Monday 16 May 2016

CIKGU

Bukak tv..drama pasal cikgu. Tengok news..pun citer pasal cikgu. Dah kenapa harini semua duk sanjung guru-guru dekat Malaysia ni? Chet! Nampak sangat Kamen Shinobi pelupa orangnya! Maklum laa, dah bertahun meninggalkan zaman persekolahan...tarikh hari guru pun aku dah malas nak amek port. Muka bekas cikgu sendiri pun aku dah ingat-ingat lupa..ntah-ntah cikgu sendiri lalu sebelah pun aku tak kenal..silap-silap pernah berskandal dengan cikgu sendiri pun aku tak perasan...erkkk...Teruk sangat penyakit Alzheimer ko ni Kamen! ekekeke.

Bila bercakap pasal guru..tetiba terasa nak balik ke alam persekolahan. Yer laa, waktu tu tak payah fikir pasal hal-hal duniawi macam sekarang ni. Keje cuma pegi balik sekolah, dengar cikgu membebel sorang-sorang kat depan, siapkan keje sekolah yang cikgu bagi...haih, senang betul hidup waktu tu..walaupun kadang-kadang liat nak pegi sekolah apatah lagi nak siapkan keje sekolah..ekekekeke. Well, setakat yang aku ingat, aku tak pernah lagi ponteng sekolah apatah lagi sampai kena denda sebab tak siapkan keje sekolah. Eleh..nampak bebeno menipunyer! HAHAHAHA!

Nak dijadikan citer, waktu aku di sekolah menengah tak lama dulu..eceh!..ada seorang cikgu lelaki ni..aku namakan Cikgu Daud..beliau mengajar subjek sejarah. Cikgu Daud ni agak sopan orangnya. Well..if you understand what I mean..hehe.. Tapi ntah kenapa dalam ramai-ramai student dalam kelas tu, aku sorang jer yang selalu kena marah dengan Cikgu Daud ni..kononnya aku selalu lost focus bila beliau mengajar. Aku bengang jugak laa bila selalu sangat dimalukan depan classmate lain. Yer laa, dah beliau mengajar subjek paling membosankan atas muka bumi ni..mau aku tak tertido dalam kelas. Tu laa, tido lagi..padan muka kena marah. Sampai ke satu tahap aku seolah berdendam dengan Cikgu Daud dan sangat benci dengan subjek sejarah...mujur tak fail exam..ekekeke. Kadang-kadang tu nak jer aku terjun keluar dari tingkap tiap kali Cikgu Daud masuk mengajar.




Dipendekkan citer, lepas aku habis sekolah menengah dan melanjutkan pelajaran ke universiti..aku dah lost contact dengan semua bekas cikgu aku..termasuk laa Cikgu Daud..walaupun waktu tu masing-masing dah ada FB etc. Konon nak move on dan mulakan hidup baru sebagai sorang siswa..eceh!

Kalau korang baca balik entry aku yang lepas, aku ada citer yang aku hanya discover dunia PLU lepas aku habis universiti. So lepas graduate aku mula berkenalan dengan Planet Romeo (PR). Biasanya kalau korang install benda-benda camni, korang mesti cari PLU yang ada berdekatan dengan area korang bukan? Atas tujuan apa? Korang sendiri pun tahu...hehe

Well, di sini laa citer bermula. Dipendekkan citer lagi, waktu aku tengah scroll profile PLU dalam Planet Romeo tu, maklum laa..batak! aku terjumpa satu profile ni. Orang kata dunia PLU ni kecik..well, memang betul pun. Sebab profile yang aku jumpa tu sebenarnya milik Cikgu Daud. Terbeliak biji mata aku tengok gambar Cikgu Daud ber-posing maut tepi kolam..siap upload gambar close up pisang emas lagi..nasib baik tak selera, kalau tak..aumm! hahahaha! Macam-macam jugak laa citer aku dengar pasal Cikgu Daud dari mulut-mulut PLU. Mulanya aku tak nak percaya..yer laa, takkan laa pendidik nak jadi camtu...tapi Cikgu Daud pun manusia biasa..ada nafsu dan kemahuan. Tak tahu laa pulak kalau diaorang tipu aku. Tapi aku takde laa terkejut beruk bila dapat tahu Cikgu Daud gay sebab dari dulu lagi aku dah boleh sense something wrong somewhere dekat Cikgu Daud ni..tapi aku masih clueless. Maklum laa waktu sekolah dulu aku masih lagi noob pasal dunia LGBT. Lepas kejadian Cikgu Daud terkantoi tu aku dah kurang sikit bermain dengan PR..hahaha..yer laa, maunya aku ter-blind date dengan Cikgu Daud...aku pulak yang kantoi! dah laa pemalas, gay in the closet pulak tu! hahahahaha

