Thursday 2 February 2017

CONFESSION

Aku : Ibu...
Ibu : emm?
Aku : Kamen...gay

Ibu hanya memandang aku tanpa berkata apa-apa. Wajah ibu tenang seperti biasa. Sedangkan seluruh tubuhku masih menggigil..petanda perasaan gementar masih menguasai diri..menanti sebarang kemungkinan yang bakal terjadi. Aku hanya tertunduk..aku tidak mampu menatap wajah ibu..namun aku tahu ibu masih memerhatikan aku. Lalu, ibu memegang erat kedua bahuku. Aku tersentak..lantas memerhatikan wajah ibu. Ibu hanya tersenyum sambil berkata...

"Kamen tetap anak ibu"

Berangan jer laa kau Kamen! silap-silap kena pelempang dua das..lalu koma di tempat kejadian...ekekekeke. Well, cerita tadi hanya rekaan dan khayalan seorang jejaka gay bernama Kamen Shinobi...konon nak coming out depan orang tua.

Well, rasanya mostly lelaki gay yang masih in-closet dalam dunia ni ada keinginan untuk confess atau dalam kata lain coming out dekat orang-orang terdekat..misalnya ibu bapa, adik beradik ataupun kawan. Tapi proses nak coming out ni bukannya senang lagi-lagi nak confess dekat family sendiri. Yer laa, nak mengaku suka..bernafsu dekat jantan depan mak bapak..macam-macam boleh jadi. Kalau tak kena halau dari rumah..kena bakar hidup-hidup...ekekeke. Sedangkan mat salleh yang dah urban dan open minded tu pun susah nak terima kalau anak mengaku gay, inikan pula dekat Malaysia ni. Penat didik anak dari kecik sampai dah berbulu, pasang harapan nak tengok anak berumah tangga, nak ada cucu cicit..hujung-hujung apa pun takde.....sebab anak gay, suka jantan..hehehe

Ada ketika aku berangan nak coming out dekat family aku...well, angan-angan jer laa..nak buat betul-betul tu mustahil rasanya..tapi keinginan tu ada, tapi tak kut..ahhh! banyak betul laa alasan. Giler apa nak confess?! Yer laa, parents aku masuk dalam kategori baby boomers, so pemikiran pun agak konservatif..well, lelaki untuk perempuan, perempuan untuk lelaki...full stop...takde diskaun, takde simpang-simpang..straight to the point! Kadang-kadang tu bila keluar cerita pasal benda-benda yang diluar norma sekalipun, family aku dah mencebik..tanda tak suka, protes, benci...apatah lagi nak sentuh soal dunia LGBT ni...lelaki bernafsu dekat lelaki, pasangan sejenis etc.. memang tak tercapai dek akal diaorang...huhuhu

Nak coming out ni ada macam-macam cara. Ada yang cakap direct, ada yang tulis surat, ada yang hantar mesej dalam wasap, ada yang bagi hint, ada yang up status dalam sosmed etc. Tapi kalau diberi pilihan, dan diberikan kekuatan...rasanya aku pilih cakap direct je...straight to the point. Kalau boleh aku tak nak laa family aku tahu dari mulut orang lain..tak pun kantoi dari blog ni..hahaha. Well..nak coming out ada macam-macam cara, kantoi pun ada macam-macam cara jugak. So kalau korang masih in-closet..hati-hati..korang mungkin sedang diperhatikan..hehehe

Well..kalau reaksi family aku positif, rasanya takde apa lagi yang perlu aku risaukan. Mungkin masa tu aku dah rasa lega..seolah batu yang teramat berat yang selama ni aku tanggung sorang-sorang dah terlepas dari bahu aku..family siap tanya "Dah ada boyfriend ke?"...eceh! hahaha! Tapi kalau reaksi family aku negatif..rasanya aku nak bawa diri jauh dari family aku...mungkin merantau dan menetap kat luar negara. Tapi yang pasti area yang aku nak pindah tu mesti laa LGBT friendly. Sekarang kan dah banyak bandar yang LGBT friendly..tinggal pilih jer. Bukan sebab malu, tapi aku anggap pindah ke tempat baru tu seolah kelahiran semula..eceh...well, untuk memulakan kehidupan baru. Dikelilingi orang-orang yang at least faham situasi aku...tanpa prejudis, tanpa rasa jijik, benci etc. So duduk dalam area yang LGBT friendly takde laa rasa sunyi. Walau jauh dari keluarga, kurang-kurang dapat geng sekepala..untung-untung dapat boyfriend caucasian, takpun latino, takpun african...hahaha! Berangan jer laa kau Kamen...

Nak coming out ni bukan kerja mudah..seolah memilih antara nak hidup atau nak mati...lagi-lagi bila nak coming out dekat family sendiri. Yer laa, kalau family boleh terima...selamat laa..tapi kalau sebaliknya..mampus! Silap langkah ada yang bermasam muka..mak bapak tak mengaku anak, adik-beradik tak bertegur sapa..adeh! Pada aku, hanya orang-orang yang berani mati jer mampu nak coming out. Untuk orang-orang macam aku, macam korang..yang masih in-closet..yang lahir dan dibesarkan dalam persekitaran yang konservatif macam dekat Malaysia ni, coming out bukan laa satu pilihan...atau mungkin kita semua memang dah takde pilihan..melainkan duduk dalam almari sampai bila-bila...

Aku : Ibu..
Ibu : emm?
Aku : Kamen...gay
Ibu : Gay tu apa?
Aku : Gay tu....errr...happy.
Ibu : Ha? Kamen nak kawen ke?


It's funny how everybody considers honesty a virtue, 
yet no one wants to hear the truth. 

