Wednesday 30 December 2015

AZAM

Pejam celik dah nak sampai di penghujung tahun 2015..tak lama lagi nak masuk tahun 2016. Cepat betul masa berlalu..sama ada aku yang lalai dengan hal duniawi atau sememangnya jam dunia sekarang semakin pantas berputar..hehe. Well..bila bercakap pasal hujung tahun dan tahun baru, satu benda yang bermain difikiran mesti laa berkaitan dengan azam.

Macam orang lain aku pun ada azam aku sendiri. Tapi biasa laa, aku sebagai manusia hanya mampu merancang..tapi sebaik-baik perancangan datang dari yang maha kuasa. Mostly azam aku tahun ni takde satu pun yang tercapai..giler sedih! Ntah laa..kalau nak citer azam aku satu persatu sampai besok pun takkan habis. Takpe laa…aku fikir positif aje,mungkin bukan rezeki aku tahun ni.

Dan salah satu azam yang dah bertahun-tahun aku simpan tapi sampai ke hari ini belum lagi tercapai…errr…malu laa pulak nak cakap..well..since aku dah semakin meningkat usia dan sudah terlebih layak untuk bercinta…aku sebenarnya dah lama simpan azam nak ubah status ‘Single’ kepada ‘Taken’..Yer laa, aku pun nak jugak merasa memiliki dan dimiliki seseorang…melayari indahnya alam percintaan..eceh! Well…nampaknya tahun ni aku fail lagi..damn!


Kalau dihitung sudah lebih 5 tahun aku bergelumang dengan dunia PLU. Tahun 2010 adalah titik permulaan aku bersosial dengan orang-orang macam aku..dan salah satu cara adalah dengan join gay apps. Maklum laa, itu aje satu-satunya cara untuk aku mingle dengan PLU sebab tempat aku takde kelab atau gay bar…errr, kalau ada pun aku fikir beribu kali nak masuk!

Sejak aku mula memberanikan diri mingle dengan PLU dan sampai laa ke saat ini.. tujuan aku cuma satu..mencari cinta sejati..Erkk, mungkin agak cheesy dan menggelikan anak tekak,tapi itu laa hakikatnya. Tak macam PLU lain yang join gay apps dan meet up semata-mata untuk mencari kepuasan nafsu sementara..aku memilih untuk mencari sesuatu yang lebih bermakna dan berharga..well,someone special..significant others..lover..my bae…eceh! ekekeke

Kenapa mencari cinta dalam gay apps? Aku tahu ramai yang menganggap memburu cinta dalam gay apps adalah satu perbuatan yang sia-sia. Yer laa...kalau diikutkan gay apps tu semua dicipta untuk golongan PLU bersosial dan 99% user dalam tu kebanyakkannya cuma nak mencari mangsa pemuas nafsu..seolah-olah ‘pasar manusia’..pilih dan jamah..hehe. Well..orang dulu-dulu kata, kalau tak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya. Setahu aku takde pun halangan untuk golongan 1% macam aku untuk join dan mencari apa yang aku mahu..peluang dah ada,tak salah mencuba bukan? Yer laa, mana laa tahu dalam 1% yang tinggal, ada yang sangkut..eceh!

Tapi mungkin ada betulnya jugak..usaha aku selama ni seolah-olah menemui jalan buntu. Buktinya sampai ke hari ini aku masih berstatus single..ekeke. 5 tahun mencari, satu pun takde yang sangkut! Damn! Jangan kata steady partner..kawan sekepala yang at least boleh di ajak lepak dan berbual tanpa perlu berakhir di ranjang pun aku tak jumpa lagi. Haih..apa laa nasib aku. Orang lain senang-senang aje couple sana-sini..sedangkan aku terkial-kial dalam lautan yang dipenuhi jerung kelaparan. Bila laa agaknya aku nak bertemu dengan ikan dolphin yang comel lagi jinak. Metafora tak boleh blah!

