Sunday 4 December 2016

FRIEND ZONE

Dalam entry lepas aku ada sebut pasal friend zone. Sejujurnya aku sangat tertarik dengan istilah ni..mungkin aku dah selalu sangat berdepan dengan situasi friend zone kut...tu yang rasa semacam dekat dihati jer tu.

Cakap pasal friend zone ni, aku teringat sorang silent reader pernah tanya aku..

"PLU ni boleh jadi kawan ke?"

Masa tu tetiba terfikir, iye tak iye jugak.. Yer laa, bukan kah jantan PLU ni gelojoh..pantang jumpa entiti bernama lelaki, lagi-lagi kalau dah tahu geng sekapal, terus bawa balik masuk bilik...ekekeke. Well, jantan gila seks jer yang macam tu, jantan baik macam Kamen Shinobi takkan sesekali mencabul kehormatan jantan lain..melainkan sudah sah bergelar suami-suami...aumm! tak boleh blah angkat bakul sendiri...mampos lepas ni kena kecam...ekekeke.

Berbalik pada topik friend zone, sebelum aku membebel lebih panjang pasal topik ni, mungkin lebih afdal aku terangkan sikit maksud istilah friend zone..in-case ada yang blur atau tak tahu apa benda friend zone ni. Menurut kamus bersumberkan google..

"friend zone is a situation in which one member of a friendship wishes to enter into a romantic or sexual relationship, while the other does not"

Kalau tak faham boleh google translate. Well, senang citer friend zone ni lebih kurang macam cinta bertepuk sebelah tangan laa...atau cinta tak berbalas..ataupun lebih tepat lagi..rejection secara halus...ekekeke.. Misalnya korang suka dekat seseorang, tapi the other side cuma anggap korang tak lebih dari seorang kawan..so secara automatiknya korang dah kena friendzoned. Tak kira laa mana-mana sexuality pun, istilah friend zone ni memang wujud..ada lelaki friend zone perempuan, ada perempuan friend zone lelaki, lelaki friendzone lelaki..etc..mostly sebab takde mutual feeling. Personally pada aku, terma friend zone ni boleh digunapakai tak kira laa korang dah kenal bertahun atau baru kenal semalam...asalkan ada unsur 'rejection' dan 'friends only' dari sebelah pihak...aku tetap anggap itu sebagai friend zone.


Well, banyak sebab sebenarnya kenapa korang kena friendzone. Antaranya :

Tak hot - 'Aku tak kisah pasal rupa, asalkan dia baik'..Bullcrap! Aku rasa jantan PLU antara makhluk yang paling cerewet nak pilih partner kalau nak dibandingkan dengan jantan straight. Kalau tak cerewet mana mungkin Kamen Shinobi masih single...ekekekeke. Walau baik macam mana pun perangai korang, cukup segala-galanya..kalau korang tak menepati piawaian, tak menggiurkan lagi merangsangkan..jangan harap laa si dia berselera nak jadi buah hati korang.

Perangai - Korang pengotor, korang suka gelak macam setan depan public, korang hambar, korang bossy, korang kedekut, korang suka marah tak tentu pasal..etc. Pada dia..setakat nak buat teman lepak sekali-sekala, teman borak dalam wechat.. boleh laa kot..dia bukan nak hadap muka korang hari-hari pun. Tapi kalau nak jadikan korang steady partner...rasanya mati hidup balik pun si dia tak sudi...ekekeke

Dia straight - Yang ni make sense laa. Korang pun tahu sexuality tak boleh diubah-ubah...sama macam korang, sampai bila-bila jadi peminat pisang tegar...ekekeke. Memang tak laa si dia nak jatuh cinta dengan pisang korang. Haihh..aku pun tak faham kenapa korang beriya nak confess perasaan  dekat jantan straight sedangkan ramai lagi jantan PLU yang single and available dekat luar sana yang terkapai-kapai mencari cinta sejati..huhuhu

Not into relationship - Tidak semua jantan PLU itu percaya pada cinta sejenis. Ada jenis asal dapat romen sekali-sekala pun dah cukup...no string attached. Pada dia bercinta sesama sejenis ni takkan kekal lama dan menyusahkan. So buat apa dia nak bercinta kalau romen pun boleh membawa bahagia? Tak pun si dia masih trauma dengan kisah percintaan silam..maklum laa baru putus cinta. So no more love...friends only.