22 comments:

  1. Aku selalu imagine nak come out to my mom. But usually imaginasi itu akan bawa aku kepada scene mak menangis salahkan diri sendiri sebab anak dia gay dan aku dihalau dari rumah. Dramatik much. So aku rasa belum tiba masa nak come out lagi. Tapi orang kata naluri ibu ni kuat. Dia mungkin boleh detect.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu wak, naluri ibu tu lain macam sikit. So kena pandai cover lebih sikit, kalau tak memang tahu.

      Delete
    2. Dom : So study elok2..bila dah keje beli rumah..kalau kena halau pun at least ada rumah sendiri...hehehe

      Carl : cakap pasal naluri ibu, tetiba aku rasa cuak semacam..huhuhu

      Delete
  2. hm mmg mustahil lah aku nak come out kat family, tapi kan my mom selalu cakap
    "Mak rasa Talhah tak kahwin" what apakah maksud itu wahai ibuku, adakah ibu sudah ketahuan? hihi :p

    ReplyDelete
  3. Ingatkan betul-betul lah terjadi. Bukan senang nak come out pada family pasal ni, nak tunjuk result exam pun dah kecut perut ini kan pulak nak cakap pasal benda ni. Tapi kan Carl dah bagi hint sikit kat family yang mungkin Carl dani ni tak akan berkahwin..Nasib baik jadi anak bongsu, sentiasa awet muda dan ahli keluarga dan kerabat still panggil adik walaupun dah tua...ahahahhahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua pun berharap kesudahan yang baik2..tapi better safe than sorry, so stay in the closet jer laa...huhuhu

      Aku pun anak bongsu jugak, tapi semua cakap aku nampak matang...caner tu? ekekekeke

      Delete
  4. Kamen, honestly bagi aku, kalau aku jadi mak kau, aku akan terima tanpa prejudis. Walaupun apa yang kau mahu dan kondisi perasaan kau, kau tetap darah daging aku (Ni kalau la aku mak kau, tp bukan haha).

    Sebab?

    Sebabnya, bila kau anak aku, sudah tentu aku dah bergadai nyawa lahirkan kau, mana mungkin aku nak buang kau gitu je semata kau lari dari norma. Sekarang aku bercakap dari sudut pandang seorang ibu, bukan seorang effendi. Bagi aku, kalau aku ibu kau, aku akan terima dan aku akan jadi pendengar setia kau. Bagi aku kan kamen, tak salah untuk ada perasaan pada sesama jenis. Kasih sayang tu kan normal, ia sesuatu yang suci. Cuma aku tak setuju dengan aktiviti seksual sahaja. Jangan marah aku. Ni pendapat je, tak semestinya pendapat aku ni selari dengan pendapat kau. Anyway, i love you kamen! Tetibe ☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestnya dapat ibu macam Keris Pusaka. Tapi apa pun, aku tetap sayang ibu lagi...ekekekeke

      Delete
  5. link kt bwh ni citer psl ak time parents dpt tau ak plu:-

    http://warkah-kembara.blogspot.my/2016/06/demi-sebuah-kenyataan.html

    ReplyDelete
  6. Bab Coming out of the closet nie escpecially kat family kita...bagi Amir untuk masyarakat Timur kita....sangat lah tak bersesuaian...

    Well, to put this metter first...we are not western...kita bukannya sebuah masyarakat yang membolehkan segalanya...dan menerima segalanya...

    Tapi sebenarnyer dalam masa yang sama...kita tak nak menipu diri kita...kita tak nak menipu family kita terutama mak kita...

    So conclusion nya bagi Amir...just keep it to our self....berdiam itu lebih baik jika coming out of the closet itu memudaratkan...if you know what I mean....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat mana2 pun sama je Amir...jarang ada parents yang boleh terima bulat2 kalau anak mengaku gay..dekat mulut cakap 'it's okay'..tapi dalam hati siapa tahu...huhuhu

      Delete
  7. Replies
    1. Tak payah nak rahsia sangat laa Shin! ekekeke

      Delete
  8. aku rasa, betul lah. seorang ibu itu akan menerima apa pun kejadian anaknya. kalau pun dia menolak kau, dia cuma perlukan masa untuk terima kenyataann. Kemudian, segalanya akan jadi biasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seorang anak yang baik takkan sesekali 'menghampakan' orang tuanya...eceh! Kalau ye pun boleh terima, part nak buat tu yang paling susah. Tu belum masuk drama yang bakal terjadi..so baik sorok sorang2 dulu.

      Delete
  9. Jom bro ikut aku pergi oversea nanti. My girl bff nak pergi oversea jugak nanti, nak stick together dengan gf dia. Bro, aku doakan kau berjaya kalau kau nak confess. My girl bff ni pun tak confess2 sebab dia takut family dia kecam and mungkin macam yang kau cakap dekat entry atas tu. Fighting!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak confess memang tak laa! Tapi kalau nak travel oversea, aku suka..lagi-lagi kalau sponsored! hahaha

      Delete
  10. Jom bro ikut aku pergi oversea nanti. My girl bff nak pergi oversea jugak nanti, nak stick together dengan gf dia. Bro, aku doakan kau berjaya kalau kau nak confess. My girl bff ni pun tak confess2 sebab dia takut family dia kecam and mungkin macam yang kau cakap dekat entry atas tu. Fighting!

    ReplyDelete
  11. Haha Hi.. pernah jugak terfikir mcm ni, nak bagi tahu dah ada laki, sangat bahagia nak kenalkan dengan family supaya tak perlu sorok2 or nk kena menipu kalau berjumpa kan.. tp dulu pernah confess kat mak hisap rokok kena tepuk kat peha, kalau confess gay mesti kena sumpah ni. Hahahahaaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni mesti selalu menipu nak jumpa kesayangan..repot mak! ekekeke

      Delete