Friday 12 December 2014

LAMAN SOSIAL DAN APP PLU

Kau gay..kau mesti kenal apa tu Grindr,Manjam,PlanetRomeo. Dekat Malaysia ni rasanya web atau app plu aje sumber utama plu nak meet up dengan plu lain. Macam dekat tempat aku,mana ada gay club atau gay bar. Kalau ada pun aku fikir dua tiga kali nak masuk. Tempat lain macam area KL..aku rasa ada aje tempat plu-plu berkumpul.

Aku buat entry ni bukan nak menggalakan korang join site dan app yang bakal aku review. Apa yang aku cuba sampaikan hanya sekadar pandangan aku sebagai seorang pengguna dan sedikit pengalaman aku lepas join social site untuk plu. Join atau tak...terpulang. Apa yang jadi lepas tu pun bukan tanggungjawab aku.



1. BiggerCity/BC


Biggercity/BC

Aku tak ingat macam mana aku boleh terjumpa website ni. Tapi apa yang aku ingat sebelum aku jumpa site ni, aku agak meminati lelaki yang sedikit berisi,tapi bukan dalam kategori obese. Chubby sikit aku suka. Aku join site ni dalam tahun 2009. Biggercity ni tempat khas chubby/bear/chaser cari pasangan.

Chaser bermaksud lelaki yang sukakan lelaki berbadan besar atau gemuk. Biasanya chaser ni bukan dalam kategori gemuk. Kalau dah masuk kategori gemuk..tu dah boleh dipanggil chubby atau chub. Kalau badan besar banyak bulu,itu dah masuk kategori 'bear'.

Few term yang aku belajar bila aku join site ni,antaranya "chubby looking for chaser","chaser looking for chub". Ada jugak chubby yang minat chubby..itu dipanggil "chub for chub"..so chaser takde peluang nak try.

Aku pernah cerita dalam entry sebelum ni aku terjumpa chat buddy dari US. Yer..aku kenal mamat tu melalui BC dan dia seorang 'chub'. Dan dia orang pertama yang tahu aku gay!

Tak banyak benda menarik dalam BC. Kalau korang peminat chubby atau bear,boleh laa cuci mata. Antara kelemahan ketara BC, tak ramai local user. Mungkin tak ramai yang tahu pasal BC. Lagipun chubby tak ramai peminat.



2. PlanetRomeo/PR


Logo lama(kiri),Logo baru(kanan)

Website biru. Seseorang yang aku kenali melalui BC yang kenalkan aku pada PlanetRomeo ni. Aku join PR tahun 2012. Banyak yang aku belajar sejak aku start ber-PR. Kebanyakkan plu yang dah meet up dengan aku..aku kenal melalui website PR.

Masa mula-mula join PR aku sedikit terkejut dan teruja.Tak sangka pulak tempat aku ramai plu..yang aku kenal in-real life pun ada..hahaha..pecah lubang! Tahun pertama dan kedua aku agak aktif..boleh dikatakan aku online hampir setiap hari. Tapi sejak kebelakangkan ni aku dah jarang online..kadang-kadang sebulan sekali tu pun sebab nak check mesej. Biasanya time boring sambil-sambil menunggu mesej baru masuk..aku baca balik conversation lama.

Bagi aku PR antara site/app plu yang paling sempurna dari segi features. Cuma aku harap ada function video chat macam BiggerCity.

Majoriti dalam PR ni nak sex aje. Jarang sekali aku jumpa yang nak kenal sebab nak buat kawan-kawan. Bila meet-up..pandai pulak dia tukar tujuan..dari nak berkawan kepada nak mengawan..dah banyak kali aku terkena. Satu benda yang aku tak suka pasal PR..banyak fake profile, tak pun satu orang ada multiple profile berbeza. Chances untuk ditipu sangat tinggi. Sebab tu aku rasa lagi bagus kalau ada fungsi video chat.



3. Manjam



Lebih kurang macam PlanetRomeo tapi user Manjam tak seramai PR. Biasanya kalau aku online PR aku akan online sekali Manjam ni. Aku tak pernah jumpa mana-mana user dalam Manjam sebab user Manjam ni kebanyakkannya muka dan orang yang sama dalam PR.


