paha aku lalu mengusapnya dengan lembut. Aku mungkin masih hijau dalam dunia plu,tapi aku pun lelaki...aku sangat memahami apa yang dia nak..aummm! Sangkaan aku meleset..ternyata John sama macam plu lain yang ajak meet up semata-mata untuk seks. Kalau itu yang kau nak..maaf aku terpaksa menolak. Untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk aku bagi alasan untuk beredar. Jelas kelihatan kekecewaan di raut wajah John..bukan senang nak jinakkan Kamen Shinobi.

Keesokkan harinya John menghantar mesej..

John : ko marah ker?
Aku : Tak..aku ok.
John : Sorry..aku janji tak buat lagi.
Aku : Takpe...aku faham.
John : Teman aku dinner? Please...tanda ko maafkan aku...please?
Aku : Kat mane?

Sejak first dinner date tu hampir setiap hari John ajak aku keluar lepak sesama..seolah-olah dua lelaki gay yang tengah hangat dilamun cinta..terasa rindu jika tidak bersua muka walau sehari..hahaha..Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa aku masih nak berjumpa dengan John sedangkan dia terang-terang dah tipu aku..dan raba aku sewaktu first meet up? Haha..Honestly aku sendiri kurang senang dengan cara John tapi tak salah kan aku bagi dia peluang kedua? Aku anggap apa yang dia buat dekat aku tu cuma kesilapan kecil. Aku boleh rasa John ni seorang yang baik,cuma kurang keyakinan diri. John sendiri mengaku yang dia selalu kena reject disebabkan tubuhnya yang sedikit gempal. Sebab tu dia cipta 'lelaki ideal' dalam gay apps tu untuk perangkap orang lain dan yang jadi mangsa..aku!...padan muka!hahaha.. Korang pun tahu dalam dunia plu ni kebanyakkannya nak cari yang sempurna di mata aje. Tipu laa aku takda type yang aku suka..aku pun ada taste aku sendiri...tapi setakat nak berkawan,diskriminasi tu perlu rasanya. Yang paling penting orang tu boleh buat aku rasa selesa...dan aku sangat selesa mengenali John.

Sedikit demi sedikit aku mula mengetahui kehidupan dan kisah peribadi John. Aku tak sangka boleh bertemu geng satu kepala dalam gay apps. John selalu cakap dia suka berkawan rapat dengan aku..kira dia dah jumpa gay best friend yang selama ni dia cari..hehehe. Masa berlalu..hubungan kitaorang semakin intim..bila aku cakap intim jangan fikir bukan-bukan pulak..belum sampai ke tahap extreme lagi..hahaha..Setakat berpegangan tangan,itu aje..dan selalunya John yang akan mulakan langkah..tapi out of public view laa..agak-agak laa nak berpegangan tangan depan orang ramai..erk! ada pulak yang kena baling kasut nanti..hahaha..


Honestly aku suka physical intimacy bila bersama John..rasa macam aku ni special dan desirable walaupun aku anggap John tak lebih dari sekadar kawan. Kawan-kawan pegang tangan?WTF? Kata laa apa pun,aku terima 'intimacy' John tu atas tujuan mencari chemistry..kiranya macam aku bagi dia ruang dan peluang untuk lebih dekat dengan aku..mana tahu hati aku yang keras ni boleh cair? Tak cuba tak tahu..tapi betul laa apa orang cakap,hati dan perasaan mana boleh dipaksa..semakin lama aku rasa perasaan tu semakin hilang dan mati..aku takda perasaan langsung dekat John..senang citer dah takde spark..mula-mula aje pegang tangan tu rasa heaven..lama-lama rasa 'meh'..aku cuma boleh anggap John sebagai kawan biasa..tak lebih dari itu..tapi John tak pernah berputus harap,dia tetap berusaha untuk menawan hati Kamen Shinobi..aku pulak tak sampai hati nak bagitahu hal sebenar. Complicated betul bila masuk bab perasaan!

Suatu petang John mengajak aku ke satu tempat rahsia..aku tak saspek apa-apa pun..aku bajet dia nak bawak aku keluar makan-makan aje macam hari-hari kebiasaannya..atau mungkin nak tunjuk something.

Kereta meluncur laju..

"Lama lagi ke sampai?" aku bertanya...John hanya tersenyum dan cakap "Ikut jer,surprise!". Dalam perjalanan yang tak berakhir tu macam-macam doa aku baca..doa makan pun aku baca sekali..hahaha..risau beb! Baru kenal dah ajak travel jauh-jauh.. Tak sedar lebih sejam perjalanan, akhirnya kitaorang sampai di destinasi rahsia John.

Tempat tu bukan rahsia pun..dulu aku dah sampai ke tempat tu dengan family aku tapi kali ni berdua dengan John. Dipendekkan cerita macam-macam aktiviti yang kitaorang lakukan sepanjang berada di situ sebab tempat tu memang terkenal sebagai tempat beriadah,kebetulan pulak hujung minggu..orang memang ramai. Memang seronok dapat luangkan masa bersama orang tersayang John walaupun kitaorang baru berkenalan...sampai tak sedar masa berlalu..hari pun dah nak senja.

Aku : Sempat ke balik?
John : Aku plan nak tengok-tengok aje...nak balik harini jugak..tapi aku letih laa Kamen. Kau drive?
Aku : Aku pun letih jugak..hari pun dah nak gelap..tempat kita lalu tadi hutan tebal,errr....
John : Ha ah..tu ler pasal!...kita stay satu malam nak?
Aku : Bermalam?..errr..habis barang keperluan?berus gigi pun takda!...ko punya pasal laa ni..rahsia laa..surprise laa...grrrr!
John : HAHAHA...takpe nanti kita singgah pekan cari barang..lepas tu cari hotel.ok?
Aku : Haih....gelak...gelak...ikut ko ler..