Gelojoh - Tidak semua jantan PLU yang mencari cinta tu senang untuk jatuh cinta. Ada yang nak kenal hati budi dulu, ada yang nak kenal dengan bakal mertua dulu...ekekeke..dan semua tu perlukan masa. Tapi korang baru kenal 2 minggu dah gatal nak confess perasaan, tak pun terus ajak romen..nampak sangat gila seks..mana tak kena friendzoned? ekekeke

Well..punca friend zone ni sebenarnya terlalu subjektif..dan setiap orang yang mengalami situasi ni ada sebab-sebab tersendiri kenapa mereka mem-friend zone-kan dan di-friendzoned-kan...adeh! habis rosak bahasa Melayu! hahahahaha...Kalau nak listkan semua sampai besok pun entry ni takkan habis...well, kalau korang nak tambah sendiri pun boleh..hehehe. 

So apa nak buat lepas kena friendzoned? Well, korang ada dua pilihan..

Stay out - Delete nombor telefon, unfollow social media, buang hadiah masuk dalam tong sampah etc. Senang citer buang segala kenangan yang mengingatkan korang pada si dia..totally move on..eceh! Pada aku langkah ni lebih sesuai diamalkan untuk spesis yang kuat sentap..ekekeke..maklum laa kena reject, malu beb! Kalau boleh nak pindah planet marikh terus. Ataupun spesis yang tak kisah hilang kawan..kononnya independent. Rasanya proses nak move on ni mungkin jadi lebih mudah kalau perkenalan tu masih terlalu baru..so kalau korang nak bawa diri atau nak putuskan hubungan pun, kurang sikit rasa bersalah tu.

atau..

Stay in - In-case korang terlalu sayangkan persahabatan tu..korang boleh laa tebalkan muka, teruskan berhubung dengan jantan yang dah friendzoned-kan korang...hehehe. Pada aku tak salah pun..asalkan korang tak expect lebih-lebih dan korang ikhlas untuk terus berhubung macam biasa. Mana laa tahu, mula-mula si dia anggap korang kawan..lama-lama jadi 'kesayangan'. Sedangkan pantai pun berubah, inikan pula hati manusia...eceh! So pandai-pandai laa korang adjust..

Apa pun, tak kisah laa korang kena friendzoned sebab korang tak perfect..kena reject sebab perangai korang yang kurang menarik, sekurang-kurangnya korang berani confess perasaan korang...dan paling penting korang jadi diri sendiri. Pada aku itu lebih baik daripada berpura-pura semata-mata kononnya nak impress orang lain..memula jer tunjuk perangai baik, dah declare baru nak tunjuk perangai busuk..lepas tu bila dah tak sehaluan, start gaduh lalu clash...Haihh...no wonder laa kenapa ramai PLU lagi-lagi yang single, available dan hot takut nak bercinta. Sudahnya yang single terus single, yang suka beromen makin puas beromen...ekekekeke

We fear rejection, want attention, crave affection
and dream of perfection

35 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

  2. Hurmm make friendzone sbb not into relationship sbb not ready tuk di sakiti lg heheheh well plu mana pernah setia 99.9% akn curang .. N kalau make friend zone ngam exs itu kira friend zone ka stupid?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Make friends dengan ex tu bukan friend zone..tu mencari nahas namanya..last2 sendiri sakit hati..huhuhu

      Delete
  3. Konsep nya dalam hidup lagi banyak berterus terang lagi banyak peluang untuk menikmati kasih sayang. Kalau kena friendzone 9 kali tetapi untuk kali ke 10, dapat soulmate, true bagai .. worth it kan. Kehkeh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beriya nak bercinta tapi takut nak luahkan perasaan, baik tak payah bercinta. Dah melepas baru tahu menyesal. ekekekeke

      Delete
  4. mamat xpernah lg la kene friendzone ni...alhamdulillah..mujur ada pamoga,,,
    tapi mamat yg mengfriendzonekan orang ada la..