Manjam

Feature yang aku paling tak suka dalam Manjam, limited messages dan tak boleh save message. Aku tak kisah sangat limited message sebab aku jarang mesej orang tapi pasal mesej didelete lepas beberapa hari..tu yang aku tak boleh terima since aku kadang-kadang suka baca balik mesej lama. Lagi satu senang aku nak track balik siapa yang dah mesej aku.



4. OKcupid/OKC


Antara dating site/app kegemaran aku. OKC ada dalam versi web dan mobile app jadi senang kalau aku nak online dalam komputer atau dalam smartphone. Aku rasa OKC lebih sesuai untuk orang-orang macam aku yang nak cari kenalan selain untuk sex. User OKC ni lebih serius berbanding PlanetRomeo atau Biggercity.

OKC ni sebenarnya untuk semua orientasi...straight,gay,lesbian..bahaya sikit untuk closeted plu. Tapi jangan risau..OKC sediakan privacy option untuk gay user..jadi kakak kerani takkan jumpa profile korang kalau dia tengah mencari calon suami dalam OKC.






Satu kekuatan OKC yang aku suka..OKC bagi pilihan dekat user untuk letak discription ringkas tentang diri sendiri,hobi,pekerjaan etc..lebih kurang macam pengenalan diri. Sebab tu aku kata user OKC lebih serius nak cari pasangan. Lagi satu OKC ada feature Matches..tapi kena jawab beberapa soalan yang bagi aku sangat menarik. Lepas jawab soalan-soalan tu,OKC automatically padankan profile korang dengan user lain berdasarkan soalan kaji selidik tadi.

Tapi ada satu feature yang aku tak suka dan sangat annoying pada aku. User OKC tidak dibenarkan set gambar profile selain gambar muka..maknanya korang wajib tunjuk muka. Gambar pokok,ayam,Naruto,tangan,close up mata biasanya akan di delete. Aku nampak kelebihan untuk plu yang sudah 'out'..tapi macamana pulak kes lelaki discreet macam aku?



5. Grindr

Gay App yang paling singkat jangka hayatnya dalam telefon aku. Aku tak pernah jumpa mana-mana plu dalam Grindr sebab kebanyakkan user dalam Grindr aku dah pernah nampak dalam PR.



Tak macam PR dan Manjam,Grindr biasanya akan cari user lain mengikut radius kawasan. Misalnya kalau korang online dalam shopping mall,Grindr akan tunjuk user Grindr yang ada di sekitar shopping mall tu. Pengalaman aku sendiri..aku pernah chatting dengan user Grindr yang tinggal dalam kawasan perumahan aku..sekadar chat kosong aje..tapi tak pernah jumpa.

Tak banyak yang aku boleh ceritakan pasal Grindr sebab aku pakai app ni tak lama. Apa yang aku ingat lepas 7 hari,function app ni jadi sangat limited. Dalam satu hari hanya boleh view beberapa profile aje..lepas tu kena block. Notification mesej baru pun tak dapat..lepas buka Grindr baru dapat alert mesej baru walaupun mesej tu sebenarnya dihantar seminggu lepas.



6. Growlr 


App khusus untuk 'bear' dan peminat 'bear'. App ni lebih kurang macam Grindr tapi tak banyak limitation. Berbeza dengan Grindr,Growlr ada fungsi untuk cari user mengikut negeri atau negara yang diingini. Jadi tak laa bosan asyik keluar muka sama. Aku rasa fungsi ni mungkin berguna bagi yang suka travel untuk cari kawan atau one night stand sex partner.


Apa yang aku suka tentang Growlr..aku boleh cuci mata sebab aku personally peminat 'bear'. Aku sedar dalam app ni banyak fake profile tapi aku tak kisah sangat..yang penting boleh layan macam-macam gambar beruang..aumm! Lagi satu, feature last online dalam setiap profile..senang sikit aku nak track sama ada user tu masih aktif atau tidak.