Lepas makan malam kitaorang check in hotel. Selesai membersihkan diri secara berasingan..haha..malam tu kitaorang lepak dalam bilik hotel. Tak buat apa-apa pun! John terbaring di atas katil,manakala aku duduk di penjuru katil sambil menonton TV. John senyap tanpa bersuara..

Aku : Woi..ko buat apa tu? sengih-sengih macam kerang busuk aku tengok.
John : Aku tengok gambar dalam Instagram ni..meh laa sini aku tunjuk
Aku : Apa benda ni?
John : Aku nak upload gambar tadi,ko tengok yer...magic!
Aku : Wow...cun! (jeling nickname John)
John : Eh lupa laa..aku nak follow kau boleh tak?
Aku : Aku takde Instagram
John : Boringggg...
Aku : Biar ah!
John : blueekkk..

Mata John semakin layu tanda dia dah mengantuk.

John : (Menguap) Kamen...ko tido sebelah aku yer?
Aku : (Gulp!...tido sekatil dengan plu?tak boleh jadi!) Aaah...tak nak! aku tido bawah jer..
John : Mengada laa..tido jer laa sini..katil ni luas. Jangan risau..hihi
Aku : umm..emm..err...ok...haih~
John : Meh sini..baring sebelah aku (tepuk-tepuk bantal) 

Sejak baligh aku tak pernah tido sekatil dengan sesiapa..apatah lagi dengan plu. Kira itu kali pertama aku baring  dan tido sekatil dengan strangers sejak dah pandai melancap..hahahaha...awkward habis! Aku risau jugak John tetiba peluk aku,tak pun wrestling aku atas katil..erkkk..tak pasal-pasal hilang teruna di tempat asing..ekekeke. Tapi korang sendiri tahu..dua lelaki yang dah baligh,ada nafsu,sebilik,sekatil..macam-macam boleh jadi. First meet up pun dah kena raba,hahaha..ni kan pulak sekatil..ada pulak yang menerkam nanti..aku nak terkam Elton John memang tak laa..kalau John Abraham..tak payah tunggu,aku yang terkam dulu..ekeke..

Walaupun keletihan,tapi malam tu aku tak mampu terlelap sedangkan John dah terlebih dahulu lena diulit mimpi..siap berdengkur lagi..rasa nak sepak jer..hahaha..Nak buat macam mana,orang comel dan berdengkur berpisah tiada..Aku jenis susah nak lelap kalau ada bunyi bising..tapi ntah macam mana akhirnya aku terlena disisi John.

Tiba-tiba...

Bersambung....




26 comments:

  1. Heyyy Bro Kamen...!!
    interesting entry ... its hard to find a person like U which can forgive easily ... I thought u would just leave him after U knew he lied... can't wait for the continuation... :-) btw ni Bro Nu'man x jeles ke Bro Kamen been approached by 'John'...??? hahahaa... :-p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hey Amir Hanz!!!!!

      Well...I can forgive,but I'll never forget. Everybody deserves a second chance..tak salah memaafkan,manusia mana pernah buat silap.

      Nu'man tengah melahap roti John tanda protes..kah kah kah

      Delete
    2. Bluerkkkk ... Kamen pon macam Doraemon .. tak jeles pon ... kehkeh

      Delete
    3. Aku up sikit dari Doraemon...aku dorayaki...

      ekekekeke

      Delete
  2. Hai En kamen! seram juga kisah anda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai My Existence..

      part mana yang seram tu?ni bukan cerita Nang Nak..ekekeke.

      Delete
  3. Anti-climax siak !
    Saja je Kamen ni !!!
    Cepat buat next entry !

    Kamen Shinobi kot ! Dah la hensem*dia la kata*
    confirm la ramai yang nak kat dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar Mr.Unknown..part 3 klimaks sampai penat.

      kah kah kah

      Delete
  4. Saspens sungguh cerita kau ngan John. Tetanjat boboy. Haha.

    Spoilers: Kamen dengan rakus nya menodai John. XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Part 3 lagi saspen..bukan setakat tanjat,mungkin ada yang kena heart attack..ekekeke

      Delete
  5. untunglah kena raba.. x sapa nk raba shin #sedih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shin couple 5 tahun,mustahil tak pernah kena raba.

      :pelik:

      Delete
  6. bagus kamen ni...kira boleh jugak jadi bestfren walaupun dah kene tipu....
    wahhh seronoootttttt nya dapat tido sekatil...intim sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku anggap dia kawan biasa aje..belum sampai ke tahap best buddy lagi.

      Kid..tu baru katil king size...kalau katil single,lagi intim..cheek 2 cheek,nose 2 nose..hahahaha

      Delete
  7. Tak sangka aku kamen menduakan aku. Eh.
    Wakakakakakakaka.

    ReplyDelete
  8. Ala ciannya kena tipu, tapi tak pe jadikan pengajaran k. Awak, cepatlah sambung entry k, tengah syok-syok baca lepas tu bersambung. Tak sabar nak tahu apa yang terjadi. Hahahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu lembaga penapisan filem bagi kebenaran baru aku post..ekekekek

      Delete
  9. Weeyyyy...geram pulak aku cerita berepisod Niii...cepat la kameennn~~~ grrrrrrr

    ReplyDelete
  10. Dhmsuk blik tu, 'kira dah erm2' jles la plak

    ReplyDelete
  11. Dhmsuk blik tu, 'kira dah erm2' jles la plak

    ReplyDelete