Friday 5 August 2016

CERITA RAYA SAYA

Title dah serupa karangan budak tadika...ekekeke..Haihh..agak lama jugak aku menyepi..maklum laa, sibuk beraya..raya kan sebulan..hehe! Eleh...nampak bebeno menipu, cakap jer laa terus terang Kamen, ko dah takde bahan nak story. Nampak sangat blog ni semakin hambar, sehambar tuan empunya blog jugak. Nak ucap selamat hari raya, bulan syawal dah berlalu..tunggu raya haji jer laa. Silap-silap raya haji nanti aku buat ucapan melalui video..konon nak  buat pendedahan exclusive...habis terbongkar segala identiti..wakakakaka..mintak dijauhkan!

Memandangkan aku dah agak lama menyepi, aku nak share sikit citer pasal raya baru-baru ni. Well, sebenarnya takde benda menarik pun yang berlaku..sama jer macam tahun-tahun sebelumnya...maklum laa masih kepunyaan parents..eceh! Lain laa kalau hati ni sudah miliki, mau muntah pelangi korang baca kisah raya Kamen Shinobi bersama insan tercinta..muahahahaha..

Kalau nak citer pasal baju raya, tahun ni aku cuma sediakan sepasang baju melayu cekak musang berwarna...rahsia...lengkap dengan samping berwarna...pun rahsia...ekekeke. Kalau korang nak tahu, kitaorang sekeluarga tak pernah pun amalkan konsep warna sedondon ni..ikut citarasa masing-masing nak pakai warna apa pun..lantak laa, yang penting masing-masing nampak cantik dan bergaya di hari raya..eceh! Tapi yang aku perasan raya tahun ni trend lelaki pakai jubah dan kurta. Aku memula niat nak join the club..konon nak nampak up-to-date dengan peredaran fesyen semasa..tapi memandangkan harga jubah yang aku suka semuanya mahal mencekik, aku terus lupakan niat murni tu...membazir kan amalan syaitan..hehe.

Pagi raya macam biasa laa bersiap nak pegi ke masjid menunaikan apa yang patut dilakukan sebagai sorang muslim yang bertakwa...eceh, acah-acah ustaz songsang laa ko Kamen! Masa tengah sarung baju melayu berwarna rahsia tu, tetiba pulak hati ni terdetik 'Bila laa dapat merasa beraya dengan the special one'...lepas tu mula laa berangan...

Bee : Sayang dah siap? jom g masjid sesama.
Aku : Jap! tengah sarung boxer ni!
Bee : Jangan lupa pakai baju melayu kaler sama dengan Bee tu yer..jap lagi Bee datang jemput sayang.

Alahai..berangan jer laa ko Kamen! Nak pakai sedondon konon. Tak pasal-pasal dekat masjid nanti ada pulak yang bertanya "Bila masa mak kamu ambil anak angkat?". Haru aku nak menjawab..hahahaha. Well, korang yang dah berpunya tu seronok laa beraya dengan buah hati tersayang..makan lemang dengan rendang siap bersuap. Orang single macam aku, lepas balik masjid melantak sorang-sorang...nak tunggu orang suapkan rendang? dalam mimpi jer laa! Takkan laa nak mintak parents tolong suapkan...forever alone sungguh..hahahaha!

Raya tahun ni aku rasa seronok sikit sebab tak ramai yang bertanya soalan-soalan cepumas lagi menyakitkan ulu hati..."Bila nak itu, bila nak ini?"..haih..naik muak setiap tahun soalan sama. Mungkin..makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang bertandang ke rumah aku haritu dah biasa nampak aku merayau sorang-sorang tanpa teman..Nampak sangat Kamen Shinobi jantan tak laku..wakakakaka. Tak pun diaorang dah malas nak ambil kisah pasal private life aku...atau mungkin jugak diaorang dah tahu aku gay? erkkk...

