Sunday 6 September 2015

SAYANG : 1 TAHUN

JANUARI 2012

Di suatu malam yang dingin..

1 New message!

Guy69 : Interesting profile...boleh berkenalan? 

Siapa pulak ni? Gambar profile pun takda. Tinggi,berat,umur...erkkk! Ni kalau aku layan nanti sure gatal request nak tengok gambar aku...lepas tu blah sebab tak taste. Dasar lelaki PLU...haihhh...

Ahhh..lantak laa! Dah orang ajak berkenalan,tak layan nanti dia kata aku sombong plak. Pepandai laa aku adjust situasi nanti. Lagipun mana laa tahu profile misteri ni jodoh aku...eceh!

Aku : Boleh.
Guy69 : Awak ada Skype? Jom chat dekat sana nak?
 
Aku : Ok. ID Skype?


......


Mike : Terima kasih sudi add. BTW panggil aku Mike.
Aku : Ohh Mike..aku Kamen. Selamat berkenalan.


...Selang beberapa jam... 


Mike : Hehe...Kebetulan kita chatting dalam ni, video call nak? Teringin nak tengok rupa sebenar encik Kamen. 

Gulp! video call? Adeh..kau ni dah kenapa Mike? Baru chatting beberapa jam dah gatal nak tengok muka aku. Bukan hensem mana pun. Sure nanti lepas tengok muka aku kau dah tanak layan aku dah. Confirm!

Lagipun aku tanak kantoi. Mana laa tahu kau sebenarnya classmate aku dulu yang tengah menyamar..tak pun lecturer aku masa study di uni dulu..lagi parah kalau kau ahli keluarga aku sendiri!erkkk..mampus kalau kantoi! Online dating ni bukan boleh percaya sangat!

Ahhh! kalau video call mesti nampak muka masing-masing. Kalau dia nampak muka aku,aku mesti nampak muka dia jugak. So takda rahsia lagi. Masing-masing dah kantoi..haha..Kenapa nak gelabah sangat? Gamble jer laa...


Aku : Ok..call laa...
Mike : Haaaa...macam ni baru best! Masing-masing nampak muka. Takda laa macam borak dengan hantu.
Aku : (senyum awkward)
Mike : Kenapa muka ketat ni? senyum laa sikit!


Giler! aku tengah nervous kau nak aku senyum plak. Bukan selalu aku video call dengan strangers..nak-nak pulak dengan PLU...awkward habis! Kalau chatting bukan main rancak,dah nampak muka masing-masing automatik otak jadi blank..mulut,jari aku semua jadi kaku. Apa pun, tahniah Mike...kau orang pertama dalam Malaysia dan orang kedua dalam dunia yang tahu aku gay!

First impression? Mike biasa sahaja orangnya. Aku dah agak dia bukan type aku. eceh! macam laa aku hot sangat..ekekeke. At least dia jujur walaupun pada mulanya discreet. Luckily Mike bukan kenalan dan bukan juga ahli keluarga aku. Kalau kantoi mana nak letak muka?

Tapi Mike.....errr....really?

....7 hari berlalu....


Mike : Hi awak. Abang rindu nak tengok senyuman awak
Aku : Baru chat semalam dah rindu?hehe
Mike : Itu semalam laa sayang..sekarang abang rindukan awak!
 
Aku : Yer laa..tunggu jap.


...Hari-hari berikutnya...

Mike : Awak! kenapa lambat sangat online?
Aku : Ada keje tadi..sorry.
Mike : Dah settle? Jom video call! Rinduuuu~


Aku pun tak faham apa yang Mike nampak dekat aku. Nak kata aku comel?...errr...Nak kata aku kacak lagi laa tak masuk akal. Tapi hampir setiap hari Mike ajak aku chatting dan video call sama..walaupun takda benda sangat nak diborakkan. Aku tengok Mike, Mike tengok aku...hahaha. Kadang-kadang sampai tetido depan video cam..macam tu laa setiap hari.

Mike ikhlas atau saja nak being nice dekat aku? Atau aku yang baik sangat layan perangai dia ni walaupun aku tahu siapa Mike sebenarnya. Kamen...kau dah tahu siapa Mike, jangan bermain dengan api.

Tapi salah ker aku layan dia macam manusia biasa? Tak salah kan?


...Hari berganti minggu berganti bulan...
 

Mike : Boleh awak janji sesuatu dekat abang?
Aku : Apa dia?
Mike : Awak janji jangan lupakan abang kalau awak dah jumpa someone nanti?
Aku : Yer..saya takkan lupakan abang.
Mike : Abang sayangkan awak. Awak selalu dalam hati abang.
Aku : (smiley)
Mike : (smiley)


_______


JUN 2012

Aku : Ha! Buat apa dalam PR? Cari lain! Kantoi!
Mike : Takda laa..saja. Cemburu laa tu!
Aku : Tak cemburu pun..siapa laa saya ni.
Mike : Sayang..abang tak akan lupakan awak!
Aku : Tipu!
Mike : Yer laa..abang delete akaun PR. Tengok ada lagi tak?
Aku : (seriously?)


