Saturday, 15 July 2017

ANONYMOUS

pergh ilmu pasal gay penuh di dada korang ni..mcm setan..ilmu pasal malaikat maut ke..alam barzakh ke korg tau tak..ce share sikit bab kematian..
apa2 pun klau aku jumpa geng2 gay ni, konpom aku lyn mcm sampah je..xde rasa malu langsung korg ni.sama mcm sampah.
lumrah dijadikan lelaki ntk prempuan prempuan ntk llaki..yg korg nk jadi xnormal ni apehal ha setan..xtakut masuk kubur ke..geram btul aku nengok korg ni, nk kena bagi flying kick free baru jd normal balik korg ni - anonymous


*****

Well..itu antara komen yang baru-baru ni ditinggalkan dalam entry GAY VS PLU...entry yang mencatat hit paling tinggi dalam blog aku...eceh! Thanks to Mr Dominic Unknown yang inform aku pasal benda ni..kalau tak sampai raya haji aku tak perasan ada orang tengah meroyan dalam blog aku..ekekeke. Sebagai tanda terima kasih, nanti redeem beras kat kaunter khidmat pelanggan Tesco yang berhampiran yer Dom! ekekeke

Masa memula aku start blog ni, aku memang dah menjangkakan perkara sebegini akan berlaku..well, komen-komen negatif dari haters dan homophobes. Al maklum la, aku mostly bercerita pasal kehidupan peribadi aku sebagai seorang lelaki gay. Nak tak nak isi dalam blog aku kebanyakkannya menjurus kepada hal-hal LGBT...yang bukan semua orang boleh faham dan sememangnya sangat susah untuk diterima. Kalau dulu aku boleh la relax sebab komen-komen dari 'anonymous' memang takkan masuk..kiranya followers je boleh tinggalkan jejak..so senang sikit nak monitor siapa yang berani nak nakal-nakal dengan aku..hehe. Sampai la ada silent reader merayu..kononnya teringin nak tinggalkan komen, tapi malas nak register account...alahai, mengada sungguh! ekekeke.. So nak tak nak aku terpaksa buka pintu blog ni seluas-luasnya..dan secara tak langsung bagi peluang luas kat haters dan  homophobes serang aku. Well, takpe la...demi peminat, Kamen Shinobi sanggup hadap semua itu...berangan ada peminat..geli!. Lagipun, kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya...mana la tahu tetiba terjumpa jodoh dalam ruang komen...eceh!

Sejujurnya aku tak kisah sangat pun kalau ada atau tak yang nak tinggalkan komen. Nak bagi pendapat, nak kutuk, nak kritik..nak mengorat pun boleh! hahaha! Blog ni sentiasa terbuka untuk sesiapa sahaja...so terpulang..nak tinggalkan jejak atau jadi silent reader je. Aku sangat menghargai budi baik korang yang sanggup meluangkan masa membaca nukilan dalam blog picisan ini.

Rasanya dah berkali-kali aku katakan, blog ni aku cipta sebagai medium untuk aku bercerita sisi hidup aku sebagai sorang lelaki gay...yang rasanya in real life orang sekeliling aku takkan sesekali boleh terima. Cuma aku tak faham dengan sikap segelintir pembaca lagi-lagi yang berselindung disebalik nick 'anonymous' ni..walaupun benci tahap maksima, tapi tetap nak singgah, baca blog 'sampah' macam blog aku ni...dan yang paling kelakar siap meroyan seolah aku dah mencabul kehormatan beliau..huhu. Kalau berani sangat kenapa tak letak nama penuh..kalau boleh letak gambar sekali..takut kantoi baca blog gay ler tu! muahahaha.. Aku sebenarnya malas nak ambil pusing dengan komen-komen berunsur provokasi sebegini. Segala komen atau kritikan membina akan aku ambil sebagai iktibar, yang tak penting aku pandang sebelah mata je...because haters gonna hate...tu kata Taylor Swift..hehe. Kenal pun tak, jumpa apatah lagi..siapa mereka yang juga manusia biasa seperti aku nak tentukan hidup mati, dosa pahala, syurga neraka orang lain? huhu.. Kata la apa saja, semua tu takkan sesekali mematahkan semangat aku untuk terus berkarya. Blog ni tetap akan bernyawa selagi tuan empunya diberikan nafas dan idea untuk menulis.

