Thursday 19 February 2015

FIFTY SHADES OF KAMEN

Mungkin ada yang perasan beberapa hari lepas aku ada post tajuk ni..tapi bila korang klik..tak nampak apa-apa...itu aku panggil magic.hehe. Sebenarnya masa tengah edit post tu aku nak klik SAVE tapi ntah macam mana aku terklik PUBLISH lalu entry tu terlepas ke alam maya..maklum ler,noob!..nasib baik takde yang baca lagi. Gabra punya pasal..nak tak nak terpaksa delete post tu untuk menggelakkan kemaluan malu..So sekarang aku terpaksa re-type balik entry tu...nasib baik tak panjang.


Alaaa...entry simple aje. Fifty facts of Kamen Shinobi..giler tamak sampai lima puluh!Baik jumpa terus..Disebabkan aku tak sekacak Christian Grey (Jamie Dornan) dalam filem Fifty Shades Of Grey..aku belanja 10 aje..saja suka-suka,at least korang boleh bayangkan rupa dan perwatakan Kamen Shinobi.

Aku sesaja tiru tajuk filem Fifty Shades of Grey sebab filem tu tengah hot sekarang..tapi sayang sekali tak lepas masuk Malaysia..takpe..tak pasal-pasal ada yang beromen dalam cinema hall nanti..haha.
  1. Nickname Kamen Shinobi diambil dari perkataan Jepun. Kamen bermaksud topeng..Shinobi pulak bermaksud ninja..so bila digabungkan Kamen Shinobi literally bermaksud "Topeng Ninja"..ntah betul ke tak..hentam saja laa labu!
  2. Kamen bertubuh sederhana..tak kurus,tak gemuk..sekali imbas seakan sado..ekeke..Tinggi 5'8" dengan berat tak tentu. Dia kuat makan..kadang-kadang berat naik sampai 77kg..tapi biasanya antara 73-75kg aje.
  3. Masa sekolah rendah dia sangat kurus..tak ubah macam tengkorak hidup..masuk sekolah menengah dia berubah jadi gempal,pernah cecah 89kg!...selalu jadi sasaran cikgu-cikgu angkat barang berat..Kesian..muda-muda dah jadi bibik.
  4. Dulu..especially waktu dia masih muda,remaja dan gemuk..ramai yang keliru Kamen ni bangsa Melayu atau Cina..Jepun barangkali? Mungkin disebabkan lemak dipipi yang membuatkan wajahnya nampak bulat dan mata jadi sepet ..sekarang dah kurus(lemak pindah ke perut pulak..adehhh)..baru nampak mata tu besar sikit. Atau mungkin kerana warna kulitnya yang sedikit cerah berbanding lelaki Melayu standard.
  5. Kamen suka makan..kalau dia beristeri,rasanya dia suami yang paling senang dijaga sebab dia tak memilih makan. Main bedal aje semua. Yang penting bersih dan halalan toyyiban..dan mengenyangkan. Kalau ditanya makanan kegemaran?Jawapannya ringkas..TAK ADA.
  6. Masa sekolah rendah,dia budak pemalu. Orang lain jalan tengok depan..dia jalan tunduk tengok lantai. Sanggup tahan kencing sebab malu minta izin dekat cikgu nak pegi tandas. Kalau tak tahan,dia ajak kawan.. selaku tukang cakap dekat cikgu. Buruk perangai..kecik-kecik dah bossy!
  7. Siapa yang tak kenal mesti cakap Kamen sombong..Dia tak sombong,mungkin terbawa-bawa sikap pemalu dan pendiam dari kecik. Tapi sekarang dia dah berubah..boleh bawak romen sembang. Cuma kadang-kadang susah nak intiate conversation especially dengan strangers.
  8. Kamen ada dua tabiat. Satu..asal duduk sorang,dia suka bermonolog...cakap sendiri. Tak..dia tak gila..waras lagi. Tabiat kedua..recently dia suka gigit jari. Bajet comel ler tu.
  9. Dia suka dengar muzik especially lagu luar berbanding lagu Melayu. Tak kisah bahasa apa pun dia boleh layan..Jepun, Korea, Spanish, Itali, France, Hindi, Rusia, Afrika..semua dia balun dengar...faham tak faham belakang kira,yang penting sedap didengar.
  10. Kamen seorang pogonophile/pogonophilia..bermaksud dia admire lelaki yang ada facial hari especially beard(jambang). Baginya lelaki yang ada facial hair jauh lagi attractive dan handsome berbanding lelaki jambu(muka bersih)..Tapi Kamen tak kisah pun berkawan dengan sesiapa..dia open.