    1st case- nickname die name jepun..xigt dah ape name..tp die dok kat shah alam la..
    he knows yg aku ni dah dah beristeri dan bersuami..so, aku mmg x xpect die akan crush dkt aku...sbb banyak bende aku share dgn die..so mmg jadi cm kawan yang sgt rapat ( walopon jarang jumpa)...last time aku jupa dia..masa tu la dia confess...and d best part is..die ckp..xkan ko xde perasaan kat aku? and I said NO....die tanye lagi..xde sket pon?again I said NO...
    Mamat : ko kan dah tahu aku ni kiri dah berpunya...kanan pon dah berpunya...
    nickname jepun : tapi cara ko tu buat aku suke kat ko..and bagi aku harapan...
    Mamat : huh! harapan? aku xpernah ckp pon aku suke ko...and cara aku? mmg la aku care kat ko..but as a FRIEND..and nothing more than that...
    Nickname Jepun : xpe la..aku tao aku ni x ensem...sape la nk kat aku
    Mamat : look...pls jgn ckp cmtu...kan dari awal2 aku dah ckp,,we r just friend...and ko pon ckp mestila kita kawan je..xkan la aku nk kat orang yang dah ade wife pastu ada Boyfriend lagi...Memang xla,,,
    Nickname jepun terus pergi cmtu je....and tulah kali terakhir aku jumpa dia..lost contact trus..pity him...he is such a good man...untong sape dpt die..
    actually banyak kali dah mamat mengfriendzonekan org ni...and trust me..not something that I am proud of...
    for sure...mamat mengfriendzonekan tu bkn sbb xensem ke,,,xkaya ke...tapi sbb cinta tu kan xboleh dipaksa...and segatal and seteruk2 mamat ni...walaopon xsetia pada yang satu...mamat setia pada yg dua...not so bad la kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik lah tak ade aper2 hubungan...kalo tak nyanyi lagu Madu tiga lah jawabnyer...kekeke...;-P

      Delete
    2. Untung laa Mamat hot stuff..pompuan laki semua nak kat dia...ekekekeke..Orang yang pernah kena reject jer tahu macam mana sakitnya perasaan tu..so tak hairan laa kenapa that guy bawa diri..hehehe

      Delete
    3. hot stuff la sgt kamen oii..masalahnye..kalau yg kite taste tu..xde nk taste kat kite...tp yg kite xtaste tu la yg dtg nk kapel bagai...rencah dunia...

      Delete
    4. Memang tak laa Mamat nak berselera dekat yang tak taste tu...friend zone terus...ekekekeke

      Delete
  5. kita cuma ada kawan-kawan plu hanya didunia maya sahaja, dunia realiti semuanya lurus-lurus. hahahahahaha..

    ReplyDelete
  6. wah tetiba macam tgh baca guidelines dlm relationship untuk PLU. Sebagai PLU yg acah2 newbie, post ni sgt membantu ahaks

    hmm setakat ni x pernah lagi memfriendzone lelaki sbb tak ada, diulang tak ada sesiapa pun mengconfess feeling kat Talhah haha, sebab Talhah ni masih dalam almari mmg tak ada la org nak confess2 ni kan haha

    tp friendzone perempuan tu byk la jugak pengalamannya. Jahat betul, tapi untuk kebaikan kedua2 pihak baik aku friendzone kan je deorg, senang deorg move on dan cari lelaki yg lebih baik huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Well..ko muda lagi, lambat laun ko akan alami jugak situasi tu. So, simpan entry ni elok2 sebagai rujukan...hahahaha

      Delete
  7. Tak pernah di frenzone oleh lelaki tapi pernah di frenzone oleh perempuan...sedihnya sobs sobs

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pernah kena friendzone oleh perempuan, tak rasa apa pun...kenapa yer? ekekekekek

      Delete
  8. Ak pernah kena friendzoned by laki mahupun perempuan. dgn laki tu, we used to be bff and actually at first dia suka ak and nak jadikan ak as bf. but baru juma 2x mmg tak la ak nak terima. ak tak reject, just minta bagi masa. after 3 months ak dah mula okay dgn dia, selsea and mula sayang dia. dah mula panggil bae, sayang, i love you bagai. and now dah hampir setahun. ak anggap dia as bff and bf at same time sbb dia mmg baik yg amat dgn ak and mentioned a few tim that im his partner. on 1/12 ak confess (to declare officially)and dia ckp actually dah tawar hati bila ak tak terima dia mula2 kenal dlu. now dia anggap ak lebih dr bff but not bf. fakk sedih sangat rasa. agak meroyan jugak la ak but cuba control diri. buat mcm biasa, like we used to do. and last day jumpa he said that he love me. and im be like very confused. should i try harder to get him or move on (and stay in for sure)?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dude, if you love him so much then fight for it ! Win his heart back !!
      Don't just putus asa. At least u need to do something. Show some efforts and etc ! YOU CAN DO THIS ! CHaiyokkk !

      Delete
    2. amboi dominic...Dato fadzilah kamsah sgt..haha

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
    4. Amir raser kalau die dah confess and you pun dah pernah confess...what are your waiting for lagi...let's declare it to be official...k...

      Delete
    5. Banyak sangat main tarik tali..macam tu laa jadinya..huhuhu

      Pada aku, kalau Rassiya Sayuza masih ada perasaan cinta dekat mamat tu, teruskan jer laa bercinta...yang penting dua2 ikhlas, pasti bahagia...hehehe

      Delete
    6. haha tu lah Kamen, banyak sngt drama awl2 dlu. takpe la, im working on it. im trying harder. tapi kalau dah dpt ak buat mcm mana kan. but so far, kami still mcm dlu, mcm sebelum ak confess dkt dia. still his bae wlpn bukan bf. boleh ke cmtu? haha. btw thanks alles!