Kelemahan pulak, aku tak tahu sama ada masalah telefon atau app. Kadang-kadang mesej delay,tak pun dapat notification mesej baru masuk tapi bila aku nak baca tak ada pulak..dan app ni selalu crash. Grrr...


Lagi satu dekat tempat aku ramai user non-Malay..tempat lain aku tak tahu macam mana. Jangan salah faham..aku bukan racist. Ada jugak few chinese yang ajak aku lepak tapi sejujurnya aku kurang selesa keluar lepak dengan PLU bukan Melayu..especially pure chinese..aku just risau pasal bahasa dan komunikasi. Aku tak reti bahasa cina..kadang-kadang mamat cina yang mesej aku pun bahasa melayu diaorang fail...macam mana nak berborak kalau meet-up nanti?


.................
 

Setakat ni itu aje gay app dan web plu yang aku dah dan tengah pakai sekarang. Sebenarnya ada banyak lagi gay app/website gay.. tapi aku belum pernah try lagi..contohnya macam Bender, Jack'd, Scruff, BoyAhoy etc.

Untuk pengetahuan, aku join gay app ni semua sebab aku nak tambah kenalan PLU..bukan mencari sex. Macam aku bagitahu sebelum ni,tempat aku mana ada gay club. App dan website ni aje sumber aku nak bersosial dengan plu-plu yang ada disekitar area aku. Nak cari PLU in real life, ilmu gaydar aku pun belum cukup mantap lagi.

Lagi satu..untuk pengetahuan korang,aku tak pernah upload gambar muka aku dalam mana-mana gay app atau website di atas. Bahaya beb! Aku masih lagi in the closet dan sangat discreet. Aku tak suka dan tak selesa nak promote diri aku as 'gay guy' dalam mana-mana gay app.




23 comments:

  1. Grindr paling okey la. Tapi after habis trial version tu memang rasa fuck jugak r.
    Semua jadi limited. Nak upgrade pulak kena bayar.
    PR sangat slow.
    Hornet satu lagi. Pun slow jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PR aku suka online pakai laptop aje.
      Grindr paling mengarut...main paksa pulak orang bayar kalau nak full.

      Delete
    2. HAHA tahu tak apa.
      Annoying jugaklah. Memang tak arr nak upgrade.
      Aku biar macam tu jer lah.

      Delete
  2. Grindr palinh suck. Aku rasa cari partner kat facebook paling best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku tak pernah cari partner dalam FB,bahaya sebab aku discreet

      Delete
  3. ermm.. tiba2 aku mo inst growlr plak.. heee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. install saja..free.

      sila..sila..

      Delete
    2. haha.. tapi ada ka perempuan install benda2 ni? hihihii

      Delete
    3. perempuan jadian ramai..ekekekeke

      Delete
    4. opss! kalau jadian tu laen laa~ sa tulen hakhakhak!

      Delete
  4. URUT PAKAR TERAPI KL 0105344238 Aril Call/SMS
    Oleh Lelaki

    ReplyDelete
  5. Teringin do nk lepak dgn owner blogger ni.. macam mana la org nya haha lupakan jela bkn dia nk jumpa pon -.-'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum try dah give up..caner ni? ekekekeke

      Delete
  6. Haaa...stalk je kat Fb, asal kena keyword, bole je jumpa....Warning: Not for the faint-hearted. kat search, type je "friends of my friends who are men interested in men"...tp kna set language English US dulu...cer try ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepantas kilat bukak FB! hahaha..Nice trick btw. Thanks anon!

      Delete
  7. menarik cite kau ni...nak kenal dgn kau boleh...bagi emel ke apa ke..sng nak msg2..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik ke tu? hehehe

      emel aku..likevandyke@gmail.com

      Delete
  8. menarik cite kau ni...nak kenal dgn kau boleh...bagi emel ke apa ke..sng nak msg2..hehe..

    ReplyDelete
  9. nak cantikkan skin ?

    saya beauty and health consultant untuk brand shaklee

    ws 0177053680

    ReplyDelete
  10. Wujud lagi ke ni..tapi bersyarat pulak

    ReplyDelete
  11. Wujud lagi ke ni..tapi bersyarat pulak

    ReplyDelete