Tapi yang tak best-nya ada pulak yang cakap aku dah kurus! Chet! Panas pulak telinga bila dengar, sia-sia jer aku main besi sampai keluar peluh jantan..konon nak besarkan badan jadi sado, tapi hasilnya?..haihh.. Eleh..kalau setakat angkat dumbbell 5kg, 2 rep dah gigil, sampai kiamat pun takkan sado macam Jay Cutler...ekekeke. Cakap pasal badan, sejak start bulan puasa haritu sampai laa sekarang, selera makan aku semakin bertambah...nak kata tengah bahagia bercinta, mustahil. Aku pun tak tahu kenapa mulut ni asyik nak menguyah 24/7. So semalam aku try timbang berat badan. Sebelum puasa berat aku maintain 70kg, tapi semalam dah naik 3kg...wakakakaka! Patut laa badan rasa gelebeh semacam. Ahh..lantak laa, kalau tak dapat body macam Zac Efron, dapat body chubby macam Jack Black pun dah cukup....hahahahaha..alergik dengan perkataan 'kurus'. Mintak-mintak tahun depan ada yang cakap "Eh, ko dah gemuk...makin comel"...wakakakaka...giler perasan!

Hari raya ke-5 haritu aku ikut family aku pegi beraya dekat rumah kawan lama parents aku. Macam biasa laa, golongan senior jer yang rancak berborak, golongan muda macam aku pulak rancak menguyah dan menghabiskan makanan yang terhidang...hahahaha! buruk betul perangai ko Kamen. Dah selesai melantak kat rumah orang, tengah bersalaman nak balik tu.. tuan rumah hulur sampul duit raya dekat aku. Rezeki aku kot haritu, dah tua bangka pun masih dapat duit raya. Aku pun dah tak ingat bila kali terakhir aku dapat duit raya...tetiba terasa macam kanak-kanak ribena walaupun sebenarnya ribena yang dah expired. Well, duit raya yang aku dapat tu takde laa banyak mana, cukup setakat buat beli durex play perisa strawberry sebotol....errrrr....wakakakakkaa

Well, cukup laa setakat ni..dah panjang sangat aku merapu. Siapa nak sisa kuih raya buatan air tangan Kamen Shinobi..angkat kaki tayang paha. Stok ada banyak lagi, semua sedap-sedap belaka. Tinggalkan alamat rumah dan nombor telefon dalam ruangan komen di bawah untuk urusan penghantaran...ekekekeke

The moments may have ended,
But the memories last forever.

20 comments:

  1. Ala kamen jantan la ckit, nk tgk gak kamen, bg nmpak ckit, blerr pun xpee, leh kan??? Jgn hampakan aku klu tak ko meme gaytuh (pnjamw ayat nukman) hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tgk apa tu Jazzlee? Hang jangan mintak macam-macam nanti cheq ketuk kepala..hahaha

      Delete
  2. hai abang kamen....kelakar juga abng ni...hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Carl Dani! Sape kata kelakar? Garang lagi ada laa...aumm! hehehe

      Delete
  3. hahaha tergelak baca komen Carl Dani...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan gelak banyak sangat, duit raya aku mana? :p

      Delete
  4. Replies
    1. Grrr! Meh sini nak piat teliga Aries Kid...hahaha

      Delete
  5. Offer tu seyes ke? Nk tggal alamat & no tepon ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tawaran berakhir 10/8 pukul 11.59pm...siapa cepat dia dapat!...ekekekeke

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. En Kamen....73kg tu ok ler....dah sedang baik dah tu...nanti kalo chubby sgt....terlampau cute plak...mula lah Amir nak tiup kat perut kamen macam baby-baby tu...kekeke...;-P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kira! Nak chubby, nak boroi gak, nak Amir tiup perut...errrr..

      ekekekeke

      Delete
  8. gituhh berangan dengan Bee. jangan kena sengat lebah pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bee ni spesis jinak..tak sengat orang...hahahaha

      Delete
  9. Oh tidak~ kempunan... Batu belah batu bertangkup, telanlah aku, mknlah aku, aku kempunan telur -eh, kuih raya kamen....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kempunan telur apa tu? Aku pantang orang cakap tak habis ni...HAHAHAHA!

      Delete
    2. Hahaha... Aip2, pikir lain kamen eh...nakal ni. Btw, chubby tubby? I like bear-ry much, auuum.

      Delete
  10. alololo cian nk besuap lemang.. meh shin suap lemang nan sebatang.. x leh bebanyak.. lemang mahal skrg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shin jangan lupa kopek buluh lemang tu sebelum suap. Kang tak pasal2 ada yang masuk hospital tersedak lemak nan sebatang...ekekekeke

      Delete