Ntah laa..aku sendiri tak tahu sampai bila aku kena pegang status ‘Single’..umur dah nak masuk 3 series, bercinta pun tak pernah lagi..haih..Forever alone sungguh kau Kamen! Kadang kala ada jugak perasaan give up untuk mencari..yer laa,dah puas mencuba tapi hasil semuanya hampeh. Lagi-lagi sekarang ni makin ramai couple PLU berani tunjuk kemesraan diaorang..bahagia jer aku tengok diaorang semua..lepas tu mula laa cemburu, meroyan sorang-sorang..ekeke. Well..aku belum lagi sampai ke tahap desperate nak ber-couple..dan aku pun tak nak terhegeh-hegeh mengejar status ‘Taken’. Bak kata orang jawa..I’m single and I’m okay!...eceh! Kalau ada..ada laa, kalau takde..cari lagi..hehe.

Apa pun ini entry aku yang terakhir untuk tahun 2015. Aku nak ucapkan tahniah buat korang yang dah mencapai azam masing-masing untuk tahun ini..tak kira laa apa pun. Dan kalau ada azam tahun ini yang masih belum tercapai..macam aku..hehe..takpe, jangan cepat putus harap. Perbaiki kelemahan dan tingkatkan usaha untuk tahun yang akan datang..kalau Dia izinkan..kebahagiaan dan kejayaan pasti milik kita semua.

Selamat tinggal 2015, selamat datang 2016. Semoga tahun baru yang bakal menjelma dalam beberapa hari lagi bakal memberikan sinar baru dan keceriaan buat kita semua.

Single doesn’t mean you don’t know anything about love,
it just means you know enough to wait for it.

40 comments:

  1. selamat tahun baru

    Moga 2016 lebih baik dari tahun sebelumnya

    en. Kantan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru juga en. kantan

      Terima kasih..harapnya macam tu laa.

      Delete
  2. Happy New Year Abang Kamen....

    Semoga tahun yang mendatang lebih baik...

    Usah terburu-buru mencari cinta...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak terburu-buru, teringin jer...haha

      Thanks Carl Dani, happy new year!

      Delete
  3. jgn risau kamen..penantian tu ibarat mistery khidupan..
    yg hakikatnya sngt best utk diteroka dn dinanti-nantikn..mcm sbuah hadiah..
    apepun slamat menyambut new year.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku suka surprise, so aku suka komen ko izz jer...positif! nak hadiah surprise! hehe

      Happy new year juga.

      Delete
    2. aq xder hadiah tu..klu nak, gi minta kat tuhan.. :p

      Delete
    3. 5 tahun menadah tangan tapi sampai ke saat ini masih belum di makbulkan...orang lain pulak dapat dulu..hehe

      Delete
    4. oklh..bru 5 tahun.. aq dh nk dekat 10 tahun sjak skolah menengh..ops.. *zip mulut

      Delete
    5. Ko baca doa makan..mana nak dapat? ekekeke..

      Delete
  4. Kenali la aku..aku seorang dolphin yg comel jinak..kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. 'seorang' dolphin...kalau aku cikgu bahasa melayu,aku dah ikat Aries Kid dekat pokok..lepas tu pukul dengan pelampung dolphin...ekekeke

      Delete
  5. true love..
    mungkin dah tiba masa untuk mencari cinta kepada Sang Pencipta?

    #justsayin
    Happy New Year! may the odds be ever in your favor.. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul laa tu saff leo..takde cinta yang lebih hebat dari cinta kepadaNya..tapi aku manusia biasa,perlukan belaian manja...eceh!

      Delete
    2. awww nak belaian manja ke? haha ok
      *meow meow* come to papa!.. hihihi

      Delete
    3. Boleh ker? :goyang-goyang ekor:

      Delete
  6. Dunt wory make happy,,,ianya akn tiba jua,,,tht time terima seadanya,,wahhh #mcmaqnitaksingle

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku terima za puncak seadanya...errr...