Dah cukup sepuluh..lagi 40 korang bayangkan sendiri. Boleh aje aku share banyak-banyak tapi tak thrill la kalau aku share semua dalam ni...baik letak gambar terus..mysterious sikit baru best.. Tak pasal-pasal ada yang terus unfollow aku. Huhu.

31 comments:

  1. kamen, no 6, 7, 8 tersangat sama....

    yang no 6 tu sangat epic.... nak2 bile subject bahasa inggeris, sebab dulu aku mmg tak tahu langsung nak cakap english.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la aku pun bukan terror inggeris.

      aku malu sebab comel sangat masa tu..hahaha

      Delete
    2. shit je ayat puji diri sendiri comel... huhuhu

      Delete
  2. No. 2, 4 & 10 sama macam Chuck. Curious ni. Kau Chuck ke?
    #takberharap #korekhidung

    Bukan haritu kau tulis 100 ke? Tulis lah lagi. Hahaha. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke?aku abang Chuck..nama aku Chucky.ekekeke

      kebetulan je tu ada persamaan tapi aku lagi ensem dari Chuck ko.

      tu draft je..mengada nak 100..meh sini jumpa aku terus aku korek hidung ko.

      Delete
    2. Hah. Kamen hensem lagi dari Chuck? Nak ngorat lah macam ni. :*

      #bergetarpunggung

      Delete
    3. Jap2. Gulp. macam garang sangat je abam kamen ni. Hahaha.

      #terjunlaut

      Delete
    4. aku tak garang Mr.Nov..aku sweet.

      #terjunlautsama
      #lamatakmandilaut

      Delete
  3. Banyak2 tue, cuma no. 5 jer ada persamaan dengan Nu'man. Yang lain ke laut China Selatan..kehkeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ker?tak jadi laa ngorat Nu'man..bagai pipit dengan gagak.

      ekekekek

      Delete
    2. Coppp ..kita jadi pipit sebab kita comey ..!! hahaha

      Delete
    3. ok untuk Nu'man...Kamen rela jadi gagak

      hahahaha

      Delete
  4. sibaek habit dia gigit jari.. bukan benda laen hehe sibaek xde #inensen list dalam tu.. kalo x.. ada la skit persamaan ngan shin.. malang nya xde la pulok yer hikkk #sengihbangga

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana boleh tiru trademark Shin...tak pasal-pasal kena saman.

      Delete
  5. No 9 best :) nak nak lagi spanish song... rosalinda
    hehe

    ReplyDelete
  6. Yeayyyy aku tinggi lagi.
    No. 10 !! Suka tengok yang ada janggut sejemput ni.
    Cute sangatttt. melting woooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko makan apa tinggi sangat ni?ahhh,aku ni kira tinggi jugak..since member aku semua paras bahu aku je..ekekeke

      janggut sejemput memang comel..hahaha.

      Delete
    2. Aku 174cm saja.
      tu pun rasa pendek bila jumpa yang tinggi dari aku.

      Kannnnn. Alaaa cutenya yang berjanggut tu. Kau ada janggut ? hiks

      Delete
  7. Hahaha.. bila nk beristeri tu?? Hahaha.. aku pn makn bedal je nk mkn apa.. kalau ada selera, mkn byk.. kalau xde selera, satu hari xmkn pn xpe.. huhu..
    btwmbtw, thnx for sbb jengah n komen kt blog aku..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer laa...tak kan bersuami pulak..ekeke

      welcome bro.

      Delete
  8. no. 8 tabiat pertama tu sama.. kadang2 tu suka bercerita sorang2 hahaa.. macam org gila pun ada.. tp Alhamdulillah.. aku waras lgi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..buat sorang2 takpe,jangan bagi orang lain nampak..

      aku tengah usaha kurangkan tabiat bercakap sorang.

      Delete
    2. nda kan la bgi org laen nampak..agak2 laa.. haha.. ehh.. best apa cakap sorang2..aku selalu cakap dengan diri sndri senyap2 ja dalam bilik..huihuii

      Delete
  9. Assalam...nk minx tolong... Cmne nk tgk movie 50 shades of grey??teringin nk tgk...
    Kalo boleh nk URL dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum ada yg upload lagi rasanya sebab filem ni baru lagi.

      tunggu blu ray keluar baru boleh sedut..hehehe

      Delete
    2. dah keluar dah torrent 1080p :)

      Delete
    3. dah ada ker? boleh sedut kalau macam tu...hehe..terima kasih saudara Yusuf.

      Delete
  10. Yang no.9 tu, kita ada persamaan ... cuma sekarang dah lebih terbuka untuk dengar lagu melayu dan dah mula dengar radio sambil driving

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagu melayu lama memang layan..tapi sekarang lagu BBNU jer berlambak, muak dengar...layan lagu tamil lagu seronok..ekekekeke

      Delete