Wednesday 27 January 2016

RAJUK

Dia : Aku nak cari someone in real life laa pulak.

Letih mencari online..mostly menyakitkan hati!

Aku : (Erkkkk) Aku menyakitkan hati kau?

Dia : Aku cakap in general..tak mengata kau.

Aku : Hmm…

Dia : Kamen? Kau okay?

Aku : Maaf, tetiba aku takde mood. Jangan kacau aku.

Haihh..entah kenapa kata-kata si ‘Dia’ tetiba buat aku terfaktab..seolah-olah ditampar berkali-kali lalu menyedarkan aku dari khayalan ciptaan aku sendiri. Mungkin ada betulnya, mencari cinta di alam maya tidak menjanjikan apa-apa, buktinya aku sendiri masih belum berpunya. Tapi kenapa nak samakan aku dengan orang lain? Orang lain buat hal, aku pulak disalahkan? Grrr! Ntah laa, mungkin aku overthinking. Ahh..tak kira, si ‘Dia’ dah terlanjur buat aku sakit hati!

Damn..ini yang buat aku nak merajuk ni!!

Eleh Kamen..kau sebenarnya cemburu kan? Errrr….

Siapa si ‘Dia’ ni? Kekasih hati Kamen Shinobi? Perghhhh! Statement yang teramat laa perasan lagi tak boleh blah! ekeke..Sure mamat tu gelak terbahak-bahak kalau dia terbaca statement aku. Kamen, hentikan laa berangan. Apa kau ingat mamat tu takde taste? Setakat level blogger cabuk macam kau, mimpi aje laa. Ramai lagi jantan hebat di luar sana dia boleh pilih. Tak payah laa nak mengada merajuk..korang belum sah jadi couple pun..ekekeke.

Well..buat masa ni aku tak nak dedahkan siapa si ‘Dia’..cukup laa sekadar korang tahu yang kitaorang bertemu dan berkenalan melalui ruang maya dan sangat aktif berhubung..hehe

Bercakap pasal merajuk, aku teringat lagi masa kecik-kecik dulu aku selalu merajuk dengan parents aku. Maklum laa, anak bongsu..manja terlebih. Dan privileges jadi anak bongsu ni, apa aku mintak semua dapat..tapi kalau tak dapat, merajuk laa jawabnya. Yer laa…budak lagi, takkan nak mengamuk..mau kena pelempang?  So nak tak nak aku terpaksa guna taktik merajuk dengan harapan parents aku mengalah lalu menunaikan permintaan aku…well biasanya taktik merajuk ni berhasil. Chet!! teruk betul perangai kau Kamen…kecik-kecik dah jadi opportunist..ekeke

Sekarang bila dah semakin meningkat tua ni aku dah kurang sikit merajuk..still habit suka merajuk tu masih dan tetap akan ada…tapi takde laa seteruk zaman hingusan dulu. Aku sangat berharap future partner aku nanti mampu bersabar dengan perangai aku yang satu ni..ekeke. Tak padan dengan muka ganas, hati rapuh serupa tisu jamban! Pantang kena provoke sikit, mula laa muncung..haha! Maklum laa, Kamen Shinobi insecure orangnya. Well..aku merajuk dengan orang tertentu aje.. Dengan siapa lagi aku nak mengada-ngada selain dengan insan-insan terpenting dalam hati aku. Tak jantan laa merajuk dengan member-member..buat malu jer..hahaha

Biasanya kalau aku merajuk aku lebih suka bersendirian..tutup mulut serupa orang bisu. Mungkin terbawa-bawa habit masa zaman budak-budak dulu. Dulu asal merajuk mesti kurung diri dalam bilik..konon nak mogok lapar...parents datang pujuk baru aku cool down..ekekeke. Itu dulu, sekarang tak payah cari bilik…dekat public pun boleh merajuk..hahaha! Tak sedar diri, dah tua berjanggut pun masih nak merajuk. Ingat comel sangat ker lelaki merajuk?

Alaa…aku nampak aje macam merajuk, tapi sebenarnya aku cuma mengelak dari bertekak. Biasa laa, bila tengah emosi..kepala bukan betul sangat. Kalau diturutkan amarah, memang laa rasa nak ajak berperang, tapi daripada aku bertekak, baik aku diam aje. Tunggu aku cool down sikit baru laa ajak berbincang..hehe. Aku kalau merajuk tak lama, paling singkat pun seminggu aje…erkkk…Kesian future partner aku nanti, sure terseksa jiwa raga melayan perangai aku..hahaha!