      Delete
    7. Btw im Rassiya, dah tukar nama yg proper sket haha. minta tolong sikit boleh tak? bagi tips skit untuk tawan hati si bae bailk? thaks gais :D

      Delete
    8. En Afeeq...my tips are simple...just be yourself...and if he likes you...he will come to you...tak perlu lah nak propa semata-mata nak tawan hati si dia tu...

      Delete
    9. Afeeq Lee : susah2 sangat pass kat aku jer laa...hahahaha..kidding! Tak perlu susah hati pasal status, bf or bff sama jer..as long dia sentiasa ada disisi ko tu dah cukup bagus.

      Amir : Pandai laa Amir ni..satu like untuk tips tu, nak shiom tak bleh, nanti ada yang marah...wakakakakakaka..larikkkk

      Delete
  9. Tambah one more point :


    Tak taste.

    lol

    Kalau dah kalau dah rupa helok terletak kadar untuk difriendzone itu sangatlah rendah.

    Pengalaman aku kena friendzone jap nak ingat
    .
    .
    .
    .
    .

    Tak pernah kena friendzone dengan perempuan. Obviously sebab aku tak pernah ngorat gadis-gadis.

    Kalau dengan lelaki pula aku rasa ada a few times kot. Jap siapa je. Okey ingat dah. HAHAHA damn tragis jugak sebelum aku ketemu Dario.

    Apa yang aku buat bila kena friendzone ?

    1) Bertabahlah nakk. Well at least aku dan dia masih berkawan walaupun dalam hati ini meronta-ronta untuk disayangi dan dibelai lebih daripada seorang kawan.

    2) Husnuzon. Mungkin ada yang lebih baik di luar sana. Siapa tahu pacar kamu mungkin lagi di bangku sekolahan dong mas.

    3) Look at the bright side. At least masih dpt kawan dgn dia and terus menyemai cinta sendirian. In other word kau tepuk sebelah tangan.

    4) Meroyan. Well this kind of therapy is so good. HAHAHA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai..no wonder laa Dario sayang...ekekeke..baik sangat budak Dom ni! Dah habis meroyan baru boleh kawan balik...ekekekeke

      Delete
  10. "PLU ni boleh jadi kawan ke?"


    Regarding of this question,

    Okey being gay tak semestinya kau takleh buat kawan dengan kaum sendiri. Some people might think nak fun sentiasa but bare in mind, friendship is another thing.

    Okey abaikan ayat berbelit tu. Senang citer boleh je berkawan. Aku sendiri ada member gay and bi lain. Bila ada kawan yang sama jenis macam diri kita ni bukan apa, at least diorang faham apa yang kita hadap. Some heteros bukannya paham sangat. Terdesak apa ka boleh juga minta tolong kat member gay lain. Haa camtuhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak taste boleh laa jadi kawan, cuba kalau taste...silap2 Dario merajuk...ekekekeke...larikkkk

      Delete
  11. Amir pernah diletakkan dalam friendzone...dan pernah gak meng'friendzone'kan orang lain...Tapi punca utama Amir meng'friendzone'kan orang lain adalah maser tu Amir tengah ader relationship dengan seseorang...gaytuh...hahahaha...;-P

    Whatever pun, bagi Amir meletakkan seseorang tu dalam Friendzone tu bukanlah sesuatu yang buruk dan teruk (unless kalau orang yang diletakkan dalam Friendzone tu anggap buruk)...coz you know what...kita mesti rasa berbangga dengan orang yang meletakkan kita dalam friendzone tu coz die still anggap kita kawan and tak buang diri kita ke tepi ajer and memandang kita macam tak wujud...and lebih teruk dier hina and block kita dari hidup dier terus...rite..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masing2 ada cara nak handle situasi ni, ada yang suka ada yang tak, ada yang boleh terima ada yang tak...so tepuk dada tanya hati..hehehe

      Delete
  12. dulu pernah confess kat someone, and I was friendzoned by the person. aku ok je kalau just friend je pun, tp that person tetiba putuskan semua hubungan dengan aku. hmmmmm so sad

    hi bro kamen, I'm fath :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi fath..terus teringat kat Fattah Amin...hahahahaha

      Dah laa cinta kena reject, nak berkawan pun kena reject..alahai. Takpe laa fath, ramai lagi kumbang menanti..hehehe

      Delete