      :awkward:

      Delete
  7. Well...maybe next year cita-cita dan Azam Kamen akan ter capai...Who Knows...but until then...jangan putus asa mencari cinta...;-)

    PS : Salam tahun baru buat Kamen...Moga-moga tahun depan mendatangkan kebahagiaan buat Kamen...;-)

    PSS : Dalam gay apps tak banyak ikan dolphin...yang banyak nyer squidwards....*oppsss larikkkk...kikiki...;-P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masin mulut Amir...ter-couple dengan squidwards...ekekeke

      Delete
  8. yeahhhh...single ni x semestinya tak laku yaaa...kita masih menanti the right one...tak boleh main sebat je mana-mana yang hado kat depan mata...
    true love memang susah nak dicari..tapi bila dapat, bertuahhhh laaa..
    Happy new year kamen...hope next year will be much better...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak cari ikan dekat pasar pun kena memilih, inikan pula manusia...hehe

      :bajet pandai masak:

      Delete
  9. Alah abam kamen, chill je. Takkan lari gunung dikejar. Persoalannya, gunungkah yang di kejar? hahaha. Papepun, selamat tahun baru semoga tahun mendatang bawa seribu rahmat dan kebahagiaan untuk kita semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eleh..Nov C dah couple dengan Chuck boleh laa cakap..easier said than done..hehe.

      Delete
  10. Ok kamen, utk melaksanakan cita2 ko tu di samping menambah pengalaman baru, apa kata ko sahut idea aku ni. Yaitu ko buat kapel kontrak. Mgkin utk sebulan dua ke, kalo dia langgar kontrak, ko denda dia. Kalo korang dua tercintun sblum tempoh kontrak abis, korang just go on berkapel atas dasar suka sama suka la, ataupun boleh jugak kalo nak lanjutkan lg tempoh kontrak.

    So segala cerita psl kapel kontrak ko tu ko boleh update kat sini, sronok jugak nakk tau. Keh3.

    P/s : cinta memerlukan pngorbanan. Itulah harga cinta. Harga kontrak itu pun kira harga cinta jugak. Psl itu merupakan usaha/pngorbanan ke arah mdapatkan cinta. Lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergh! idea serupa drama melayu..mula2 tak suka,lepas tu termengandung dan hidup bahagia...ekekeke

      Macam mana nak couple kontrak, baru jumpa sekali next day dah krikk...krikk...hehe

      Delete
  11. Moga azam kamen tercapai ye. klu dh x de sgt saya sudi je terima hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih..amin! Ramai lagi yang layak untuk Mr. White selain aku yang seperti gagak ni...hehe

      Delete
  12. cinta itu ketawa dan airmata .. cewahhh.. selamat tahun baru ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketawa dan airmata itu kan perencah dalam percintaan..baru terasa nikmatnya..hehe

      Delete
  13. Happy New Year Kamen !
    You have 366 days ! Perhaps one of the day might be your lucky day to meet your love one ! Have courage and be kind okeyh ! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa kata Mr. Dominic Unknown introduce someone..mana tahu aku berkenan...ekekeke.. :gurau:

      Delete
  14. Slamet tawung baru cik kamen, + usia lagi, matang gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan sebut bertambah usia...sensitif..hehe

      Delete
  15. Buat biasa je Kamen .. barangkali belum diberi cinta sebab ur future partner tak ready lagi ..hihi .. someday akan dapat juga. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nu'man..I'm single and I'm okay....tak desperate pun nak ber-couple..hehe

      Delete
  16. hi leh kenal..ehh .. hehe... btw gud luck bro~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Mohd Suhaimi...boleh, nombor tepon? ekekeke

      Delete
  17. Azam 2018 aku nak dgr suara “seseorang” tapi tuhan takdirkan aku jumpa terus dengan “seseorang” tu. ��

    ReplyDelete
  18. You'll find true love one day��

    ReplyDelete