Semenjak aku berkecimpung dalam arena LGBT, ada laa beberapa kali aku bersua muka, keluar dating, menjalinkan hubungan..errr..dengan PLU yang bertugas sebagai guru..dan paling menarik ada jugak yang mengajar kat sekolah aku dulu..hehehe. Tapi biasa laa dalam dunia PLU ni, manusia datang dan pergi...so kebanyakkan dari diaorang dah pun jadi sejarah dalam hidup aku. Nampak sangat Kamen Shinobi tak laku...wakakaka! Dan, kalau korang nak tahu..aku sebenarnya pernah kantoi dengan bekas cikgu aku sendiri..damn! Well..nak citer sekarang panjang sangat laa pulak. Tunggu entry akan datang..hehehe

Apapun..selamat hari guru buat semua warga pendidik di Malaysia...especially pembaca blog aku yang bergelar seorang guru. Eleh...macam laa ada guru nak baca blog caca marba ni...tapi kalau ada, PM tepi. Keutamaan akan diberi kepada guru lelaki yang single, macho dan hensem...ekekekeke

A good teacher is like a candle.
It consume itself to light the way for others.

15 comments:

  1. So Moral of the story....semua manusia bernafsu tak kira saper and aper statusnya...especially si Nu'man tu...kikiki...;-P

    Oh...Talk bout guru yg PLU...Maser Amir sekolah dulu ader seorang guru yng conform PLU mengajar Amir dulu...tapi la nie dengar citer guru tu dah berhenti sebab dah jadik YB (Adun) di sebuah parti berwarna biru tu...but as Amir dengar some rumors...die still menjadik PLU lagik...hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lupa ke tagline kita Amir ..once PLU, forever PLU. Gituh.

      Cikgu2 muda sekarang lagi la banyak PLU. Sekali pandang je, dah bergetar radar. Lindungi lah anak lelaki ku Tuhan. Kehkeh.

      Delete
    2. Amir : aku bab hint ni lembab sikit. Cer cakap siapa bekas cikgu merangkap YB tu? hehehe

      Nu'man : PLU tak PLU, radar ko 24/7 bergetar..ekekekeke

      Delete
  2. Cikgu sekarang kemain hot2 dan hensem2 belaka (plu)..time skola dulu takde sorang pon cikgu hensem...aihhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laa pasal, nak pegi sekolah pun malas sebab cikgu semua tak hensem..hahahaha

      Delete
    2. hahaha kan kan...cikgu sekarang elok elok badan sado...hahaha

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Tahukah anda bahawa ramai PLU yang menjadi warga pendidik ?
    Malahan semakin hari semakin ramai pulak cikgu-cikgu lelaki yang hensem nak mampos.
    Persoalannya sekarang kenapa masa aku sekolh dulu punya susah nak dapat cikgu lelaki yang hensem ? Majoriti yang mengajar aku semua perempuan.

    Haishhh. Masuk U pun tak dapat lecturer yang hensem juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah ko beriya nak masuk sekolah perempuan siapa suruh? Mana nk jumpa jantan dalam tu? ekekekekeke

      Tak dapat lecturer hensem takpe, asalkan dapat bf hensem..:wink:

      Delete
  5. Hai abang kamen..suka baca blog abang ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blog jer? Owner blog tak suka? ekekekeke..gurau!

      Terima kasih sudi singgah dan baca. Singgah laa lagi lepas ni..hehehe

      Delete
  6. aku pernah kena sexual harrassement dengan sorang cikgu ni . pastu beberapa tahun lepas tu, dia kena tangkap sebab buat benda yang sama dekat sorang budak. aku gelak2 je tengok berita tu kat Tv3.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni mesti kes comel sangat sampaikan cikgu tu tak tahan...hahahahaha.

      Delete
    2. Huish, PLU PlU gak...tp bab pedofilia ni, mmg xble blah, rasa nk cepuk je manusia2 yg selera kat bebudak nih...

      Delete
  7. selamat berpuasa ek.. semoga sehat sehat selalu #salamrindudianginlalu

    ReplyDelete