Aku pun tak tahu kenapa aku beriya-iya nak citer kelemahan aku. Haihh..siapa laa nak dekat kaki merajuk macam aku ni? menyampah lagi ada laa..hahaha. Kalau hot tak per laa jugak nak bajet merajuk, at least kalau merajuk nampak comel. Ini tak, dah laa buruk, kalau merajuk sure bertambah buruk..ekekeke. Forever alone laa jawabnya kau Kamen! Ahh..lantak laa, korang yang tengah couple tu pun mesti awal-awal jer nampak semuanya perfect, dah sampai tengah-tengah baru nak tunjuk perangai huduh masing-masing…haha! Biasa laa, yang perfect tu semua dalam citer dongeng aje, hakikatnya kita semua cuma manusia biasa, tiada yang sempurna. Sayangi laa pasangan anda seadanya…eceh!

Adeh…tetiba rasa lonely, ini yang rasa nak merajuk lagi ni..hehe

Dia : Aku minta maaf

Aku : Sebelum aku maafkan kau..kiss me.

Dia : Erkkk!

Sometime not saying anything is the best answer,
You see, silence can never be misquoted.

32 comments:

  1. Macam comel je abam kamen kita ni majuk..meh sini meh nk sekeh..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Main kasar nampak! Aku ni orang tua, hormat sikit..ekekeke

      Delete
  2. comel je kot lelaki merajuk. tapi jgn mngalahkn bdak kecik sudahlaa buruk kot.. hakhak..

    ReplyDelete
  3. Demand ! Nak maafkan kena kiss bagai ! HAHAHAHAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..takkan Mr.Dominic Unknown cemburu? ekekeke..Alaa, orang tu tak sudi pun..hahaha

      Delete
  4. Atotototo, aku suka kot tengok abam2 merajuk, rasa nak sepak laju-laju. Hahaha. Meh sini nak kasi free hug.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku lagi tua dari kau, jangan derhaka..nak kena sumpah? hahaha.

      Nak hug tak risau ker nanti Chuck kesayangan cemburu...ekeke

      Delete
  5. Ahai...tok sah la merajuk kamen wei...buruk tul dah tua-tua merajuk..opss...Amir lagik tua...kekeke...

    PS : Kamen...to be noticeble...kadang2 kene intai2 gak dari 'closet' tu....hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku muda lagi laa Amir...hehe.

      Bila Amir cakap camtu, tetiba rasa nak intai Amir...errrr...

      Delete
  6. Manjanya abg kamen ni...untunglah parents nak melayan kerenah merajuk tu...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde maknanya untung...menyampah lagi ada laa...hahaha

      Delete
  7. Merajuk juga ko .. tengok aku .. x pernah merajuk pon ..kebal ..!! kehkeh

    ReplyDelete
  8. haha..majuk plakk..1 thing 4 sure...klo dh kenan dgn s/one kt alam maya,gi la ajk jmpe...jgn duk beralam maya jer....tu bkn real r/ship ponn....hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laa pasal, tengah fikir bila nak jumpa WK...errrr...

      Delete
  9. Salam kamen, 1st time baca blog ko... Quite interesting.. Just nk tanye.. R u stil with ur 'someone's hubby?.. Bkn ape.. Im actually termasuk dlm golongan itu.. Masalah skrg ni, die selalu igt aku ni lebihkan wife aku dr die.. N slalu gado pon sbb die yg gatal2 g tgk hp aku nmpk pic aku with my wife.. Susahla.. Aku dah ckp aku ni come with packages.. Dulu ckp boleh terima.. Tp skrg asyik gaduh pasal tu je.. N pasal blind date, kalau sekadar 'gatal2' or suke2.. Xyahla.. Siyes.. End up kompem menyesal.. N perlu ditegaskan.. Im never a proud 'gay'!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi singgah capital.a.four..hehe

      Well, aku dah lama tinggalkan 'hubby orang' tu..dia dah jadi sejarah dalam hidup aku.

      Pasal 'bf' capital.a.four tu,mungkin dia cemburu atau rasa insecure. cuba ajak berbincang.

      Apa pun kalau boleh utamakan wife dulu, jangan asyik layan bf sampai lupa tanggungjawab sebagai suami...hehehe..

      Delete
  10. Alololo manja eh...kuat merajuk eh...aku pandai pujuk tau...hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cakap jer tak guna, cuba pujuk aku sekarang. Nak tengok power ker tak..ekeke

      Delete
    2. email please...aku pujuk kat email...hahaha...