Eleh Kamen..macam laa kau tak cari lain! Kau pun sama macam Mike. Dah ada Mike depan mata pun kau masih aktif dengan gay site kau..sibuk keluar dating dengan lelaki lain. Dasar lelaki..tak pernah cukup dengan satu!

Tapi siapa aku di hati Mike? Dia selalu sweet talk aku, selalu manjakan aku..tapi kenapa masih nak cari lain? Aku tak cukup bagi dia?

Ahh! Kalau dia boleh buat,kenapa aku tak boleh? Itu kan hak masing-masing. Lagipun aku tak pernah pun declare apa-apa dekat Mike..dia jer yang lebih-lebih. Aku bukan hak mutlak Mike...kenapa aku nak cemburu?

Aku jatuh hati dekat Mike?

Ahh sudah! Kamen..jangan jadi bodoh,jangan cepat termakan sweet talk Mike. Manis hanya di bibir, tapi di hati siapa tahu?


_______



OGOS 2012

Mike : Kalau laa awak ada dekat sini,abang takkan cari lain.
Aku : (smiley)
Mike : Kenapa awak jauh?Arghhhhh!
Aku : Ntah...bukan jodoh kot. hahaha
Mike : Haish..abang serius ni!

......

Mike : Awak! jom video call..abang nak bagi surprise dekat awak.
Aku : Ok..tunggu jap.
 
Mike : "If you’re not the one then why does my soul feel glad today..If you are not mine would I have the strength to stand at all..la...la...la..."
Aku : (senyum)
Mike : Hahaha..malunya! Tak pernah abang buat macam ni..nyanyi depan orang..nangis pulak tu...Haish, malu!
Aku : Dah jangan nangis.

Buat pertama kali dalam hidup aku seorang 'stranger' bernama lelaki menitiskan air matanya di hadapanku. Terasa janggal...tapi sebagai seorang manusia yang ada hati dan perasaan, sejujurnya aku turut terkesan.

Walaupun usia perkenalan aku dan Mike masih terlalu hijau dan belum berkesempatan bertemu di alam realiti, setiap kata-kata, perlakuan dan perbuatan Mike di alam maya buat aku rasa istimewa...terlalu istimewa. Satu perasaaan yang belum pernah aku rasa sebelum ini.

Tapi Mike....haih...

Kamen..tolong jangan jatuh hati dekat Mike!


......

NOVEMBER 2012

Mike : Awak sayangkan abang?




-BERSAMBUNG-

(SAYANG : 2 TAHUN)


---------

Mulanya aku takda niat langsung nak post citer perbadi aku,especially kisah aku yang satu ni sebab bagi aku terlalu cheesy dan terlalu personal..dan mungkin mengundang stigma. Tapi recently aku tetiba ubah fikiran dan tergerak hati nak share...mana laa tahu boleh jadi pengajaran buat orang lain. So...enjoy! Jangan muntah hijau dah ler...ekekekeke

23 comments:

  1. Adakah guy69 dan Mike Mikelly individu yang sama? Jeng jeng jeng

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xdak nyer Mike Mikelly nak berabang2 dengan Kamen ni ..tapi tue la sape tahu kan ..hoho

      well Kamen ni, dia pon nak bersayang sayang juga ... nak curi lime light aku la nie ... kehkeh
      Make sure bukan laki orang tau Kamen ..hehe

      Delete
    2. Nov C : Menyesal letak nama Mike..patutnyer aku letak Rajoo...baru senang nak bezakn..ekekekek

      Nu'man : Eleh...tau laa dah ada Dollah tersayang...bagi laa pulak chances dekat aku nak stand out..ekekeke

      Delete
  2. cepat sambung kamen.hahahahaha...

    ReplyDelete
  3. Baru nak layan feeling ber'sumbang' ler plak...ciss...potong stim tul...hehehe...;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amir kalau nyanyi sumbang tak?ekekekeke

      :off topic:

      Delete
  4. Abang kamen, sila sambung ceriter secepat mungkin k..tak sabar nak baca ni..hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar...lelaki yang macho adalah lelaki yang memiliki sifat sabar..seperti Macho Lelaki.

      Delete
  5. Kamen ! Can you please not doing this again ! Janganlah buat ending tergantung. Okey cepat sambung. Excited nak tahu ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I will do it again..again..and again..muahahaha

      Mr Dominic Unknown..sila bersabar dan bawa bertenang..jangan excited sangat. hehehe

      Delete
  6. lamanya tak borak dgn kau kawen. eh, kamen.

    ReplyDelete
  7. akakakakaka. sambung cepat kamehggg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka hati jer tukar nama aku...it's Kamen not Kamenhggg...grrrr!

      Delete
  8. Aku teruih jadi kelu, nape yerrr, hak3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adakah Jazzlee.............?


      hehehe

      Delete
    2. Hehehe
      Mai cni nk pluk
      Dengag habag cik kamen lawe giler
      Angau kita sampai mimpi, adoi

      Delete
    3. Yang lawa tu kamen lain...kamen yang ni tak berapa lawa,mungkin tak lawa langsung.

      ekekeke

      Delete
  9. kalo x kantoi.. dia delete x laman web sosial khas utk PLU tu? adakah dia still berkata kata manis syg segal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nantikan jawapan pada episod akan datang...hehehe

      Delete