Apa pun, again..thanks to Mr. Dominic Unknown..beras jangan lupa! ekekeke. Dan untuk anonymous, haters dan homophobes sekalian, terima kasih juga sebab sudi singgah, tinggalkan jejak dan bagi aku idea nak buat post dalam blog 'sampah' ni...kalau tak, hambar serupa gurun pasir je blog ni tanpa entry baru...ekekeke. Kalau terjumpa mana-mana gay tak payah nak tunjuk samseng sangat...kitaorang pun manusia biasa jugak..beza naluri je..bukan lipas atau nyamuk yang boleh dipijak dipukul sesuka hati. Nak flying kick sekalipun takkan mampu mengubah hakikat yang kitaorang hanya attracted dekat lelaki..dah hal tu takkan berubah selagi nafsu dan hati ni tak dipalingkan supaya menyukai dan mencintai kaum hawa dengan ikhlas dan sepenuh hati...zahir mahupun batin. Doakan yang baik-baik je dah cukup. Spread love, not hate..stop child abuse...ekekeke

Don't judge my path if you haven't walk my journey

10 comments:

  1. Kahkahkah! Tetibe stop child abuse. Hahaha. Anyway, betul kata BangKamen. Puak2 straight yang meroyan tu rasanya dorang tu kurang kasih sayang kut. Nak stress tetibe. Kita tak kacau hidup dia pun. Haha.

    But Penji personally da beberapa kali come out kt kawan2 Penji yg straight. And alhamdulillah dorang masih boleh terima Penji. (but after diterangkan secara mendalam la. Haha).

    Kita pun takleh nak blame dorang sgt. Dorang jadi ignorant camtu pun sebab dorang tak faham kn? So agaknya kita kena buat kursus or ceramah kut utk orang2 straight ni diberi penerangan pasal hakikat org2 yg ditakdirkan utk jd gay/bi/les ni.

    P/s: baru tahu BangKamen ada share bisnes beras dgn Tesco. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus la muda-muda dah diberi kekuatan untuk coming out..aku mampu confess depan cermin je..memang tak la nak confess kat kawan2 straight! huhu

      Alaa..biasa laa skandal dengan tauke beras....errr...hahahah :kidding:

      Delete
  2. Patutla tersedak. Ada orang mention nama kiter rupanya.

    Ala beras je ke ? Ingatkan dapat tiket exclusive dinner date dengan Kamen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah dapat beras apa lagi..masak la nasi. Bukan setakat dinner date, kenduri pun boleh..ekekeke

      Delete
  3. I like this rebellious straight..klu betul straight laa.
    Lagi mencabar lagi Nu'man suka. Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amek la anon tu...aku tak nak pun, tak minat kaki pukul...wakakaka

      Delete
  4. Hahaha baru jumpaaaa laa blog ni best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf anon takde duit kecik...ekekeke..Gurau2 je

      Yeke best? Thanks sudi singgah

      Delete
  5. Straigth people...hurm...abaikan jer lah kamen...komen tersebut menunjukkan yang die bodoh sombong...sebab bagi Amir...tak salah nak nasihat...Amir terima jer...tapi nak nasihat mesti ader adab...nie sikit2 nak guna kekerasan...aper die ingat flying kick die jer yg ader...buku lima kita takde ker?! Kekeke...jangan ingat semua gay nie lembik lemah gemalai yer...abg sado yg gay ramai tau...

    PS : pada yg str8 kat luar tu...bagilah nasihat dan doakan lah yg terbaik buat kami...moga2 Allah turn hari kami...tapi jgn lah menghina dan mengancam...sebab anak ko besok belum tentu yang laki jadik laki and yg pompuan jadik pompuan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa...biasa la tu Amir..keyboard warrior ada di mana-mana..layankan je, kadang-kadang boleh jadi hiburan dikala sunyi...ekekeke

      Delete