      Delete
  11. Thanks action kamen 4 not judging me.. I know, mesti yg ramai akan ckp, dah ada bini, why bother 2 have bf... Well, sbb tu la aku strongly advise kat ko supaya jgnla blind2 date ni.. Dlm kes aku, dah tersuka tanpa sengaja.. Cliche kan..n aku dok sekali kot dgn bf n family die.. Aku xdok skali dgn wife.. She's around 300km away frm me.. So aku ni kire weekend husband la.. Masalah aku skrg ni, aku cinta kat dia sgt2.. Gile tul.. I just want both north n south pole at the same time! n skrg my wife dah 3 months preggy,, niat hati nk settle down secara baik., tp xtao cmne nk mule.. Yg susahnya.. Aku suk skali dgn fam die., n semua fam die rapat gile dgn aku.. N diorang org susah, so brg2 dapor mmg harap aku.. N fam die xtao aku no dah kawin.. Arghhhh., aku poning.. Suggestion pls.. N pls no cliche suggestion..sorry if i make it all about me.. Just i think this is a good platform 4 me to let it all out.. N since we share the same feelings.. I guess u guys may have some gud suggestion..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adeh..complicated habis masalah kau..nak advice pun tak reti. Salah advice, hidup orang lain merana..haha

      Apapun aku harap kau boleh fikir masak-masak sebelum buat keputusan, macam aku kata sebelum ni, utamakan keluarga..itu yang penting.

      Delete
  12. N kamen.. 4 someone yg dah ada agak byk pengalaman.. Be it either men/ women.. Bab2 pujuk ni, k think i kinda 'phd' in it.. Bkn agkt bakul naik sendiri.. Tp cm org slalu ckp, experience is our only teacher..so in ur case, if i were to please u.. Aku akan tulis kat kertas.. Saya amat cinta pada awak.. Dan alasan yg paling kuluh kenapa awak harus maafkan saya.. Igtlah syg, tika hatimu mula tawar pd hatiku, igtlah kembali saat kau mula2 rindu padaku... Saat kau ingin mengucapkan selamat tinggal padaku, igt kembali saat kali pertama kita berjumpa.. Dan jangan kau lupa janji2mu.. Ombak dan pasir yg kau jadikan saksi janji2 cinta kita.. Aku tahu aku bukan yg terbaik utkmu.. Tp aku berjanji akan sentiasa bg yg terbaik utkmu.. Jgn lupa saat kita di cameron highland di puncak ladang teh.. ( ok, i think i kinda 'over do it'.. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulis kat kertas tak romantik, kalau boleh bisik lembut dekat telinga..lagi-lagi kalau suara garau..sure hilang merajuk...hahaha!

      Delete
  13. Org tua klau mrajuk, mcm beruk, aku tumbok kang, haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang kata kalau aku merajuk comel macam kucing parsi..muahahaha.

      Sebelum hang tumbuk aku, tanggal cincin tu dulu. Tak pasal-pasal berlekuk-lekuk badan aku nanti..hahaha!

      Delete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. Tetiba rasa nak comment bab merajuk ni....

    Dalam masa 2 tahun menyulam cinta dan kasih, dah berpuluh-puluh kali merajuk secara terang-terangan dengan senyap. Tapi, setiap kali perasaan merajuk ni dah terjeruk lebih setengah hari, tiba-tiba hati jadi lembut .... dan terus tarik balik perasaan tu ... sebab terlalu sayangkan si dia,

    Airmata tu toksah cerita, tahun pertama ada la satu lori air SYABAS tu ... sampai jadi kurang sihat ... (Kami jauh, tapi bila dekat terlampau jarang pernah dapat jumpa, tapi call hari hari)

    2 tahun dah berlalu, ni dah masuk tahun ketiga, hati dah banyak belajar dan boleh kawal emosi, cuma kadang-kadang tu ada outburst jugak...Sekarang dh dekat 2 bulan tak jumpa walau pun dalam Lembah Kelang.(it's complicated when you come fifth in his list, though he is your number 1)

    Terima kasih kepada tuan blogger, seronok baca seolah-olah memahami hati ni .. Keep it up :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Merajuk tu normal, itu tanda yang kita masih ada hati dan perasaan..cuma nak tunggu orang tu pujuk jer..nak tgk dia ada hati dan perasaan ke tak?hehehe

      Delete